Wednesday, 12 November 2014

DSLR vs Mirrorless, yang mana lagi best?

DSLR vs Mirrorless.
Beberapa tahun lepas, kalau kita nak kualiti gambar terbaik dalam kamera yang sesuai untuk kegunaan professional, satu-satunya pilihan kita hanya ada DSLR. Sememangnya DSLR adalah pilihan terbaik sebab dia dah established lama dalam pasaran, sudah berevolusi sedikit demi sedikit untuk jadikan satu pakej dengan ergonomics yang selesa, battery life yang panjang, respons yang pantas dan kualiti imej yang bagus.

Kamera DSLR semua ada eyepiece yang dipanggil optical viewfinder, sebelum tangkap gambar, kita boleh intai imej dari dalam lens dengan bantuan satu mirror yang duduk pada angle 45° yang pantulkan cahaya dari lens ke viewfinder tersebut. Bila nak ambil gambar, mirror tu akan naik dan cahaya dari lens tu terus sampai ke sensor. Design DSLR ini praktikal dan terus digunakan dan ditambah baik.

Mirrorless pulak berfungsi dengan buang seluruh mirror box mechanism tu. Dia gunakan sensor yang sentiasa hidup untuk paparkan imej sebelum ditangkap sama macam 'live view' kat DSLR. Kelebihan bila buang mirror box ni ialah kamera yang ringan dan kecil.


Sejak Ricoh dan Leica mula letak sensor digital dalam kamera rangefinder klasik mereka, Olympus dan Panasonic pula cuba buat sistem kamera mirrorless menggunakan sensor Micro Four Thirds (MFT). Tetapi sensor MFT ini kecil, gambar yang diambil dengan sensor MFT ini bagus tapi sayangnya ia tidak ada karakter gambar yang ditangkap guna sensor besar iaitu; shallow depth of field, elek subjek dalam fokus tapi background jadi blur. Efek ini lebih senang dibuat dengan kamera sensor besar.

Pada tahun 2009 Sony datang dengan sistem kamera mirrorless NEX yang ada sensor besar yang sama digunakan dalam kebanyakan kamera DSLR. Dan pada tahun lepas pula Sony datang dengan kamera mirrorless dengan sensor full frame pertama di dunia. Nampaknya dari segi saiz sensor dan kualiti imej mirrorless dah kejar DSLR.

Cukup kelas sejarah, mari kita bincangkan terus kelebihan dan kelemahan DSLR dan Mirrorless terus.

DSLR;
1) Pantas
Kamera DSLR gunakan sistem AF phase detect yang menggunakan sensor berasingan khas untuk tujuan AF. Sistem ini laju. Sebab tu kamera DSLR selalu jadi pilihan ramai photographer professional.

2) Ergonomics
DSLR yang besar biasanya ada ruang untuk letak grip yang besar dan selesa. Saiznya yang besar dan berat juga buat ia seimbang bila gunakan lens besar macam teleskop. Selain itu kamera DSLR professional yang besar juga biasanya dikelilingi pelbagai butang untuk tukar settings dengan cepat.

3) Battery life
Kamera DSLR professional yang besar ada ruang untuk masukkan bateri yang besar. Sebab inilah biasanya kamera DSLR boleh ambil ribuan gambar dengan satu bateri sahaja. Kalau pakai battery grip yang pakai dua bateri lagi lama dia mampu bertahan.

4) Lens lineup yang matang.
Oleh kerana DSLR ni sudah berpuluh tahun dibuat, lens pun dah banyak. Dalam sistem Canon je ada tiga jenis lens 50mm, belum termasuk lens dari third party brands seperti Sigma, Carl Zeiss, dan sebagainya. Memang pilihan banyak giler, setiap satu ada fungsi, pro dan kontra tersendiri sampai korang pun pening.

Kelebihan kamera mirrorless mungkin kecil, ringan tetapi kebanyakan kamera mirrorless lemah dalam semua kategori di atas. Biasanya AF dia gunakan contrast detect atas sensor yang tak begitu pantas dan tak begitu sensitif di dalam pencahayaan malap. Selain tu saiz kamera yang kecil biasanya tak boleh support lens yang berat, tak banyak butang dan bateri kecil yang tak tahan lama. Kamera mirrorless juga kebanyakannya masih baru dan tak banyak lens lagi.

Tapi teknologi sentiasa berkembang. Zaman sekarang dah keluar kamera mirrorless tahap pro seperti Sony A6000, Olympus OMD EM1, Panasonic GH4, Fujifilm X-T1 dan sebagainya semua itu datang dengan AF yang makin pantas dan butang kawalan yang lebih banyak. Tapi AF speed, battery life dan lens choice, DSLR masih lagi dianggap KING.

Apa kata anda? DSLR atau Mirrorless?

gambar oleh dave dugdale

3 comments:

Artsflava Resources said...

DSLR.

boleh tukar2 lens dengan member. pinjam battery ke kalau tengah urgent. haha

azmi hashim said...

saya sokong akan teknologi yang baru Mirrorless.....seperti Olympus xz1 yang saya gunakan walaupun ia fix lens tap[i quality gambarnya amat bagu.....dslr saya guna d300 nikon....kamera yang amat bagus bagi photgraphy tidak bagi video. masalah berat bagi dslr. tengah mencari sony a6000 bagi mengantikan nikon saya. saya kurang sihat akan fizikal tapi masih aktif dlm photgraphy.....mirrorless amat sesuai bagi saya sekarang.

Wak Lu said...

Encik. bole kasi review tAK camera canon g16 dgn sony rx100 II.. saya berminat dgn 2 model ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...