Sunday, 8 December 2013

Sepetang di Sindorim, Seoul

Semalam, hari sabtu saya jalan-jalan bawa Canon 7D. Entah kenapa hari tu terasa nak bawak pulak. Bila dah sampai waktu petang, cuaca pun nampak macam cerah je, maka berhenti kejap kat bandar, tangkap sikit gambar.

Saya shoot gambar ni dalam format MRAW, atau Medium RAW yang ada dalam kamera semua Canon yang medium range dan high end. Beza dengan RAW biasa ialah, Medium RAW ni dia kurangkan resolusi gambar jadi 10 megapixel dari 18 megapixel untuk kurangkan file size. Kalau full size RAW dalam 30MB jugak satu file, tapi Medium RAW hanya 15-16MB je.

Still besar kot! Sebab full resolution JPEG dalam 4-5MB dan Medium JPEG dalam 2-3MB je. Lepas ni saya akan ke satu tempat yang best selama lebih seminggu, so adakah saya perlu shoot JPEG untuk lebih ruang? Atau patutkah saya shoot je Medium RAW? Hasil RAW terbaik kot.

Ada sesiapa boleh tolong belikan CF card? hehehe




Bila editing, RAW contains lagi banyak data dalam highlights dan shadows, gambar nampak lagi natural gitu. Sangat lawa kan? (saya dah bagi klu editing saya kat situ dah!)

See ya later!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...