Sunday, 30 November 2014

"Mesti Pakai FULL FRAME Baru Takde Noise." Mari Bincangkan.

perbincangan noise full frame vs APSC...

ya full frame bagus kat low light, high ISO kurang grain. photography is about light. find the light. the more light you have, the less noise you will get. 

anda nak cari noise? jom kita cari noise. siapa sini pakai full frame sekalipun boleh cuba. shoot RAW, manual mode. ISO 100, f/4, 1/50s tutup semua lampu dan dengan lampu nyalaan skrin handphone, shoot something. lepas tu dengan RAW file tu, tarik exposure 5 stops, shadows pun tarik habis-habis. untuk test ini saya gunakan Sony A7 full frame 24 megapixel camera. sensor sama dengan Sony A99, Nikon D600, Nikon D610 dan Nikon D750 juga. 

berikut adalah hasilnya;



oh tidaaak noise oh noo. sebab apa?

1) tak cukup cahaya.
2) exposure salah,

kalau gambar banyak noise, salah si pengguna dulu. sama ada pengguna tak cari cahaya yang cukup atau pengguna salah set exposure. gambar ni tak cukup cahaya. kenapa exposure salah? sebab saya underexpose dengan banyak dan tarik semula exposure nak betulkan dalam editing. ini pakai ISO 100 tau. ISO 100 full frame pun noise kalau salah exposure dan kita tarik exposure. kalau bukan dua ni, baru boleh salahkan kamera. fungsi kamera ialah menangkap cahaya. kalau takde cahaya macam mana dia nak berfungsi? 

ya betul kamera APSC dalam shadows ada noise, full frame pun ada noise. ya betul kamera APSC kalau naik ISO tinggi-tinggi jadi noisy, kamera full frame pun sama. tapi kita sebagai manusia dengan akal fikiran yang kreatif mampu menyelesaikan masalah itu dengan;

1) tambah cahaya, tambah flash atau cari lampu contohnya lampu jalan raya.
2) belajar cara untuk set exposure dengan tepat supaya tak perlu tarik semasa editing.

saya selalu pertahankan small formats sebab small formats ni boleh jugak bagi hasil bila kita gunakan dia dengan betul.

kadang-kadang ada kamera yang sensor kecil tapi ada kelebihan tersendiri. contohnya Panasonic GH4 yang video memang hebat walaupun sensor dia kecil, Micro Four Thirds. Nikon AW1 dan Sony RX100 III, sensor kecil 1 inch, ya diorang ada kelemahan, tapi masih boleh tangkap gambar. apatah lagi APSC yang saiz dia bukannya beza jauh sangat dari 'full frame' tu. bukan bermakna selagi tak pakai full frame bermakna tak boleh keluar shoot. sebab nanti gambar noise. mana ada... 

Jared Polin, Fro Knows Photo cakap;


"people rarely look at 100% zoom, they look at the whole picture."


"grain is sharpness."

sekian terima kasih.


"ni sebab dia pakai full frame Sony Nikon ni... cuba dia pakai Canon..."

Allah... siapa cakap gitu semoga Allah memberi rahmat dan hidayah kepada kamu hahaha

Saturday, 29 November 2014

6 LANGKAH UNTUK CARI UNTUNG DALAM INDUSTRI BERITA DI MALAYSIA

6 LANGKAH UNTUK CARI UNTUNG DALAM INDUSTRI BERITA DI MALAYSIA

- guna perkataan 'industri' sebab nak bagitahu yang ini semua pasal cari duit melalui virality dan advertising.

1) sales surat khabar dah menurun. orang suka berita di social media. jadi nak kena cari cara lain untuk buat duit. pemberita harus cari berita supaya orang marah dan laju je share link ke website laman berita dia. more views > more advertising revenue. biasanya di malaysia itu berita politik dan isu racist.

2) "ahli politik dilaporkan baru sahaja lepas mandi." pemberita tulis tajuk tu je. setiap benda ahli politik buat, lapor. tak penting pun, lapor.

3) lepas tu dia lepaskan kat keyboard warrior yang sambung cerita;

#1 "ahli politik mandi? sebelum mandi mesti dia busuk." - pakar penganalisis politik.

#2 "ahli politik tu mandi tak bersih, tak pakai sabun, pakai air je." - pakar olah cerita.

#3 "memang betul dia mandi. saya ada di dalam bilik air itu masa ia berlaku." - pakar sahkan cerita.

#4 "ahli politik tu mandi tak bersih macam ahli politik kesukaan aku...." - penyokong parti lawan.

#5 "kenapa ahli politik mandi pun nak heboh? ini mesti nak sindir joke 'cina tak mandi pagi', racist punya ahli politik!" - tukang sensitif racist sebab sebenarnya dia yang racist, sebab tu nampak semua benda racist.

#6 "keyboard warrior ni bangang, semua benda nak komen." - anti keyboard warrior yang merupakan keyboard warrior juga.

#7 "keyboard warrior ni semua melayu. bodoh lah me-LAYU." - anti keyboard warrior dan racist hybrid jadi satu. sebab seluruh pengguna internet ni kan melayu je.

4) pemberita cuma tengok je dan kumpul hasil advertising dari laman web dia yang viral.

5) dengan kejayaan virality sebelum ini, pemberita cari lagi berita ahli politik seterusnya sebab takde berita lain dah nak dilaporkan. - "ahli politik baru keluar rumah, kemana dia nak pergi?"

6) wait for second round.

(relax, dont take it too seriously k? ini namanya internet troll. kerja pemberita bagus what. keyboard warriors pun teruskan berjuang ok? kbai.)

Tuesday, 25 November 2014

Kurangkan FB dan Insta, Mari Print Gambar

Post saya sebelum ini yang meluahkan kekaguman terhadap orang peraih like dan galakan untuk komen dan kritik secara lebih spesifik dan ilmiah daripada just cakap - "Terbaik Bro!" nampaknya jadi viral. Sampai ada admin group facebook tendang saya keluar dari group bernama 'saye fotografer baru belajor' itu, mungkin kerana beliau menganggap saya sudah habis 'belajor' mungkin? - bersangka baik...

Apapun saya nak berceloteh lagi.

Anda pernah alami situasi begini? Jumpa famili, kawan, sanak saudara tapi berkomunikasi cuma untuk dapatkan password WIFI dan lepas tu terus menghadap handphone masing-masing? Anda pernah masuk instagram? Nak kongsikan kisah kehidupan sendiri, tapi yang penuh ialah gambar makanan, peniaga penjual barang, dan kaki minta 'follow back'? Saya nak sarankan anda untuk;

PRINT GAMBAR!!!

Ingat lagi zaman kita ambik gambar guna filem? Pada hari kejadian kita tak dapat tengok gambar yang kita tangkap sebab semuanya dalam bentuk negatives dalam film rolls. Negatives tu kena hantar kedai untuk diproses dan diprint jadi gambar. Ia ambil sedikit masa beberapa hari. Beberapa hari selepas tu kita datang balik ke kedai gambar untuk ambil gambar kita. Kita dapat balik gambar kita tersusun dalam photo album yang kecil comel - sebab zaman tu kami selalu print saiz 3R atau 4R. Gambar special je order enlargements saiz 8R untuk masuk bingkai dan gantung kat dinding rumah.

Dah ambil gambar dalam photo album kecik tu, berebut dengan adik beradik nak tengok gambar tu. Masa tu tengok balik segala kejadian dan memori yang tercipta pada beberapa hari lepas. Ada gambar pelik dan rosak, sama-sama gelakkan betapa peliknya kita nampak dalam gambar tu atau gelakkan si tukang tangkap gambar ambik gambar rosak.

Semua gambar-gambar tu dikeluarkan dan dipindahkan ke dalam photo album besar jenis lekat-lekat tu atau buat scrapbook. Mak, bapa, adik-beradik semua teraburkan gambar kat ruang tamu, susun balik gambar dalam photo album besar. Susun balik ikut kronologi kejadian or anything, sama-sama imbau balik kenangan memori masa lalu. Mak juga galakkan kitorang jadi kreatif - tampal sticker, letak tulisan untuk beritahu lokasi gambar, dan lain-lain. Gambar rabak pun tak kisah. Ia MEMORI, SEJARAH DIRI KITA, SEJARAH KELUARGA KITA.

Bila orang datang, kita keluarkan photo album besar kita tu, kita tunjuk kat orang sambil bercerita pengalaman kita. Siapa tak suka tengok gambar sambil dengar cerita?

Semuanya sungguh indah.

Zaman sekarang ambik gambar digital, lepas satu trip tu boom, muntahkan semua, upload beratus gambar ke dalam album di facebook. Trust me, takde sesiapa tengok semua gambar tu walaupun kalau gambar tu lawa belaka. Sebab tiada penceritaan oleh kita tadi. Stalker jela yang tengok semua.

KENA SHOOT FILEM BALIK KE?

Tak payah bersusah payah nak roll balik zaman dulu. Guna je kamera apa yang ada sekalipun. Handphone kan ada? Print je gambar keluarga dan kawan-kawan, biar gambar snapshot rabak mana sekalipun, nanti kita boleh gelak sama-sama.

Kalau ada printer warna kat rumah, cari glossy photo paper kat kedai alat tulis, dan print sendiri gambar digital kat rumah. Kalau takde, masukkan gambar dalam pendrive, hantar ke kedai printing. 30 sen sekeping ada, 50 sen sekeping ada ikut kualiti dan saiz. Ajak adik-adik sedara susun balik gambar dalam photo album sama-sama. Bagi sticker, pen dan gunting kasi tambah sentuhan kreatif dalam photo album atau scrapbook family tu. Jadikan ini aktiviti keluarga.

Bila jumpa kawan, toksah mintak WIFI suruh follow instagram. Hulur photo album, sama-sama tengok, ceritakan balik kejadian masa lalu tu dan sama-sama nikmati memori indah kenangan masa lalu.

Best tak buat gitu?

Jom, print.

- Adzrin Mansor untuk APKINS -
25 November 2014.
Seoul, Korea.

Friday, 21 November 2014

Tiga Cara 'Subject Isolation' Tanpa BOKEH

Banyak situasi yang kita hadapi situasi di mana kita ada subjek dalam sesuatu gambar, tapi subjek tu tenggelam dalam background yang sibuk. Hasilnya ialah subjek dalam gambar kurang menyerlah, siapa yang tengok gambar pun tak pasti yang mana satu subjek.

Macam gambar di bawah ni, subjek iaitu wanita berbaju putih tak berapa nak terserlah.


Biasanya bila orang cakap pasal subject isolation daripada background mesti akan cakap tentang 'BOKEH'!! dan bila masuk subjek bokeh, masuk lah gear lust FULL FRAME dan kegilaan aperture besar.



Ya, betul tu kalau kita zoom in sedikit (guna focal length yang panjang) atau gunakan aperture yang besar contohnya f/2.8 atau f/1.4, akan wujud shallow depth of field. Di mana subjek akan kekal in fokus, dan background terus jadi blur. 

Teknik ini sangat berkesan apabila kita gunakan focal length yang panjang, jarak antara subjek dan background jauh terpisah. Contohnya subjek hanya beberapa centimeter di hadapan lens dan background jauh ke jarak fokus infinity. Subjek akan pop keluar dan background cuma tinggal blur.

Macam gambar ini yang diambil guna Canon 5D Mark II dan lens Canon 85mm f/1.2L USM II.


Malangnya, walaupun dah pakai full frame wide open kat f/1.2, anda harus iktiraf yang background masih wujud. Ini adalah gambar guna 5D Mark II dan lens 85mm f/1.2L USM II wide open juga.

CANTIK TAK TANDUK SAYA?
Bokeh bukanlah segala-galanya. Ok, kalau tak ada full frame dan lens aperture besar, macam mana nak serlahkan subjek? 

1) Gunakan Color Contrast.

Bila tanya kat photographer otai, dia akan mula cerita pasal color wheel, dan sebagainya. Mungkin untuk orang yang bukan background seni, senang cerita kita cari background yang berlainan warna dengan subjek.

Mari saya tunjukkan gambar dan contoh. Warna kuning naik terserlah di hadapan background yang biru dan putih.





2) SIMPLIFY: Cari Background Yang Bersih



Penggunaan color contrast dan background yang bersih ini boleh membantu dalam macam-macam jenis fotografi. Rule yang senang kita nak ingat ialah; SIMPLIFY. Cuba pastikan subjek berada di hadapan background yang bersih dari kekacauan. Senang je nak tukar background kalau subjek tak bergerak. Cuma bergerak sikit ke kiri atau kanan, background boleh bertukar dengan drastik.

3) Pencahayaan

Mata manusia suka tengok benda yang terang dulu sebelum benda yang gelap. Setuju? Ini saya bagi contoh dalam gambar hitam dan putih supaya lagi nampak kesan pencahayaan.




Secara konklusinya, bokeh bukanlah segalanya. Nak bergantung kat bokeh sahaja nak asingkan subjek daripada background dalam gambar agak susah. Jadi kita guna tiga teknik ini untuk menjadikan subjek terserlah dari background; cari Color Contrast, cari background bersih, dan bagi subjek terang di hadapan background yang gelap.

Semoga artikel ini dapat membantu anda tangkap gambar dengan subjek yang terserlah meletop gitu! haha. Feel free to share this article. Nak contact saya dengan cepat, jemputlah datang ke fb page saya di APKINS Photography.

Wednesday, 19 November 2014

BUDAYA PERAIH LIKE DAN "TERBAIK BRO" DALAM GROUP FB

Harap baca post ini dengan minda terbuka. Saya menulis ini dengan harapan nak semua penggemar fotografi maju kehadapan. Bukan nak memalukan. Mohon baca dengan hati bersih ye.

Antara group fotografi tempatan yang aktif di facebook ialah;
- CERITA JURUGAMBAR
- Saye Fotografer Baru Belajor!
- Malaysian Photographer Community
- Mob Art
- Gambar Menarik Kamera Handphone

Contoh je. Ada banyak lagi group yang aktif di facebook. Dalam satu group di facebook ini, saya ternampak gambar ini;


Saya selalu nampak dalam group-group fotografi di facebook ni wujud si peraih like; dia selalu komen di gambar dia supaya gambar dia naik ke atas. Yang dalam printscreen saya ini, dia naik lagi satu tahap, dia tag setiap orang yang like ucap terima kasih. Saya kagum dengan kerajinan beliau untuk komen selalu.

Gambar ini juga, haih, jujur saya cakap, sedikit mengecewakan sebab tidak ada tujuan/subjek yang jelas dan kurang unsur seni. Kualiti pun tak berapa memuaskan. Ia bukan sesuatu gambar yang saya nak print, letak dalam frame dan gantung kat dinding rumah saya. faham kan maksud saya?

Selalu saya nampak si pengkomen "terbaik bro". "lawa bro". Tak salah, tapi sebagai satu group fotografi yang ada ramai peminat fotografi, kita mahukan aktiviti 'comment and critique' iaitu memberi kritikan yang konstruktif tentang compositon, framing dan sebagainya serta masukkan cadangan atau contoh untuk menambah baik gambar tersebut. 

Izinkan saya memberi beberapa contoh saya critique dan comment beberapa gambar yang saya kritik dan komen.



Nampak macam mana saya comment dan critique?

Pada peringkat awal saya berkecimpung dalam bidang fotografi, saya aktif membaca komen-komen dalam group-group comment dan critique antarabangsa di flickr. Ia sangat membantu saya untuk memahami teknik comment dan critique dan juga membantu saya memahami apa itu seni dalam fotografi pada asasnya. Saya menulis post ini bukan untuk memalukan sesiapa. Saya cuma mahu bidang fotografi tempatan maju jaya.

Izinkan saya mencadangkan kepada sesiapa yang membaca blog post ini, cari mana-mana photographer yang anda gemari, Henri Cartier Bresson ke, Ansel Adams ke, Annas Easkey ke, sesiapa lah, tengok hasil gambar mereka dan belajar dari situ apakah makna seni fotografi. 

Jika dalam group fotografi tempatan ramai orang yang pandai comment dan critique macam di group antarabangsa di flickr, pasti seni fotografi negara boleh berkembang dengan lajunya. Di saat ini negara masih memerlukan jurugambar yang mampu menghasilkan karya agung yang mampu menaikkan industri dan seni fotografi negara.

Sekian terima kasih.

- Adzrin Mansor untuk APKINS - 
19 November 2014
Seoul, Korea.

Wednesday, 12 November 2014

DSLR vs Mirrorless, yang mana lagi best?

DSLR vs Mirrorless.
Beberapa tahun lepas, kalau kita nak kualiti gambar terbaik dalam kamera yang sesuai untuk kegunaan professional, satu-satunya pilihan kita hanya ada DSLR. Sememangnya DSLR adalah pilihan terbaik sebab dia dah established lama dalam pasaran, sudah berevolusi sedikit demi sedikit untuk jadikan satu pakej dengan ergonomics yang selesa, battery life yang panjang, respons yang pantas dan kualiti imej yang bagus.

Kamera DSLR semua ada eyepiece yang dipanggil optical viewfinder, sebelum tangkap gambar, kita boleh intai imej dari dalam lens dengan bantuan satu mirror yang duduk pada angle 45° yang pantulkan cahaya dari lens ke viewfinder tersebut. Bila nak ambil gambar, mirror tu akan naik dan cahaya dari lens tu terus sampai ke sensor. Design DSLR ini praktikal dan terus digunakan dan ditambah baik.

Mirrorless pulak berfungsi dengan buang seluruh mirror box mechanism tu. Dia gunakan sensor yang sentiasa hidup untuk paparkan imej sebelum ditangkap sama macam 'live view' kat DSLR. Kelebihan bila buang mirror box ni ialah kamera yang ringan dan kecil.


Sejak Ricoh dan Leica mula letak sensor digital dalam kamera rangefinder klasik mereka, Olympus dan Panasonic pula cuba buat sistem kamera mirrorless menggunakan sensor Micro Four Thirds (MFT). Tetapi sensor MFT ini kecil, gambar yang diambil dengan sensor MFT ini bagus tapi sayangnya ia tidak ada karakter gambar yang ditangkap guna sensor besar iaitu; shallow depth of field, elek subjek dalam fokus tapi background jadi blur. Efek ini lebih senang dibuat dengan kamera sensor besar.

Pada tahun 2009 Sony datang dengan sistem kamera mirrorless NEX yang ada sensor besar yang sama digunakan dalam kebanyakan kamera DSLR. Dan pada tahun lepas pula Sony datang dengan kamera mirrorless dengan sensor full frame pertama di dunia. Nampaknya dari segi saiz sensor dan kualiti imej mirrorless dah kejar DSLR.

Cukup kelas sejarah, mari kita bincangkan terus kelebihan dan kelemahan DSLR dan Mirrorless terus.

DSLR;
1) Pantas
Kamera DSLR gunakan sistem AF phase detect yang menggunakan sensor berasingan khas untuk tujuan AF. Sistem ini laju. Sebab tu kamera DSLR selalu jadi pilihan ramai photographer professional.

2) Ergonomics
DSLR yang besar biasanya ada ruang untuk letak grip yang besar dan selesa. Saiznya yang besar dan berat juga buat ia seimbang bila gunakan lens besar macam teleskop. Selain itu kamera DSLR professional yang besar juga biasanya dikelilingi pelbagai butang untuk tukar settings dengan cepat.

3) Battery life
Kamera DSLR professional yang besar ada ruang untuk masukkan bateri yang besar. Sebab inilah biasanya kamera DSLR boleh ambil ribuan gambar dengan satu bateri sahaja. Kalau pakai battery grip yang pakai dua bateri lagi lama dia mampu bertahan.

4) Lens lineup yang matang.
Oleh kerana DSLR ni sudah berpuluh tahun dibuat, lens pun dah banyak. Dalam sistem Canon je ada tiga jenis lens 50mm, belum termasuk lens dari third party brands seperti Sigma, Carl Zeiss, dan sebagainya. Memang pilihan banyak giler, setiap satu ada fungsi, pro dan kontra tersendiri sampai korang pun pening.

Kelebihan kamera mirrorless mungkin kecil, ringan tetapi kebanyakan kamera mirrorless lemah dalam semua kategori di atas. Biasanya AF dia gunakan contrast detect atas sensor yang tak begitu pantas dan tak begitu sensitif di dalam pencahayaan malap. Selain tu saiz kamera yang kecil biasanya tak boleh support lens yang berat, tak banyak butang dan bateri kecil yang tak tahan lama. Kamera mirrorless juga kebanyakannya masih baru dan tak banyak lens lagi.

Tapi teknologi sentiasa berkembang. Zaman sekarang dah keluar kamera mirrorless tahap pro seperti Sony A6000, Olympus OMD EM1, Panasonic GH4, Fujifilm X-T1 dan sebagainya semua itu datang dengan AF yang makin pantas dan butang kawalan yang lebih banyak. Tapi AF speed, battery life dan lens choice, DSLR masih lagi dianggap KING.

Apa kata anda? DSLR atau Mirrorless?

gambar oleh dave dugdale
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...