Thursday, 10 July 2014

Focal Length dan Jenis-Jenis Lens

Dalam post kali ni saya nak bercerita tentang focal length dan jenis lens.

Focal length diukur dalam unit milimeter (mm).

Ada orang terkeliru focal length dengan filter diameter dan ada juga kaitkan focal length dengan berapa panjang saiz barrel lens tu. Haha!


Focal length ini adalah ukuran jarak antara optical center of the lens hingga ke sensor. Setiap focal length mewakili field of view tertentu.

Pada bahasa mudahnya;
"semakin tinggi nilai focal length, semakin zoom in."

Gambar oleh Nikon USA
Focal length 50mm dianggap sebagai standard sebab masa zaman filem dulu, banyak kamera filem dijual bersama dengan lens 50mm macam kit lens zaman sekarang. Lens yang focal length kurang dari 50mm dikira sebagai wide, dan lens yang focal legth lebih panjang dari 50mm dikira sebagai telephoto.

0mm-28mm        : lens ultra wide
28mm-50mm      : lens wide
50mm                  : lens standard
50mm-100mm    : lens medium telephoto
100mm-300mm : lens telephoto
300mm- 
∞ mm   : lens super telephoto

Lain orang lain definisi focal length ni. Ia sedikit subjektif. Takpe bukannya penting sangat pun definisi ni. Yang penting kita tahu field of view dia macam mana.

Selepas itu kita kena tahu pasal aperture. Aperture ini adalah setting dalam lens. Lens ni kan kepingan kaca yang disusun untuk fokuskan cahaya di depan kamera masuk ke dalam lens selepas tu ke filem atau sensor untuk jadi gambar. Tetapi kalau terlalu banyak cahaya masuk nanti gambar atau filem tu jadi putih melepak, tak ada gambar. Maka mesti ada mekanisma yang mengawal kemasukan cahaya ke filem/sensor. Itulah fungsi aperture.


Saiz bukaan aperture dikira dalam unit f-stop. F-stop ini adalah unit perkiraan cahaya. Cara kiranya ialah focal length dibahagikan dengan saiz bukaan aperture. Tapi itu payah dan itu kerja engineer. Antara contoh setting aperture di kamera kita ialah;


Oleh kerana aperture ini ada dalam lens, setiap lens ada nilai f-stop maksimum dan minimum yang berlainan. Apa yang kita perlu tahu ialah;

"semakin tinggi nilai f-stop aperture, semakin kecil saiz bukaan aperture dan makin sedikit jumlah cahaya masuk ke dalam lens."

Jadi pada bukaan aperture f/1.8, bukaan lens tu besar, banyak cahaya masuk ke dalam lens. Untuk bukaan aperture f/8, bukaan lens kecil je, dan sedikit je cahaya masuk dalam lens.
Setiap lens ada nama penuhnya. Dari nama penuhnya kita boleh tahu tentang apa features yang ada pada lens itu. Contohnya;

Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS STM

Canon adalah jenamanya.
EF-S adalah jenis mount untuk crop sensor (APSC) Canon. maksudnya lens ini tidak boleh digunakan pada full frame camera.
18-55mm adalah focal length. lens zoom focal length dia ditunjukkan dalam range. ia boleh dizoom dari 18mm wide angle ke 55mm standard. oleh itu lens ini dipanggil lens standard zoom.
f/3.5-5.6 adalah range maximum aperture. ia bukan bermaksud ia boleh dikecilkan sampai f/5.6 sahaja. boleh je dikecilkan sampai ke f/16 atau f/32 kalau nak. tapi ia ditunjukkan dalam range kerana saiz bukaan terbesar aperture berubah mengikut zoom. bukaan terbesar di 18mm adalah f/3.5, bukaan terbesar di 55mm ialah f/5.6. semakin besar bukaan lens zoom, semakin mahal kerana ia akan pakai lebih banyak kaca.
IS adalah Image Stabilizer, ia membantu kurangkan gegaran dari tangan kita jadikan imej lebih stabil. penting untuk video.
STM adalah motor untuk auto fokus. STM adalah silent stepping motor, USM adalah ultrasonic motor dan kalau tidak dinyatakan, ia menggunakan motor biasa. (atau manual focus. jadi sila check jenis lens anda)


Jom kita berbincang tentang jenis-jenis lens.

1) Kitlens (standard zoom)

Kitlens dipanggil kit kerana ia dijual secara kit sekali dengan kebanyakan body DSLR. Kebanyakan kitlens yang dijual zaman sekarang ialah lens standard zoom. Tak banyak dah yang dijual dengan lens fixed focal length atau prime lens. Setiap brand lain lensnya.

Antara contoh kitlens;
- Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS
- Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 IS STM
- Sony E 18-55mm f/3.5-5.6 OSS
- Nikon 18-55mm f/3.5-5.6G AF-S DX VR

Kitlens Nikon, gambar ihsan gugel

2) Lens fixed focal length (prime lens)

Prime lens adalah lens yang tidak boleh zoom. Walaupun zoom lebih versatil untuk banysk kegunaan, prime lens ada kelebihan tersendiri. Kelebihan prime lens secara umum ialah saiznya yang kecil dan ringan, aperture boleh dibuka lebih besar, dan biasanya lebih murah dari zoom. Ini statement umum tau, teknologi dah maju ada beberapa lens sudah kecamukkan perbezaan prime dan zoom.

Antara contoh prime lens ialah;
- Canon EF 50mm f/1.8 II
- Canon EF 50mm f/1.4 USM
- Sigma 35mm f/1.4 ART
- Nikkor 35mm f/1.8G
- Samyang 85mm f/1.4 (manual focus)

dua prime lens yang saya miliki

3) Lens Ultra Wide

Lens ultra wide ini biasanya kegemaran sesetengah event, landscape dan travel photographer sebab focal length yang wide itu menghasilkan gambar dengan efek distortion, macam kena tarik ke tepi.

Lens wide ini ada dua jenis;
- Rectilinear, straight lines masih kekal straight
- Curvilinear, lines membengkok, efek fisheye

Antara contoh lens rectilinear;
- Tokina 11-16mm f/2.8
- Tokina 12-24mm f/4
- Sigma 10-20mm f/4-5.6 EX DC HSM
- Canon EF-S 10-22mm f/3.5-4.5 USM
- Samyang 14mm f/2.8 (manual focus)

Antara contoh lens fisheye;
- Canon 15mm f/2.8 fisheye
- Samyang 8mm f/3.5 fisheye (manual focus)

contoh gambar lens ultra wide rectilinear Tokina 12-24mm f/4. straight lines masih straight bukannya membengkok macam fisheye

4) Lens telephoto

Lens telephoto adalah lens untuk zoom objek jauh dari kita. Contohnya apabila nak ambil gambar orang main bola sepak, takkan nak masuk padang pulak. Atau nak ambil gambar harimau, takkan nak panjat masuk kandang harimau. Lens telephoto dengan focus motor yang laju selalu menjadi pilihan journalist dan sports photographer. Lens telephoto dengan aperture yang besar seperti Canon EF 70-200mm f/2.8 L USM juga selalu digunakan oleh portrait photographer dan untuk indoor sports.

Antara contoh telephoto lens;
- Canon 70-300
- Nikon 70-300
- Tamron 70-300
- Canon EF 70-200mm f/2.8L USM
- Tamron 70-200mm f/2.8 VC USD

Lens telephoto budget yang saya guna. Saya ada bincangkan pasal lens ini di bahagian FAQ di bawah.


5) Lens kegunaan special

Lens kegunaan special ni dalam dia ada lens fisheye dan lens tilt-shift. Dua-dua digunakan kerana untuk efek mereka tersendiri. Fisheye lens punya efek segalanya membulat. Tilt shift pulak buat efek miniature dan membetulkan perspektif shots architectural. Lepas itu ada juga lens untuk macro yang boleh fokus dekat-dekat menjadikan fokus 1:1 magnification.

Lens ini bukan murah untuk dibeli dan bukan selalu boleh kita gunakan. Contoh;
- Samyang 8mm f/3.5 fisheye
- Canon TS-E 24mm f/3.5L II
- Tamron 90mm f/2.8 SP AF Di Macro



FAQ

Apakah lens yang saya perlu beli?
Soalan ini sangat subjektif. Tetapi ramai casual shooter saya kenal ada lineup seperti satu kitlens, satu prime, satu wide angle zoom dan satu telephoto zoom untuk completekan focal length coverage dari wide angle ke telephoto.

Apakah lens budget yang bagus?
Kitlens 18-55mm adalah lens standard zoom yang bagus untuk kita mula keluar ambil gambar. 18mm adalah wide dan 55mm juga bagus untuk zoom in sikit-sikit. Lens standard zoom adalah lens terbaik untuk dibawa travel sebab kita boleh shoot segala benda pakai satu lens sahaja.

Apakah kelebihan prime lens berbanding zoom lens?
Ini tajuk yang panjang, memerlukan post lain. Insyaallah jika saya ada tulis saya linkkan di sini. Tetapi sini ada link ke artikel 8 sebab kenapa kita perlu guna lens 50mm

Apakah lens yan bagus untuk dibawa travel? 18-200mm ok tak?
Saya pernah cuba guna kawan punya Tamron 18-200. Mungkin ada orang yang tidak setuju dengan saya tetapi saya rasa kitlens 18-55 adalah lensa yang lebih baik untuk dibawa travel kerana saiznya yang kecil dan kita akan selalu gunakan dia di 18mm. Jarang sekali kita nak gunakan di 200mm. Kalau pentingkan zoom in, lens 18-135mm juga boleh. Bagi saya, kit paling ringan adalah yang terbaik.

Saya ada kitlens, lens wide dan telephoto. Patutkah saya bawa semua masa travel?
Kit travel perlu ringan. Kalau boleh bawa satu lens sahaja dan yang lain tinggalkan di rumah. Melainkan anda memang pasti bercadang nak gunakannya. Saya dapati bila kita menghurung beg yang berat nanti sakit bahu tu satu, masa travel lebih baik kita fokus mendapatkan shot dan enjoy moment tersebut, daripada banyak spend masa tukar-tukar lens. Satu body dan satu lens adalah terbaik.

Apakah lens untuk wedding secara hobi?
Ada dua jenis orang shoot wedding. Satu adalah shoot wedding sepupu saje-saje untuk masuk family photo album atau masuk facebook. Yang ni kitlens pun boleh. Tak perlu spend banyak-banyak. Simpan duit buat beli handphone yang anda nak sangat beli tu.

Saya nak shoot wedding secara professional, lens apakah yang saya perlukan?
Professional ini bermaksud ambil gambar secara bisnes, ambil upah. Saya nampak jurugambar perkahwinan professional guna macam-macam benda. Biasanya satu lens standard zoom dan flash untuk event photography dan satu telephoto atau portrait prime untuk shoot portrait. Tapi ini sangat subjektif sebab lens dibeli ikut keperluan dan dibeli mengikut visi kreatif photographer tersebut. Orang shoot wedding pakai satu lens 50mm ada, orang shoot wedding pakai fisheye pun ada. Kenali diri anda. Wedding adalah satu kerja yang sangat susah. Dalam itu ada event photography, fashion photography, portrait photography, macro shot cincin dan macam-macam lagi. Buat soul search, cari lens apa yang anda gunakan.

Berapa banyakkah lens yang kita perlukan?
Ok ini tajuk kontroversi. Biasanya casual shooter yang saya kenali ada banyak lens. Dari lens ultra wide, kitlens, satu prime dan satu telephoto. Masuk dalam group fotografi memang ramai yang ada lens itu ini. Tetapi adakah ini ideal?

Tidak dinafikan, memiliki banyak lens boleh mengembangkan lagi possibilities field of view yang kita boleh cover. Tetapi kelebihan shoot dengan prime lens sebenarnya ialah focal length yang tetap itu sendiri. Seperti Garry Winogrand dengan lens 28mm beliau, Henri Cartier Bresson shoot exclusively dengan lens 50mm. Dengan satu lens, dia belajar untuk gunakannya untuk semua situasi.

Apabila ia tidak cukup wide kita belajar 'subject cropping'. Apabila ia ada terlalu banyak benda berlaku dalam sesuatu situasi, kita belajar untuk pergi lebih dekat dan 'framing' dengan memberi fokus kepada subjek dan keluarkan element yang mengganggu.
Apabila kita berbicara tentang fotografi ia selalu diberi impresi bahawa ia adalah hobi yang mahal dan makan duit. Tapi kadang-kadang less is more.

Apakah lens paling sharp?
Ken Rockwell selalu cakap sharpness banyak bergantung kepada teknik. Bagaimana stabil kamera anda semasa anda ambil shot, bagaimana bersih kualiti cahaya, dan banyak lagi. Lens mahal-mahal sekalipun bukannya sharp sangat pun. Lens mahal kerana ketahanan dia kepada kegunaan lasak atau kadang-kadang kerana kelemahan dia yang jadi karakter unik hanya ada pada lens itu.

Kembali ke soalan sharp. Jangan kejar sharpness. Kejar gambar yang composition menarik, kejar gambar yang cantik berseni hingga menyentuh perasaan. Ada ke gambar dipamerkan dalam exhibition sebagai gambar paling sharp di dunia? Gambar sharp tapi kalau tak ada maksud, tak ada konsep, tak ada cerita, bukanlah gambar yang bagus.

Apakah lens wide yang bagus untuk landscape?
Selepas kitlens, kalau nak efek distortion ultra wide, lens seperti Tokina 12-24 f/4, Tokina 11-16 f/2.8 adalah lens wide yang femes untuk ramai orang kaki landskap.

Apakah lens telephoto budget yang bagus?
Untuk kualiti terbaik Canon L lenses punya telephoto lenses memang terbaik tapi harganya pun terbaik. Untuk options yang budget ada Tamron 70-300mm VC USD bagus jugak. Saya guna lens yang lebih murah dari zaman filem, Canon EF 100-300mm f/4.5-5.6 USM. Awesome lens itu. Optically bagus daripada Canon/Sigma/Tamron 70-300 versi lama yang plastik tu.

Apakah standard lens yang bagus untuk APSC?
Ini memerlukan satu post berlainan. Akan diletakkan link di sini.


Patutkah saya beli lens Fisheye/Macro/Tilt Shift?
Patut jika anda dah pasti yang anda akan pakai. Sebab lens ini kegunaannya agak spesifik. Kena buat banyak soul search, tengok kita banyak tak shoot macro. Cuba dulu macro dengan extension tube. Kalau betul-betul minat shoot macro, barulah beli. Tengok kita boleh tak handle fisheye punya distortion membulat, tengok kita perlu ke tidak lens tilt shift. Lens ini bukannya murah. -_-

Bolehkah saya guna lens Canon atas body Nikon atau sebaliknya?
Setiap brand kamera lain jenis mount dia. Boleh nak pasang, kena beli adapter itu ini, kita susah nak kawal aperture dan tak boleh autofokus blablabla. Payah je. Kalau nak jump, jual je body dan beli lens yang sesuai.

Bolehkah saya guna lens third party Tamron/Sigma yang sama, pasang kat body brand Nikon dan Canon?
Pembuat lens third party buat lens dalam mount yang berbeza. Ada yang buat untuk dipasang kat Canon, ada yang buat dipasang untuk body Nikon dan macam-macma brand lain. Tidak. Kalau anda beli lens Tamron/Sigma untuk Canon, maka dipasang untuk Canon. Kalau untuk Nikon, pergi pasang kat Nikon.


Ok lah tu. dah panjang sangat dah post ni. Apa-apa soalan atau cadangan, jemput datang ke facebook saya di link ini;


2 comments:

angah said...

Interesting

mohammad fahmiizwan said...

Nk tnye klau gne lense 18-135mm STM kit ni selalu utk ape ye dn ape perbezaan antara18-55mm stm kit tu?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...