Wednesday, 8 January 2014

"Canon ke Nikon yang mana lagi baik?" - Panduan Membeli Kamera

Assalamualaikum dan salam sejahtera pembaca blog sekalian.

Antara soalan yang paling kerap saya terima ialah tentang kamera. Ramai yang hubungi saya sebab nak dapatkan nasihat kamera apa yang patut mereka beli untuk kegunaan mereka. Oleh itu saya kumpulkan semua kamera yang ada dalam rumah saya untuk tulis blog post ini,

'Tips Membeli Kamera - Canon ke Nikon?'.


Setiap satu kamera dalam gambar di atas mewakili satu kategori dalam jenis kamera yang boleh kita beli dalam pasaran. Ada je lagi jenis kamera lain tapi bukan jenis yang pengguna biasa akan beli. Jenis-jenis kamera yang akan kita bincangkan ialah;

- Smartphone
- Kamera Kompak
- Superzoom/Brigde camera
- Kamera filem
- Kamera mirrorless
- Kamera DSLR

Jom kita bincang satu persatu.


Smartphone


Ini blog post tentang kamera, kenapa cakap pasal smartphone? Sejak kemunculan iPhone dan smartphone android, semuanya dilengkapi dengan kamera dan dengan processing power yang hebat serta connectivity ke internet. Guna kamera smartphone je tangkap gambar dan edit terus guna application macam Instagram, VSCO cam dan Snapseed. Lepas tu terus share ke laman media sosial macam Instagram dan Facebook. Walaupun kamera smartphone mempunyai limitasi contohnya waktu malam atau low light disebabkan sensor yang kecil, tapi perkembangan teknologi buat kamera smartphone makin lama makin bagus.

Nak tengok betapa bagusnya kamera smartphone zaman sekarang, google; 'iPhone Photography'. Banyak contoh-contoh yang hebat.

Apa yang saya suka sekali ialah harganya. Untuk masa saya menulis artikel ni, saya boleh dapatkan brand new, smartphone Android mid range berharga lebih kurang RM700. Kalau used, RM500 pun dah dapat. Banyak brand yang bagus-bagus, contohnya Nokia Lumia, Samsung Galaxy, HTC, Sony Xperia, dan banyak lagi. Kalau nak cuba smartphone buatan tempatan, cuba Ninetology. (buatan malaysia kot, promo sikit). Kalau fulus banyak, carilah phone high end pun ada je.

Budget: >RM500 keatas
Sesuai untuk: hipster Instagram, facebooker tegar, kaki travel, semua orang suka smartphone!


Kamera kompak


Secara kasarnya, kebanyakan kamera kompak mempunyai saiz sensor dan kualiti imej yang sama dengan kamera smartphone, tapi ditambah dengan lens yang boleh zoom secara optical. Bagi saya, lebih baik guna smartphone je terus sebab ada kelebihan mobiliti (boleh masuk poket) dan connectivity (upload terus ke internet). Tapi kadang-kadang orang guna juga kamera kompak, terutamanya untuk orang yang melancong sebab nak save battery smartphone. Logik. Smartphone punya battery life memang semua orang tahu sangat pendek kan...

To be honest saya tak ada recommendations. Kamera kompak yang keluarga saya pakai berjenama Olympus ni sangat murah, di sekitar RM300 je. AF lambat tahap kura-kura, shutter lag legendary, image quality soft, ada halo gitu. Mungkin sebab ini model lama, tapi bagi saya smartphone saya punya image quality lagi elok.

TAPI, ada je kompak high end dengan image quality hebat dan sensor yang besar daripada smartphone. Contohnya ialah Sony RX-100. Harganya boleh beli DSLR bro!

Budget: >RM300 keatas
Sesuai untuk: kaki travel, orang yang takde smartphone. kalau ada smartphone takyah beli pun takpe.


Superzoom/Bridge


Kamera ini boleh dikatakan sama macam kamera kompak, cuma dengan lens yang lebih besar dan boleh zoom lebih jauh. Malas nak cakap banyak pasal ni. Kelemahan Olympus yang saya ada ni serupa dengan kamera kompak. Lens dia boleh zoom jauh, tapi biasanya mereka bukanlah direka untuk ambil banyak cahaya. Maknanya low light masih suffer, tambah dengan saiz sensor yang kecil. Entah siapa lah yang jual benda ni.

Budget: jangan beli
Sesuai untuk: takde sesiapa. seriously.


Kamera filem


Ini ol skool gitu. Macam tahun 1990-an dulu, kamera filem ni kebanyakannya fully manual. Kita beli filem dengan ISO speed yang kita nak, contohnya Kodak Ektar 100 dengan ISO 100 atau filem lain dengan macam-macam ISO speed. Dengan bantuan light meter, kita sendiri pusing lens untuk fokus, set aperture dan shutter speed.

Oleh sebab fully manual lah sesetengah photographer macam DigitalRev berpendapat guna kamera filem bagus untuk belajar fotografi.

Penting untuk cakap pasal kos bila shoot filem ni. Satu roll contohnya ada 36 frames, harga maybe RM10. Nanti selepas habis shoot, hantar proses, RM30 depends kat tempat dan pakej, scan masuk CD or print dll. Ada yang proses sendiri untuk Kamera ni kalau orang yang shoot banyak-banyak, susah la. Walaupun kamera dan lens manual untuk kamera filem sangat murah, nak beli filem dan proses tu jika accumulate beberapa tahun boleh beli DSLR high end.

Budget: cuma beberapa ratus ringit je.
Sesuai untuk: purist filem nak 'feel' shoot filem tu.


Kamera mirrorless


Di sini saya nak bercerita panjang sikit. Bila orang nak kamera berkualiti tinggi orang mesti nak beli DSLR. Masalah biasa dengan DSLR ialah mereka besar, berat dan kadang-kadang Auto mode mereka tak bagus. Kenapa mesti beli DSLR sedangkan kamera mirrorless ni pun menghasilkan gambar yang berkualiti sama macam DSLR jugak?

Berikut adalah list lineup kamera mirrorless yang popular. Link ke website official mereka ada kat perkataan tu. Klik je.

saiz sensor: kompak > 1-inch > MFT > APS-C > Full Frame

1) Sony E-mount cameras - sensor APS-C dan full frame, kualiti setaraf DSLR
2) Samsung NX - sistem kamera sensor APS-C baru dalam pasaran
3) Nikon 1 - sistem kamera dengan sensor 1-inch, alternatif kamera kompak
4) Canon EOS M - percubaan Canon untuk masuk pasaran, sensor APS-C juga.
5) Panasonic - sensor micro four thirds (MFT), terkenal dalam kalangan DSLR Filmmaker sebab ada hack.
6) Olympus PEN - MFT juga, tapi lineup dia banyak, kamera stail vintaj.
7) Fujifilm X series - kamera kompak dan APS-C stail vintaj.

Saya sebagai pengguna Sony NEX-C3 memang sangat rekemen kamera mirrorless untuk mereka yang nak kualiti DSLR dalam kamera bersaiz kecil. Kalau nak ultimate image quality, ada Sony A7R, memang kamera mirrorles terhebat dalam pasaran dengan image qualiy setaraf Nikon D800e.

Satu kelebihan yang saya nak ceritakan tentang kamera mirrorless ni ialah flange distance yang pendek, jadi kita boleh pakai adapter dan pasangkan lens manual dari kamera filem macam saya buat dalam gambar di bawah. Kalau lens Sony E-mount 50mm f/1.8 harga RM1,000, lens zaman filem saya Canon FDn 50mm f/1.4 ni siap dengan adapter cuma RM300. f/1.8 vs f/1.4 dan manual focus, tu je bezanya tapi harga jauh beza. Inilah salah satu sebab kenapa Panasonic GH series popular dalam kalangan budget filmmakers!

Kalau brand new, saya suka Sony NEX-3N, berharga dalam range RM1400 semasa saya tulis artikel ni. Kalau nak model lain yang used pun banyak kalau pandai cari.

budget: >RM800 keatas
sesuai untuk: kaki travel, leisure shooters, budget filmmaker, photographer secondary camera.


DSLR


Kategori yang ditunggu ramai.

Baiklah. Apa beza DSLR dan mirrorless jika saya kata tadi di atas kualiti imej sama?
Simple answer, experience kita mengendalikan kamera tersebut.

DSLR direka dengan banyak butang dan sambungan aksesori yang membolehkan kita ubah settings dengan cepat. Kelajuan dan option untuk aksesori ni penting untuk 'professional photographers' - pro bukan bermaksud skill level, tapi seorang photographer by profession, dia tangkap gambar untuk upah, untuk wang. Dan jika dia lambat dan terlepas shot, dia tak dapat jual shot itu dan dia rugi. Clear?

Mirrorless pula direka dengan interface yang simple, tak banyak butang sebab saiz kamera yang kecil. Saiz kecil, battery life pun kecil. DSLR direka dengan bateri berkapasiti besar, high end bodies mampu shoot seribu lebih gambar sebelum habis bateri, single battery tu, belum tambah battery grip lagi. Tapi mirrorless contohnya Sony A7 cuma bawah 400 shots sahaja.

Jadi, DSLR ni untuk siapa?

Advanced hobbyist and working photographers, yang mengejar imej untuk dijual, kalau tidak pun advanced hobbyist ni jenis yang meredah hutan untuk birding, jenis yang pasang tripod dalam air laut nak tangkap gambar seascape dan lain-lain. Diorang ni jugak lah jenis yang ada lens berhelai-helai dan flash berkotak-kotak serta grip bergayut sana sini.

Kalau anda bukan jenis itu? Anda jenis kaki travel, kaki street photography, leisurely shoot sana-sini, mirrorless is good enough. Tapi DSLR pun ok je jika kamu rasa kamu nak dia. Kamu yang mengheret DSLR besau gedabak tu merata sedangkan option body kecil tapi 
kualiti sama ada je. -well-

Pilihan antara mirrorless vs DSLR ni, saya bagi satu tip; beli baju ukur di badan sendiri. Saya selalu nampak orang beli DSLR sebab 'kawan saya ada DSLR yang sama' atau 'sifu tu pakai Canon, jadi saya nak pakai Canon'. Tapi kamu beli itu atas keperluan orang lain, ukuran badan kawan kamu tu, bukan badan kamu. Kamera terbaik ialah kamera yang bila kamu pegang je kamu rasa nak keluar dan tangkap gambar. Itulah kamera terbaik bagi kamu, Yep.

Mesti pegang dulu. Nanti dah beli kamu yang pakai, bukan orang lain. "Saya pakai saiz L sebenarnya, tapi kawan saya dan ada sifu tu pakai saiz S jadi saya pun nak saiz S" -defuq?-


"Canon ke Nikon?"

Soalan yang biasa ditanya dalam forum. Biasanya orang yang tanya begini tak pernah research langsung pasal kamera yang dia mahu beli, dan jangan mempermainkan dia dengan bagi kamera DSLR ultra high end macam tiba-tiba je ahli lain main letak je "5D Mark III", "Nikon D4" dan lepas tu keluar lah Hasselblad, Phase One, Blackmagic, Red segala bagai. Itu nak buat lawak tapi tak lawak namanya.

Jawapan standard saya macam ni,
"Soalan Canon atau Nikon itu macam tanya 'Proton ke Perodua' atau 'Toyota ke Honda' dan jawapannya memang luas dan takkan membantu anda kerana prospek sangat luas dan kekurangan dua info penting, 1) adakah anda seorang leisure shooter yang ambil gambar secara suka-suka atau aim untuk jadi advanced enthusiast yang lens dan aksesori flash bersepah, dari situ orang akan rekemen mirrorless atau DSLR. 2) berapa budget anda, kerana dari situ orang boleh rekemen model mana yang patut anda cari. Beri dua info di atas, dan jawapan ahli forum lain mampu memberi respon yang lebih baik dan membantu anda."


DSLR Apa Patut Saya Beli?

Alkisah diceritakan anda datang minta nasihat kat saya. Anda bukan leisure shooter, tapi bermatlamat ingin memasuki dunia fotografi secara mendalam. Satu hari nanti nak pakai DSLR high end dengan lens, flash, tripod aksesori bersepah-sepah. Ok kalau kamu macam tu sah memang kamu mesti beli DSLR.

Mari kita masuk satu tajuk kecil yang dibincangkan dengan hangat oleh sebab sangat banyak ditipu oleh helah advertising.

So, brand DSLR apa yang terkenal? Tekan perkataan tu nanti akan link ke website brand tersebut. Di situ ada recommended sales price lagi boleh buat rujukan.
1) Canon
2) Nikon
3) Sony
4) Pentax

Terkenal kan? Tu je lah DSLR terkenal. Terkenal la. Sigma pun ada buat body DSLR sebenarnya tapi siapa la pakai, so kira tak terkenal la.

Advice: Pegi kedai yang display kamera untuk dimain, main dulu.

Contohnya kalau minat Nikon, lepak time times square kejap ada Nikon Center kat atas tu. Ada banyak model DSLR yang kita boleh main. Minat Sony pergi Sony Center, main-main dengan kamera tu supaya dapat 'feel' guna dia.


DSLR apa yang saya rekemen?

Contohnya kita nak jimat duit beli DSLR used, apa model yang saya suka? Semua ini bergantung kepada pendapat seseorang. Kalau saya on a budget, saya akan consider used DSLR yang di bawah ini;

- Sony a57 (sudah ada a58 tapi saya still suka a57 sebab sensor yang bagus)
- Canon 550D (entry level DSLR yang sangat murah dalam pasaran used)
- Canon 600D (entry level yang murah dalam pasaran used, sesuai untuk rakam video)

Naik sikit budget?

- Canon 60D (kamera hobbyist yang best)
- Nikon D7000 (walaupun dah ada D7100, D7000 masih elok)

Naik lagi budget?

- Canon 5D 'Mark 1/Classic' (full frame DSLR termurah dalam pasaran)

*oleh kerana harga pasaran used selalu berubah-ubah, anda kenalah selalu research.



Kat mana nak beli DSLR?

Ok mari bercerita. Kalau nak beli baru dengan warranty official, of kos pergi beli kat kedai yang official. Tapi kalau nak murah sikit, pergi beli dengan kedai biasa, warranty kat kedai biasanya. Means kalau apa-apa jadi, kita rujuk ke kedai tu balik. (Nikon panggil ini Grey-Set, dia tak suka grey set katanya)

Ok, kalau nak buat rujukan harga sebelum pergi tawar menawar (klik link di text);

1) BH Photo America - harga international, kalau korang berminat nak tahu
2) Official website brand anda (link di atas)
3) Shashinki - sangat reliable untuk check harga pasaran di Malaysia

Alkisah diceritakan anda nak beli DSLR used, kat mana nak cari?
Note: general rule, test dulu barang yang nak dibeli dan selalulah jumpa face to face semasa deal beli barang.

1) Gajetdijepun - import barang dari jepun!
2) mudah.my - beware of scams! always insist on COD



Ok, harap artikel ini sedikit sebanyak membantu anda dalam memilih dan membeli kamera impian anda. Apa-apa soalan jangan segan untuk tinggalkan komen di bawah ini atau mesej saya di page facebook saya di sini; 




11 comments:

anna hashim said...

awak, mcmana plak dengan kamera 2 alam..i mean yg boleh shoot dlm air masin or pool...yg mana lebih elok? please buat 1 entry..

APKINS Photography said...

banyak je kamera kompak yang waterproof dari macam-macam brand macam Olympus Tough dan banyak lagi. ada jugak GoPro. boleh rujuk website diorang. ;-)

Mamad Belang said...

Saya ada coolpix P510. Gambar dan video menarik. (Saja nak habaq)

Noru Azlina Nasir said...

kann

gula2hatyku said...

assalam, sy akan menghadiri kursus fotografi..kamera ape sy perlu bawa/beli? please respon asap

tq awak :)

gula2hatyku said...

assalam, sy akan menghadiri kursus fotografi..kamera ape sy perlu bawa/beli? please respon asap

tq awak :)

APKINS Photography said...

ada je orang yang datang kursus tanpa bawak kamera. sesetengah kursus je perlu bawa kamera untuk sesi praktikal, dimana kita diperuntukkan masa untuk cuba benda yang diajarkan depan cikgu. apa-apa jenis kamera pun ok je biasanya. ada sesetengah cikgu siap bagi pinjam kamera untuk tujuan pembelajaran. so chill aje. do it any way you choose. ;-)

nadhira abdul rahman said...

Salam alaik. Awak ade buat kursus fotografi?

D&D MEMORY BABY WORLD said...

Assalamualaikum

Saya nak tanya kamera apa yang sesuai dipakai untuk snap gambar barangan niaga di online... saya Nak cari kamera yang harga bawah rm1600

Atiefah Amaliana Omar said...

Terima kasih atas penerangan yg sgt mudah difahami :)

Adama Syah said...

sy ada kamera 2nd nikon eos 600d..full complete rm1k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...