Monday, 29 September 2014

Incheon Asian Games - Sports Photography

Incheon Asian Games datang ke Korea Selatan kali ni! So sekali sekala try lah tengok sukan walaupun sebenarnya saya taklah minat sukan sangat.

Kali ni saje bawak Canon EOS 7D, Canon EF 28mm f/1.8 USM, Canon EF 85mm f/1.8 USM, dan telephoto Canon EF 100-300mm f/4.5-5.6 USM. Lens lama, tapi semuanya ring USM motor yang fokus dengan pantas.


barang-barang yang dimaksudkan
Let's cut to the chase and go take pictures.

Masa outdoor, lens Canon 100-300mm memang king, dia boleh zoom dari 100mm ke 300mm tanpa masalah. Orang selalu minat 70-200mm, tapi saya dah pakai APSC dengan 1.6x crop factor dah, 300mm baru rasa cukup zoomnya.

Mode yang penting nak shoot sports?

Shutter priority - letak 1/1000s, ISO Auto, SERVO AF supaya dia sentiasa mencari fokus, Saya shoot JPEG. Speed priority burst, 8fps kat body 7D ni.













Sifu cakap, jangan hanya fokus kat aksi sukan je, cari emosi. So untuk sukan hoki ni Malaysia lawan Jepun, Malaysia menang 4 -1.

Selepas ni beralih pulak ke Badminton beregu semi final. Malaysia kena lauk dengan Korea Selatan, so ambik gambar banyak Korea Selatan dan Indonesia je. Indonesia menang!

Untuk indoor sports, Canon 100-300mm f/4.5-5.6 USM punya aperture tak cukup besar untuk bagi cahaya masuk dengan banyak supaya dapat shutter speed yang tinggi. Jadi saya tukar ke Canon EF 85mm f/1.8 USM.










Saya dapati yang metering system Canon 7D ni ada struggle sikit dalam stadium badminton ni. Tapi yang paling banyak lari ialah Auto White Balance dia.

Lepas dah habis shoot baru kawan cakap, kenapa tak shoot manual exposure dan manual white balance terus? Betul jugak. Indoors keadaan cahaya tak berubah sangat pun. Hmm. keep that in mind untuk lain kali jelah.

Kalaulah wujud lens 50-150mm f/2.0 USM lens yang cover APSC image circle je, mesti terbaik untuk buat pengganti 70-200mm f/2.8 untuk APSC sensor. Harap-harap nanti ada. Tak perlu nak full frame sangat, sebenarnya jika ada lens yang elok, pakai APSC pun cukup.

Lagi satu saya nak reveal yang purple fringing agak ganas untuk dua-dua lens ni. Yelah, diorang bukan L lens, tambah lagi dengan 7D yang sebenarnya dah tua dengan processor DIGIC 4 dari tahun 2009.

Tengok 7D Mark II dengan DIGIC 6 yang ada in camera corrections, tambah lagi dengan 10fps dan 65 focus points tu, mesti gila kalau pasang dengan lens macam 70-300 L USM untuk outdoor sports dan kalau indoor sports, lens 50-150mm f/2.0 USM yang belum wujud tu, mesti giler kentang!



Oh 7D... untuk kaki shoot sports tegar, 7D ni memang kamera yang hebat... Ada rasa nak jump ke mirrorless system sebab nak kamera yang kecil dan ringan untuk bawak travel, tapi bila merasa kemampuan dia ni shoot sports, memang mengancam. Sedih sedih haha...

Nak jump mirrorless ke takmau? hmm...

Thursday, 11 September 2014

Urban Landscape menggunakan lens 50mm - 63 Building

"Kalau nak ambik gambar landscape WAJIB pakai lens wide. samyang 14mm blablabla, sigma 8mm blablabla, tokina 11-16mm blablabla... 0.00000mm blablabla... lens telephoto tak guna kalau bukan 70-200mm f/2.8 untuk bokeh blablabla"

Haha melampau betul kadang-kadang kegilaan wide angle ni. Tak salah nak pakai lens wide ni untuk efek distortion yang dia offer. Tapi kadang-kadang kita bukannya boleh pergi dekat dengan subjek yang kita nak tu.


Kali ni saya jadi sniper, shoot dari jauh dari atas jambatan Mapo sebab tak mampu nak berenang kat dalam sungai Han yang dalam demi pakai lens wide, dan dah banyak kes orang terjun bunuh diri kat sini. (serius cakap ni, bukan main-main)


Ini satu gambar saya ambik dua hari sebelumnya, orang ni terjun dari jambatan sama yang saya shoot tu dan cuba diselamatkan oleh bomba dan polis.

Ok back to business. Settings kamera nak ambik gambar landscape waktu malam ni macam mana?

1) Mount kamera (Canon EOS 7D dan Canon EF 50mm f/1.8 II) atas tripod yang stabil sebab nak long exposure. Kalau pegang pakai tangan je gerenti gegar dan blur camera shake.

2) Guna live view dan focus secara manual dengan zoom in 10x dan ejas focus ring kat lens sampai nampak details dengan sharp. Jangan lupa shoot RAW atau RAW+JPEG.

3) Guna Manual mode, set ISO ke 200 atau 100 dan stop down lens ke f/16 untuk depth of field yang banyak dan nak shutter speed yang panjang. Metering cakap shutter speed set ke 25 saat untuk exposure kat '0' kat meter. So ikut je.

Saya tunggu timing yang sesuai iaitu time dah hampir nak gelap tapi masih ada kebiru-biruan kat langit dan pada masa yang sama cahaya matahari masih ada nak buatkan 63 building punya tingkap bersinar dengan cahaya matahari. Ini adalah SOOC JPEG.

saje letak tulisan situ nak menyusahkan orang yang nak mencuri gambar. banyak kerja dia nak padam tulisan tu haha!
Gambarnya ok, but we can do better. So ambik file RAW tadi bukak kat Lightroom 5. 


Workflow saya adalah seperti berikut;

1. Highlights tarik -100 untuk dapatkan detail kat langit dan kawasan lampu terang. Shadows tarik +100 untuk tarik lagi detail dalam kawasan gelap
2. Tarik Whites dan Blacks ikut citarasa untuk kembalikan contrast dan tones.
3. Clarity tarik sikit je. dalam +25 je ikut mata saya.
4. Vibrance tarik jugak sikit.
5. HSL tarik ikut citarasa
6. Sharpening letak kat +70. RAW masih soft, kita kena sharpenkan dia. Noise Reduction tak kisah sangat sebab ini ISO 200 je.
7. Saya letak Graduated filter blur kat bawah frame, tambah lagi dengan brush dengan Clarity -100 untuk bagi air tu lagi soft. Graduated filter kat atas frame ada lagi satu, dengan exposure gelapkan sikit, saje nak bagi dramatik sikit kononnya.
8. Bangunan semua ada cahaya lampu dengan warna sendiri, untuk mewujudkan color contrast antara bangunan dan kawasan langit biru, saya brush dengan Temp ke arah kekuningan sikit dan exposure up sikit, brush kat semua bangunan. Jadi bangunan semua kuning hehe...
9. Crop aspect ratio 16:9 supaya buang langit dan air sungai sikit, nampak wide sikit.

Tak susah punya editing. Simple dan sekejap je. Ini final output.



Amacam? Guna lens tak mahal macam Canon 50mm f/1.8 ni je pun boleh ambik gambar landskap jika ia sesuai dengan framing yang anda mahukan.

untuk instagram ada jugak...



Sifu saya cakap, 

"to get good photos all you need is to know what you're doing"

See ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...