Monday, 20 October 2014

Travel Photography - Itaewon, Seoul

Jom saya bawak berjalan-jalan di sekitar bandar Seoul dengan travel Photography. Menggunakan kamera Canon EOS 7D dengan 18-55mm dan 28mm prime lens.

Itaewon adalah salah satu kawasan di tengah bandar Seoul yang terkenal dengan masyarakat global dan destinasi restoran makanan halal. Kalau nak pergi ke Itaewon ni kita boleh naik subway Line 6. Attraction utama di Itaewon ini ialah Masjid Besar Seoul. 


Masjid Besar Seoul waktu solat jumaat. Canon EOS 7D + Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 II.
Orang tanya, macam mana kalau seluruh Seoul ni penuh dengan orang Korea, kenapa tiba-tiba kawasan Itaewon ni banyak orang luar? Jawapannya senang je, di sebelah Itaewon district ni ada military base besar yang sampai sekarang masih beroperasi. Korea Selatan ni adalah sekutu kepada Amerika Syarikat jadi tentera Amerika Syarikat pun berkeliaran di sini.

Oleh kerana ini adalah bandar tempat tentera bersuka ria, ini lah tempat nightlife yang aktif di Seoul. Waktu malam pergi lah solat isyak atau tarawikh masa ramadhan di sini. Jalan nak naik bukit ke masjid tu ada lah tempat-tempat lagha kat tepi-tepinya macam disco, pub dan sebagainya. Walaupun masih ada, tapi sekarang dah semakin berkurang sebab orang muda banyak beralih arah ke tempat seperti Hongdae untuk disco dan pub ni, dan Itaewon secara perlahan-lahan ditukarkan jadi tempat makan global! 

(Ada orang kata ini semua syiar Islam yang menukarkan tempat yang dahulunya tak baik jadi baik secara perlahan-lahan. hmm...)


Mencari Ketenangan. Canon EOS 7D + Canon EF-S 18-55mm f/3.5-5.6 II
Untuk pelancong dari Malaysia, Itaewon ni adalah destinasi untuk makan makanan halal dengan selesa. Kat sini ada banyak pasar raya menjual makanan halal dan restoran makanan halal.

Salah satu pasar raya yang menjual makanan halal. Canon EOS 7D + Canon EF 28mm f/1.8 USM
Makanan yang biasa orang Malaysia cari ialah nasi biryani sebab kenyang. Tapi antara kegemaran saya ialah Pilaf Kebab Lamb dan Chicken Kebab dari kedai orang Turki.


Banyaknya ayam. Canon EOS 7D + Canon EF 28mm f/1.8 USM

Kebab tersedia. Canon EOS 7D + Canon EF 28mm f/1.8 USM

Inilah rupa kebabnya. Canon EOS 7D + Canon EF 28mm f/1.8 USM

Best tak gambar-gambar ala HDR kat atas tu?

Semua tu bukan HDR yang main blend 10,000 exposure bagai. Saya pakai single exposure RAW dan buat -100 Highlights dan +100 shadows untuk dapatkan sepenuh dynamic range dari sensor. Korang pun boleh buat. ;-)

Nanti saya memburu gambar lagi ya? Stay tuned.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...