Sunday, 13 July 2014

Cara untuk ambil portrait dengan flare

Flare adalah kelemahan lens. 

Flare terjadi apabila satu sumber cahaya yang terang  pancarkan cahaya masuk ke dalam lens tak ikut arah yang betul, dipantulkan antara lens elements dan cahaya itu jadi berselerak (lebih kurang gitu la kot?) Gambar akan jadi kurang contrast dan jadi haze. Pembuat lens banyak susun lens elements serta letak coating kat lens supaya kurangkan flare. Tengok dalam review selalu flare lah yang dicari oleh lens reviewer.

Tapi lens flare adalah efek yang memang dicari sesetengah photographer untuk tambah 'umph' dalam gambar. Kalau dalam arena wayang JJ Abrams lah femes dengan flare lens anamorphic dia.

Saya kadang-kadang cuba jugak nak memotret dengan flare ni. Ini satu contoh;


1) Lens choice
Untuk portraiture saya suka guna lens Canon EF 50mm f/1.8 II saya sebab prime lens punya front element lebih besar dan senang nak buat flare. Lens dengan focal length yang lebih panjang seperti 85mm dan 135mm digemari untuk efek compression yang jadikan subjek nampak lebih kurus, tapi saya rasa dengan lens yang panjang focal lengthnya susah sikit. Lens primes seperti 50mm, 35mm, 28mm, 24mm, semua tu lebih awesome untuk buat flare sebab cukup wide untuk masukkan matahari dalam frame.

2) Matahari
Tip nak dapat flare ni, biasanya kita mesti masukkan matahari dalam frame. Nak ambil gambar portrait, kalau matahari tinggi sangat susah nak masukkan dalam frame. Waktu yang senang nak masukkan matahari dalam frame ialah waktu petang! Dalam pukul 6-7 petang ok lah.

3) Subject placement
Biasanya untuk masukkan matahari dalam frame saya akan letakkan subjek membelakangi matahari dan saya ambil gambar ke arah matahari. Cahaya dari belakang tu jugak bagus untuk jadikan rambut subjek bersinar.

4) Fokus
Untuk portraiture wajiblah untuk fokus dengan tepat di mata subjek. Tapi apabila matahari masuk frame, lens kurang contrast dan hazy, jadi autofocus system pun susah nak berfungsi. Daripada susah-susah nak manual focus, bolehlah tutup matahari dengan sebelah tangan dan pre focus. Lock focus dulu, lepas tu set lens ke manual focus.

Untuk body Canon yang ada butang AF-ON di belakang, lagi senang nak pre focus. Kamera takkan focus hunt bila tekan butang shutter nak ambil gambar sebab butang yang trigger focus dah diasingkan. Body mid range dan high end macam 50D, 7D dan up lagi biasanya ada. AF-ON button, memang awesome!

5) Exposure
Expose for the shadows. Gunakan spot metering untuk ambil exposure di satu spot tengah frame sahaja, biasanya saya expose secara manual untuk kawalan exposure yang penuh.

6) Shoot RAW
Shoot RAW sudah jadi kemestian sebab contrast terlalu rendah, di photo editor contohnya di Adobe Camera RAW atau Adobe Lightroom, turunkan highlights dan naikkan shadows untuk dapatkan details semula, lepas tu imbangkan blacks dan whites untuk kawal contrast. Selepas itu editlah ikut citarasa...




Enjoy!

1 comment:

Rei said...

fuh style~~~~
nak try ah nanti. thx bro sharing tips

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...