Friday, 7 February 2014

FOTOGRAFI - "aperture, shutter speed, bukan ilmu seni fotografi"

Pada pendapat saya segala ilmu pengetahuan berkaitan focal length, ISO, shutter speed, aperture, semua itu bukan ilmu seni fotografi.

Itu adalah TEKNIK MENGAWAL kamera dan itu adalah bahagian yang tak susah. Dengan pembacaan yang menyeluruh dalam jangka masa satu minggu dah boleh kuasai. Sebab dengan ilmu MENGAWAL KAMERA, anda menjadi seorang PEMILIK KAMERA yang layak menggunakan kamera tersebut.
Nak jadi photographer, mesti kuasai seni fotografi.

Seni fotografi itu adalah bila kita masuk ke bahagian composition, rule of thirds, leading lines, color contrast,dalam seni black and white ada tones, texture, dalam portraiture, emotion dan lain-lain. Seni inilah yang lebih kompleks (izinkan saya kata, amat kompleks untuk orang bukan berlatarbelakangkan seni macam saya?)

All photographers should quickly get over all those aperture shutter speed basics and give move emphasis on the art!

Sebab untuk mengamalkan seni fotografi ini, ia memerlukan kita untuk mempunyai skill mengawal kamera.
Kita kawal aperture sekian-sekian, untuk dapatkan shutter speed sekian-sekian. Siap. Lepas tu terus fikirkan seni, framing bagi masuk itu, keluarkan yang ini, composition begitu-begini, dan lain-lain. Tadaa, gambar lawa, kerana ia berseni.

Seni fotografi inilah yang lebih penting, yang menjadikan gambar yang kita tangkap itu lebih menarik dan bukan sekadar snapshot.

Snapshot vs Photograph
Mengikut pendapat ramai, snapshot ialah gambar yang diambil atas dasar untuk nilai sentimentalnya kepada photographer tersebut. Contohnya gambar anaknya tersenyum lebar ke kamera. Gambar itu mungkin bermakna buat anda yang menangkap kerana subjek itu adalah orang yang tersayang, tetapi subjek itu tidak mempunyai apa-apa nilai seni kepada orang yang tidak kenal akan subjek tersebut.

Photograph pula ialah gambar yang mempunyai nilai seni. Mungkin gambarnya tetap anak kepada photographer tapi diletakkan di background yang penuh berbokeh, serta subjek berdiri di tengah-tengah landasan kereta api mengikut teknik komposisi leading lines. Walaupun orang yang melihat gambar tersebut tidak mengenali subjek, tetapi mereka akan melihat seni gambar tersebut. Inilah yang menjadikan sesuatu snapshot, menjadi photograph.

DSLR dan smartphone photography
Ada yang berkata, "saya nak tangkap gambar guna smartphone untuk memahami basics fotografi sebelum beli kamera besar."

Tidak ada kesalahan dalam pernyataan di atas. Tetapi ada sesuatu yang boleh dibincangkan di situ.

1) Teknik mengawal kamera
Lain kamera lain cara untuk mengawalnya. Kalau kamu berharap dengan tangkap gambar menggunakan smartphone, kamu akan faham segala asas aperture, shutter speed dan lain-lain, kamu akan kecewa.
Izinkan saya ambil contoh teknik focusing. Dengan smartphone kamu akan sentuh skrin di kawasan yang kamu ingin fokus. Tetapi di DSLR kamu akan halakan titik fokus ke sasaran anda, tekan butang shutter separuh jalan atau butang 'AF-ON' dan tunggu kamera lock focus di sasaran anda.

Lain kamera mempunyai lain cara untuk mengawalnya. Oleh sebab inilah ramai yang mewajibkan kita membaca panduan pengguna yang datang sekali dalam kotak kamera kita semasa baru beli kamera.
Jika anda nak belajar skill mengawal kamera DSLR, gunalah DSLR! Ada lagi ke cara lain?

2) Belajarlah seni fotografi!
Kamu tidak ada DSLR? Tak mengapa! Dengan smartphone, belajarlah cara untuk kawal smartphone anda itu sampai pandai. Selepas itu alihkan fokus kepada mempelajari seni fotografi seperti composition, lighting, tones dan lain-lain.

Bila dah sampai tahap ni, pakai lah kamera apa sekalipun kamu akan fokus mencari photograph yang penuh berseni.

Saya akhiri post ini dengan satu gambar yang saya tangkap menggunakan smartphone Sony Xperia Arc.
Ramai kaki forum selalu meminta EXIF data iaitu data settings kawalan kamera. EXIF gambar ini;

ISO : tak tahu
aperture: tak kisah
shutter speed : tak ambil peduli
seni fotografi?

composition: rule of thirds (primary subject di tepi frame bukan di tengah, mungkin broken sikit watdehek), balancing elements (dua manusia subjek utama, ada lagi seorang di kiri frame), dan leading lines (cat jalan raya yang membawa mata dari depan ke dalam frame untuk depth)
lighting: shoot into the light untuk dapatkan shadow subjek, efek dramatik untuk waktu malam dan black and white.

HARAM tiru EXIF iaitu kawalan kamera. WAJIB belajar seni fotografi, lagi kompleks dan lagi lah penting. sekian bebelan hari ini. ciao!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...