Monday, 29 September 2014

Incheon Asian Games - Sports Photography

Incheon Asian Games datang ke Korea Selatan kali ni! So sekali sekala try lah tengok sukan walaupun sebenarnya saya taklah minat sukan sangat.

Kali ni saje bawak Canon EOS 7D, Canon EF 28mm f/1.8 USM, Canon EF 85mm f/1.8 USM, dan telephoto Canon EF 100-300mm f/4.5-5.6 USM. Lens lama, tapi semuanya ring USM motor yang fokus dengan pantas.


barang-barang yang dimaksudkan
Let's cut to the chase and go take pictures.

Masa outdoor, lens Canon 100-300mm memang king, dia boleh zoom dari 100mm ke 300mm tanpa masalah. Orang selalu minat 70-200mm, tapi saya dah pakai APSC dengan 1.6x crop factor dah, 300mm baru rasa cukup zoomnya.

Mode yang penting nak shoot sports?

Shutter priority - letak 1/1000s, ISO Auto, SERVO AF supaya dia sentiasa mencari fokus, Saya shoot JPEG. Speed priority burst, 8fps kat body 7D ni.













Sifu cakap, jangan hanya fokus kat aksi sukan je, cari emosi. So untuk sukan hoki ni Malaysia lawan Jepun, Malaysia menang 4 -1.

Selepas ni beralih pulak ke Badminton beregu semi final. Malaysia kena lauk dengan Korea Selatan, so ambik gambar banyak Korea Selatan dan Indonesia je. Indonesia menang!

Untuk indoor sports, Canon 100-300mm f/4.5-5.6 USM punya aperture tak cukup besar untuk bagi cahaya masuk dengan banyak supaya dapat shutter speed yang tinggi. Jadi saya tukar ke Canon EF 85mm f/1.8 USM.










Saya dapati yang metering system Canon 7D ni ada struggle sikit dalam stadium badminton ni. Tapi yang paling banyak lari ialah Auto White Balance dia.

Lepas dah habis shoot baru kawan cakap, kenapa tak shoot manual exposure dan manual white balance terus? Betul jugak. Indoors keadaan cahaya tak berubah sangat pun. Hmm. keep that in mind untuk lain kali jelah.

Kalaulah wujud lens 50-150mm f/2.0 USM lens yang cover APSC image circle je, mesti terbaik untuk buat pengganti 70-200mm f/2.8 untuk APSC sensor. Harap-harap nanti ada. Tak perlu nak full frame sangat, sebenarnya jika ada lens yang elok, pakai APSC pun cukup.

Lagi satu saya nak reveal yang purple fringing agak ganas untuk dua-dua lens ni. Yelah, diorang bukan L lens, tambah lagi dengan 7D yang sebenarnya dah tua dengan processor DIGIC 4 dari tahun 2009.

Tengok 7D Mark II dengan DIGIC 6 yang ada in camera corrections, tambah lagi dengan 10fps dan 65 focus points tu, mesti gila kalau pasang dengan lens macam 70-300 L USM untuk outdoor sports dan kalau indoor sports, lens 50-150mm f/2.0 USM yang belum wujud tu, mesti giler kentang!



Oh 7D... untuk kaki shoot sports tegar, 7D ni memang kamera yang hebat... Ada rasa nak jump ke mirrorless system sebab nak kamera yang kecil dan ringan untuk bawak travel, tapi bila merasa kemampuan dia ni shoot sports, memang mengancam. Sedih sedih haha...

Nak jump mirrorless ke takmau? hmm...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...