Tuesday, 21 October 2014

Kit Lens 18-55 Sharp Tak?

Alkisah diceritakan dalam dua minggu lepas saya pinjam kamera Canon EOS 550D dari kawan yang dulu beli DSLR, tapi sejak dia bergiat dalam aktiviti bina badan, kamera DSLR dia terus tersadai. Jadi saya pun pinjam lah.



Apa yang saya nak sebenarnya lens Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 II yang dikenali dalam keluarga 'kit lens' atau 'kit lens 18-55' untuk bawa keluar dan shoot.



Kit lens ni agak kontroversi. Kit lens ni memang ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Ada photographer yang berjuang mati-matian mempertahankan yang kit lens ni adalah lens yang bagus untuk sesiapa yang baru beli kamera. Ada yang cakap jangan beli kit lens dan cari lens lain yang lebih baik terus sebab lens ini tak SHARP.

tidak SHARP?

mari kita bincangkan...

Berikut adalah beberapa gambar yang saya ambil menggunakan lens 18-55 'kitlens'

Namdaemun Gate. ISO 200 f/9 1/160s 

Gambar tadi tu tak cukup sharp? Kejap. Lagi satu... 

Finding Peace. ISO 800 f/5.6 1/80s 
Saya kasi belanja lagi satu long exposure....


Couples by the Chonggyechon Stream. ISO 200 f/8 15s 

Secara konklusinya,

YA! Lens ini tidak sharp ..... jika tidak digunakan dengan teknik yang betul kerana sharpness itu bergantung kepada teknik kita. Jika digunakan dengan betul lens ini sungguh sharp.

Kalau kita nak cari lens yang sharp, memang susah nak cari atau anda jadi gila mencari. Sama ada ia terlalu mahal atau ia tidak wujud kerana penggunanya yang gunakan depth of field yang tak cukup; jadi out of focus blur, kerana penggunanya yang gunakan ISO yang terlalu tinggi sampai noise reduction jadikan gambar soft, kerana penggunanya gegarkan kamera terlalu banyak sampai wujud motion blur pada setiap pixel pada gambar dan banyak lagi.

Sharpness bergantung kepada TEKNIK bagaimana anda mengawal lensa anda untuk mendapat sharpness yang terbaik. Antaranya ialah,
- Shoot RAW dan proses gambar itu dengan baik.
- Gunakan tripod atau pegang kamera dengan stabil supaya tidak gegar.
- Gunakan aperture yang sesuai dan mencukupi supaya cukup depth of field.
- Pastikan fokus anda tepat.
- Gunakan ISO yang rendah.
- Gunakan remote shutter release atau mirror lock up untuk long exposure.
- Pastikan lens dan sensor anda bersih.
- Kenal pasti kelemahan lens untuk dielakkan.

Point terakhir itu yang paling penting. Perasan tak yang semuanya adalah gambar genre landskap? Genre landskap tidak memerlukan kita untuk guna lens ini pada aperture yang besar. Saya harus akui yang lens ini agak lemah jika digunakan pada aperture yang 'wide-open' pada sesuatu focal length, mesti nak stop down sedikit untuk hilangkan Chromatic Aberration.

Lens ini bagus untuk ambil gambar keluarga dan landskap. Tetapi untuk portrait berbokeh-bokeh, ini bukan lens yang patut digunakan. Statement ini saya buat selepas mengenal pasti kelemahan lens. Saya tak kata kit lens ni tak bagus semua patut buang kat sungai je. Bagus. Cuma nak perah hasil yang bagus dari lens ini, ia harus digunakan pada kelebihan dia dan elakkan kelemahan dia.

Jika sesiapa yang nak beli kamera baru dan ingin beli kit lens yang diberi sekali tu, beli sajalah. Sebab ia ringan, kecil, dan murah. Untuk lain kegunaan, boleh beli lens lain lagi sebab kit lens tak mahal sangat pun. Contohnya, perlukan lens yang boleh buka aperture lebih besar dan lagi sharp bila stop down sikit, ada nifty fifty.

Anda nak gambar yang SHARP? - Lagi sekali, kenali lensa anda dan gunakan lens itu dengan TEKNIK yang baik sambil mengelakkan kelemahan yang telah dikenal pasti.

Peace! See ya!

Monday, 20 October 2014

Travel Photography - Itaewon, Seoul

Jom saya bawak berjalan-jalan di sekitar bandar Seoul dengan travel Photography. Menggunakan kamera Canon EOS 7D dengan 18-55mm dan 28mm prime lens.

Itaewon adalah salah satu kawasan di tengah bandar Seoul yang terkenal dengan masyarakat global dan destinasi restoran makanan halal. Kalau nak pergi ke Itaewon ni kita boleh naik subway Line 6. Attraction utama di Itaewon ini ialah Masjid Besar Seoul. 


Masjid Besar Seoul waktu solat jumaat. Canon EOS 7D + Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 II.
Orang tanya, macam mana kalau seluruh Seoul ni penuh dengan orang Korea, kenapa tiba-tiba kawasan Itaewon ni banyak orang luar? Jawapannya senang je, di sebelah Itaewon district ni ada military base besar yang sampai sekarang masih beroperasi. Korea Selatan ni adalah sekutu kepada Amerika Syarikat jadi tentera Amerika Syarikat pun berkeliaran di sini.

Oleh kerana ini adalah bandar tempat tentera bersuka ria, ini lah tempat nightlife yang aktif di Seoul. Waktu malam pergi lah solat isyak atau tarawikh masa ramadhan di sini. Jalan nak naik bukit ke masjid tu ada lah tempat-tempat lagha kat tepi-tepinya macam disco, pub dan sebagainya. Walaupun masih ada, tapi sekarang dah semakin berkurang sebab orang muda banyak beralih arah ke tempat seperti Hongdae untuk disco dan pub ni, dan Itaewon secara perlahan-lahan ditukarkan jadi tempat makan global! 

(Ada orang kata ini semua syiar Islam yang menukarkan tempat yang dahulunya tak baik jadi baik secara perlahan-lahan. hmm...)


Mencari Ketenangan. Canon EOS 7D + Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 II
Untuk pelancong dari Malaysia, Itaewon ni adalah destinasi untuk makan makanan halal dengan selesa. Kat sini ada banyak pasar raya menjual makanan halal dan restoran makanan halal.

Salah satu pasar raya yang menjual makanan halal. Canon EOS 7D + Canon EF 28mm f/1.8 USM
Makanan yang biasa orang Malaysia cari ialah nasi biryani sebab kenyang. Tapi antara kegemaran saya ialah Pilaf Kebab Lamb dan Chicken Kebab dari kedai orang Turki.


Banyaknya ayam. Canon EOS 7D + Canon EF 28mm f/1.8 USM

Kebab tersedia. Canon EOS 7D + Canon EF 28mm f/1.8 USM

Inilah rupa kebabnya. Canon EOS 7D + Canon EF 28mm f/1.8 USM

Best tak gambar-gambar ala HDR kat atas tu?

Semua tu bukan HDR yang main blend 10,000 exposure bagai. Saya pakai single exposure RAW dan buat -100 Highlights dan +100 shadows untuk dapatkan sepenuh dynamic range dari sensor. Korang pun boleh buat. ;-)

Nanti saya memburu gambar lagi ya? Stay tuned.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...