Saturday, 22 February 2014

STREET - People of Insadong & Myeongdong

Alkisah diceritakan saya balik ke Korea semula kali ni awal, iaitu pada 16 feb, sedangkan semester mula 3 mac nanti. Ingatkan saje balik awal sikit sebab nak urus hal-hal universiti, pindah rumah dll. Tengok-tengok pindah dan urusan hal ni semua mula pada 24 feb. So seminggu lebih lepak aje.

"Dongyang Mirae University" babai daku akan merinduimu

Lepas ni dah tak belajar kat universiti atas ni dah. Lepas ni kita upgrade lagi. Hmm kejap je berlalu dua tahun kat sini. Dah tiga tahun dah maksudnya kat Korea ni. Dua tahun lagi, nak kena mula fikir macam-macam benda lagi. Dua tahun kejap je, trust me.

Sebab takde benda nak dibuat, mula lah jalan-jalan jadi pelancong kat sini. Sekarang winter jadi kalau pergi tempat tarikan pelancong memang boleh tengok pelancong sangat ramai.

Jom kita ke Insadong;

"Ssamziegil (쌈지길)" peace no war

Mall ni semuanya ramp. Ada tangga kat tepi tapi boleh jalan naik atas guna ramp dia.

budak-budak main

Bangunan ni semuanya konkrit kosong, lepas tu ramai betul orang menconteng kat dinding.

"duduk sorang-sorang"

"best friend?"

ada jugak dari KL nak menconteng bangunan tu.

Bila baca buku pelancongan orang cakap tempat Insadong ni kawasan culture. Banyak jugak la kedai jual souvenir dan barang antik. Tapi rasanya kat Namdaemun Market lagi banyak dan lagi murah. -_-

"The Monks of Insadong?"

Macam takde apa sangat je...

Selepas jalan-jalan area situ, terjumpa satu kedai jual waffle aiskrim harga 2,000 won. Aiskrim dia pergh teringat zaman dulu kat Malaysia, beli aiskrim roti kat taman permainan dari pakcik yang jual aiskrim atas motor. Sekarang masih ada lagi ke?

sedap ooi~

Mari kita cabut dari Insadong. Tak jauh dari situ, cuma jalan ke arah selatan, cross jambatan atas Chonggye Stream, dah sampai Myeongdong. Seoul ni sebenarnya takdelah besar mana sangat. Tapi tambah dengan ruang pejalan kaki yang luas, suhu yang tak panas, senang nak berjalan kaki kesana-sini.

Inilah Myeongdong.

Sudah sampai. Dekat je.

Myeongdong ni lagi meriah, lagi banyak kedai dan lagi ramai orang berjalan. Bila lagi ramai orang, lagi senang kita nak menyorok dan tangkap gambar orang curi-curi. Sambil window shopping gitu.

By the way, kat Myeongdong ni ada jumpa gerai jual waffle aiskrim yang sama dengan kat Insadong ni, tapi 3,000 won. Puii~ Mahal seribu won. Tau la Myeongdong lagi ramai pelancong!

tak cukup atas tanah, bawah tanah pun ada kedai lagi.

Pelancong senang nak berjalan area sini. Kalau sesat masa jalan-jalan area myeongdong ni, cari Namsan tower. Boleh dapat balik orientasi di mana.

Mari kita shoot orang sekitar Myeongdong.

"cat cafe" yep, beli kopi dan boleh minum sambil main dengan kucing.

"beli ni kak, ini lagi lawa"

"ngappp" bersungguh makan spring potato

uuu sale...

dia ni beli waffle aiskrim mahal tu. bini dia sabor je la

orang busy

Dua benda yang menjadikan Seoul ni bandar dengan GDP tinggi (erm, bandar yang banyak aktiviti ekonomi); penduduk yang ramai dan orang korea kaki bisnes. Kedai merata-rata.

Malaysia? hehehe malas mau cakap.

businessman!

kak mah sudah jual purse

"halo? stok baru bila mau sampai?"

"beli ni kan akak, semua penyakit boleh sembuh punyaa" - haha suka hati letak dialog

"gadis jepun" kat area myeongdong ni memang ramai pelancong jepun dan china. pekedai pun boleh cakap bahasa jepun dan cina so senang la diorang nak berjalan.

cuba teka orang dari mana dia ni?

peminta sedekah

orang perempuan memang kebal. time sejuk camni dia boleh pakai seluar pendek je. ada stokin la gayanya.

biasanya makanan halal ni banyak di Itaewon, tapi ada sorang brader ni bawak lori dia ke myeongdong. nice. tapi seriously kebab turki kat Itaewon lagi terbaik.

shop til you drop!

Ok, dah malam dah. Baru pukul enam lebih, winter jadikan siang pendek sikit. Jom kita cari makan dan balik rumah.


bye myeongdong, see ya again!

Nanti bila saya berjalan lagi saya shoot lagi okey? 

Babai, jumpa lagi.


Equipment used;
Samsung Galaxy S2 HD LTE
Canon 7D with 50mm f/1.8 and 85mm f/1.8 USM


Friday, 7 February 2014

FOTOGRAFI - "aperture, shutter speed, bukan ilmu seni fotografi"

Pada pendapat saya segala ilmu pengetahuan berkaitan focal length, ISO, shutter speed, aperture, semua itu bukan ilmu seni fotografi.

Itu adalah TEKNIK MENGAWAL kamera dan itu adalah bahagian yang tak susah. Dengan pembacaan yang menyeluruh dalam jangka masa satu minggu dah boleh kuasai. Sebab dengan ilmu MENGAWAL KAMERA, anda menjadi seorang PEMILIK KAMERA yang layak menggunakan kamera tersebut.
Nak jadi photographer, mesti kuasai seni fotografi.

Seni fotografi itu adalah bila kita masuk ke bahagian composition, rule of thirds, leading lines, color contrast,dalam seni black and white ada tones, texture, dalam portraiture, emotion dan lain-lain. Seni inilah yang lebih kompleks (izinkan saya kata, amat kompleks untuk orang bukan berlatarbelakangkan seni macam saya?)

All photographers should quickly get over all those aperture shutter speed basics and give move emphasis on the art!

Sebab untuk mengamalkan seni fotografi ini, ia memerlukan kita untuk mempunyai skill mengawal kamera.
Kita kawal aperture sekian-sekian, untuk dapatkan shutter speed sekian-sekian. Siap. Lepas tu terus fikirkan seni, framing bagi masuk itu, keluarkan yang ini, composition begitu-begini, dan lain-lain. Tadaa, gambar lawa, kerana ia berseni.

Seni fotografi inilah yang lebih penting, yang menjadikan gambar yang kita tangkap itu lebih menarik dan bukan sekadar snapshot.

Snapshot vs Photograph
Mengikut pendapat ramai, snapshot ialah gambar yang diambil atas dasar untuk nilai sentimentalnya kepada photographer tersebut. Contohnya gambar anaknya tersenyum lebar ke kamera. Gambar itu mungkin bermakna buat anda yang menangkap kerana subjek itu adalah orang yang tersayang, tetapi subjek itu tidak mempunyai apa-apa nilai seni kepada orang yang tidak kenal akan subjek tersebut.

Photograph pula ialah gambar yang mempunyai nilai seni. Mungkin gambarnya tetap anak kepada photographer tapi diletakkan di background yang penuh berbokeh, serta subjek berdiri di tengah-tengah landasan kereta api mengikut teknik komposisi leading lines. Walaupun orang yang melihat gambar tersebut tidak mengenali subjek, tetapi mereka akan melihat seni gambar tersebut. Inilah yang menjadikan sesuatu snapshot, menjadi photograph.

DSLR dan smartphone photography
Ada yang berkata, "saya nak tangkap gambar guna smartphone untuk memahami basics fotografi sebelum beli kamera besar."

Tidak ada kesalahan dalam pernyataan di atas. Tetapi ada sesuatu yang boleh dibincangkan di situ.

1) Teknik mengawal kamera
Lain kamera lain cara untuk mengawalnya. Kalau kamu berharap dengan tangkap gambar menggunakan smartphone, kamu akan faham segala asas aperture, shutter speed dan lain-lain, kamu akan kecewa.
Izinkan saya ambil contoh teknik focusing. Dengan smartphone kamu akan sentuh skrin di kawasan yang kamu ingin fokus. Tetapi di DSLR kamu akan halakan titik fokus ke sasaran anda, tekan butang shutter separuh jalan atau butang 'AF-ON' dan tunggu kamera lock focus di sasaran anda.

Lain kamera mempunyai lain cara untuk mengawalnya. Oleh sebab inilah ramai yang mewajibkan kita membaca panduan pengguna yang datang sekali dalam kotak kamera kita semasa baru beli kamera.
Jika anda nak belajar skill mengawal kamera DSLR, gunalah DSLR! Ada lagi ke cara lain?

2) Belajarlah seni fotografi!
Kamu tidak ada DSLR? Tak mengapa! Dengan smartphone, belajarlah cara untuk kawal smartphone anda itu sampai pandai. Selepas itu alihkan fokus kepada mempelajari seni fotografi seperti composition, lighting, tones dan lain-lain.

Bila dah sampai tahap ni, pakai lah kamera apa sekalipun kamu akan fokus mencari photograph yang penuh berseni.

Saya akhiri post ini dengan satu gambar yang saya tangkap menggunakan smartphone Sony Xperia Arc.
Ramai kaki forum selalu meminta EXIF data iaitu data settings kawalan kamera. EXIF gambar ini;

ISO : tak tahu
aperture: tak kisah
shutter speed : tak ambil peduli
seni fotografi?

composition: rule of thirds (primary subject di tepi frame bukan di tengah, mungkin broken sikit watdehek), balancing elements (dua manusia subjek utama, ada lagi seorang di kiri frame), dan leading lines (cat jalan raya yang membawa mata dari depan ke dalam frame untuk depth)
lighting: shoot into the light untuk dapatkan shadow subjek, efek dramatik untuk waktu malam dan black and white.

HARAM tiru EXIF iaitu kawalan kamera. WAJIB belajar seni fotografi, lagi kompleks dan lagi lah penting. sekian bebelan hari ini. ciao!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...