Friday, 6 June 2014

Saya tak tahu nak tulis apa

Here we go.

Blog ini dah terlalu lama ditinggalkan. Sejak saya sambung belajar kat Korea University ni kehidupan agak hectic. Assignments, reports, group meetings... Saya yang tak aktif dalam apa-apa persatuan ni pun dah rasa macam ni, saya tak tahu lah macam mana feeling kawan lain yang pegang jawatan dalam persatuan pelajar dan persatuan Islam. All the best guys.

So, kenapa saya dah berhenti menulis ye? Selain busy ada jugak sebab lain. Sebab saya baru mengalami photography learning curve yang bagi saya baru naik mendadak. Saya banyak dengar ceramah fotografi, dan secara jujurnya saya sekarang dah tak lagi risau lagi akan technicalities. Apa itu aperture, apa shutter speed nak pakai blablabla. Saya sudah get over semua itu.

Ada orang dengan bangganya berkata, "aku tak faham segala benda aperture ni, aku ambik gambar je." Well, that is one way to go bro. Takpe. Yang penting enjoy fotografi. Feeling yang bila kita baru lepas tekan butang shutter dan tahu this is the shot yang kita cari.

TENSION.

Saya dah mula naik tension bila masuk group fotografi. EXIF EXIF EXIF... brand wars, gaduh definisi. Kaki hentam orang lain sedangkan diri sendir hasil satu pun takde... Post gambar ala kadar lepas tu suruh "komen dan kritik apa yang patut."

Saya bayangkan anak murid campak kerja sekolah kat atas meja cikgu, "Nah cikgu, tanda apa yang patut."

Bertuah punya budak.

Hahaha.

Kembali kepada tension. Saya dah capai tahap di mana saya dah kuasai asas, tapi selepas kuasai asas, kita diperkenalkan lagi dengan gudang ilmu yang lebih besar dan luas. Ibarat orang sesat di padang pasir, dahaga yang baru dapat dilegakan sedikit secawan air, dan ditunjukkan pula arah ke tasik yang jernih. Bayangkan je lah macam mana feeling kita rasa nak berlari terjun ke dalam tasik tu.

Apabila saya mendalami ilmu fotografi, khususnya portraiture, baru belajar asas, dapat tahu pulak sebenarnya satu genre ini je adalah satu bidang ilmu yang sangat luas. There is just too much yet to learn!

Dah capai tahap, weh, biar la orang lain kejap. aku nak belajar lagi dalam sedalam dalamnya. Itulah apa yang saya nak buat. Belajar dulu. Apa yang saya belajar jika ada masa saya rekodkan dalam blog ini.

Lepas ni saya nak masuk ke arena light crafters. Everything is about the light. Natural atau artificial, dua-dua kita pulun. Saya sudah mula jatuh cinta dengan light, and most importantly the subtraction of light, which is the shadows. PHOTOGRAPHY IS ABOUT LIGHT THEY SAY!

PEMALU.

Kenapa saya pilih untuk masuk ke dalam arena portraiture? Kerana duit? Kerana Model seksi? Nope. Saya sebenarnya pemalu. Penyegan mungkin. Nak bercakap dengan orang kedai order makanan pun rasa awkward. Sedangkan itu semua benda normal kot. Pelik betul kau ni haih.

Pernah dengar kan orang gunakan minatnya dalam fotografi untuk jadi pendorong untuk dia baca dan praktis bahasa Inggeris? Saya nak buat benda yang sama.

Saya penyegan sebab tak yakin diri. Saya nak shoot portrait sebab ia buat saya terpaksa berurusan dengan orang. Saya nak saya ada skill yang mampu menyerlahkan keyakinan orang dalam gambar. Kalau orang tak nampak cantik dalam gambar, itu salah photographer.

Macam perempuan nak body shape itu ini, sebab insecurities dalam diri ramai perempuan, syarikat buat duit, jual baju kecik-kecik macamlah semua perempuan satu saiz kecik tu je. Jual ubat, makan ubat nanti kurus, dapat figure hourglass katanya.

Tipu itu semua. Saya ikuti kelas asas posing, dan saya dah nampak dah macam mana sebenarnya cara kita berdiri, cara kita jalan, ini semua adalah teknik posing. Kalau photographer reti pose subjek dia, akan jadi lawa, bentuk apa sekalipun. (models dan artis nampak lawa sebab mereka pandai pose diri sendiri setiap masa).

People should be allowed to feel good about themselves. People should be allowed to look good in photos. As beautiful as they are, with simple suggestions, they can shine brighter than ever before.

Saya nak jadi sampai tahap ini.

Portraits. - Learn to craft with light, pose, deal with people, build self confidence.

Itu aim saya.

Aik, aim macam kursus motivasi diri pulak. Ye betul. Saya bukan nak jadi photographer terhebat di dunia. Sentiasa akan ada yang lebih hebat dan ia adalah penilaian subjektif. Saya taknak pun jadi the best photographer in the world. I just want to be a better person, through photography.

Sekian luahan hati,

Adzrin Mansor.
Jumaat, 6 Jun 2014.
Atas katil kat rumah,
Seoul, Korea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...