Tuesday, 25 November 2014

Kurangkan FB dan Insta, Mari Print Gambar

Post saya sebelum ini yang meluahkan kekaguman terhadap orang peraih like dan galakan untuk komen dan kritik secara lebih spesifik dan ilmiah daripada just cakap - "Terbaik Bro!" nampaknya jadi viral. Sampai ada admin group facebook tendang saya keluar dari group bernama 'saye fotografer baru belajor' itu, mungkin kerana beliau menganggap saya sudah habis 'belajor' mungkin? - bersangka baik...

Apapun saya nak berceloteh lagi.

Anda pernah alami situasi begini? Jumpa famili, kawan, sanak saudara tapi berkomunikasi cuma untuk dapatkan password WIFI dan lepas tu terus menghadap handphone masing-masing? Anda pernah masuk instagram? Nak kongsikan kisah kehidupan sendiri, tapi yang penuh ialah gambar makanan, peniaga penjual barang, dan kaki minta 'follow back'? Saya nak sarankan anda untuk;

PRINT GAMBAR!!!

Ingat lagi zaman kita ambik gambar guna filem? Pada hari kejadian kita tak dapat tengok gambar yang kita tangkap sebab semuanya dalam bentuk negatives dalam film rolls. Negatives tu kena hantar kedai untuk diproses dan diprint jadi gambar. Ia ambil sedikit masa beberapa hari. Beberapa hari selepas tu kita datang balik ke kedai gambar untuk ambil gambar kita. Kita dapat balik gambar kita tersusun dalam photo album yang kecil comel - sebab zaman tu kami selalu print saiz 3R atau 4R. Gambar special je order enlargements saiz 8R untuk masuk bingkai dan gantung kat dinding rumah.

Dah ambil gambar dalam photo album kecik tu, berebut dengan adik beradik nak tengok gambar tu. Masa tu tengok balik segala kejadian dan memori yang tercipta pada beberapa hari lepas. Ada gambar pelik dan rosak, sama-sama gelakkan betapa peliknya kita nampak dalam gambar tu atau gelakkan si tukang tangkap gambar ambik gambar rosak.

Semua gambar-gambar tu dikeluarkan dan dipindahkan ke dalam photo album besar jenis lekat-lekat tu atau buat scrapbook. Mak, bapa, adik-beradik semua teraburkan gambar kat ruang tamu, susun balik gambar dalam photo album besar. Susun balik ikut kronologi kejadian or anything, sama-sama imbau balik kenangan memori masa lalu. Mak juga galakkan kitorang jadi kreatif - tampal sticker, letak tulisan untuk beritahu lokasi gambar, dan lain-lain. Gambar rabak pun tak kisah. Ia MEMORI, SEJARAH DIRI KITA, SEJARAH KELUARGA KITA.

Bila orang datang, kita keluarkan photo album besar kita tu, kita tunjuk kat orang sambil bercerita pengalaman kita. Siapa tak suka tengok gambar sambil dengar cerita?

Semuanya sungguh indah.

Zaman sekarang ambik gambar digital, lepas satu trip tu boom, muntahkan semua, upload beratus gambar ke dalam album di facebook. Trust me, takde sesiapa tengok semua gambar tu walaupun kalau gambar tu lawa belaka. Sebab tiada penceritaan oleh kita tadi. Stalker jela yang tengok semua.

KENA SHOOT FILEM BALIK KE?

Tak payah bersusah payah nak roll balik zaman dulu. Guna je kamera apa yang ada sekalipun. Handphone kan ada? Print je gambar keluarga dan kawan-kawan, biar gambar snapshot rabak mana sekalipun, nanti kita boleh gelak sama-sama.

Kalau ada printer warna kat rumah, cari glossy photo paper kat kedai alat tulis, dan print sendiri gambar digital kat rumah. Kalau takde, masukkan gambar dalam pendrive, hantar ke kedai printing. 30 sen sekeping ada, 50 sen sekeping ada ikut kualiti dan saiz. Ajak adik-adik sedara susun balik gambar dalam photo album sama-sama. Bagi sticker, pen dan gunting kasi tambah sentuhan kreatif dalam photo album atau scrapbook family tu. Jadikan ini aktiviti keluarga.

Bila jumpa kawan, toksah mintak WIFI suruh follow instagram. Hulur photo album, sama-sama tengok, ceritakan balik kejadian masa lalu tu dan sama-sama nikmati memori indah kenangan masa lalu.

Best tak buat gitu?

Jom, print.

- Adzrin Mansor untuk APKINS -
25 November 2014.
Seoul, Korea.

3 comments:

Anuar Yusoff said...

fotografi adalah rakaman gambar untuk kenangan akan datang, walaupun buruk gambar itu ia tetap memori indah bila di kenangkan. Sebab itu saya tidak kisah gambar buruk atau lawa. Gambar lawa tiada nilai bagi saya, sebab kurang kekuatan dalam penceritaan.Gambar buruk terlebih banyak penceritaan dalam itu.

abae_haji said...

macam mana tu "Gambar lawa tiada nilai bagi saya, sebab kurang kekuatan dalam penceritaan.Gambar buruk terlebih banyak penceritaan dalam itu" ... hurai sikit, kurang faham

shazwan shaari said...

Saya pun konfius juga kat statement tu.Perlu sedikit pencerahan dari Tuan Anuar Yusoff :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...