Wednesday, 31 December 2014

Sekitar Insadong Bersama Sony A7

Kat area Insadong ni ada kawasan Ssamziegil apa entah, mari kita cuba ambik gambar area situ testing dynamic range dan cuba buat preset untuk kamera Sony A7 ini...















Thursday, 25 December 2014

Street - Myeongdong

Di suatu hari yang sejuk beku di Seoul, saya decide nak keluar shoot kat Myeongdong... Myeongdong ni tempat shopping yang paling best kat bandar Seoul bagi saya dan memang tempat yang wajib dikunjungi oleh pelancong. Biasanya Myeongdong ni nak cari barang fesyen kosmetik branded...


Dari Myeongdong ni dekat je dengan Namsan Seoul Tower, boleh nampak dari Myeongdong.



Salji baq hang! Masa edit gambar ni baru terfikir kenapa la tak naik ke atas.



Serius kat Myeongdong ni ramai orang shopping... Oh ada restoran nama Yugane yang jual nasi goreng seafood yang goreng atas meja depan pelanggan. Harganya taklah mahal, di bawah 5,000 won seorang.


Shopping lagi jom...


See ya around!

Friday, 5 December 2014

Light Leak: Patutkah Saya Risau?

Untuk hari ini, mari kita bercerita tentang light leak.




Light leak adalah kebocoran cahaya pada lens mount. biasanya orang test light leak dengan ambil gambar 30 saat pada ISO paling tinggi, contohnya ISO 25600. Banyak kamera akan ada light leak dari lens mount dan dari viewfinder.


light leak pada Sony A7 oleh Imaging Resource.
Selepas Imaging-Resource buat testing, kamera Canon 5D Mark III dan Nikon D800 bukan sahaja ada masalah sama, tapi lagi worse.

Isu light leak ni jadi macam satu isu besar, orang jadikan point kononnya nak menangkan brand kamera dia guna dan kata brand lain ada light leak.

Tetapi kita bercakap tentang exposure 30 saat pada ISO 25600 dengan cahaya terang contohnya matahari, suluh ke arah lens mount. Siapa yang akan terasa effect light leak ini?

Waktu low light yang biasanya gelap, memang tak ada cahaya terang menyuluh ke lens mount. tapi untuk orang yang ambil long exposure waktu siang? exposure 30 saat pada ISO 25,600 sama dengan 128 minute exposure pada ISO 100. - biasanya shoot 10-20 minit, bukan 128 minit.

Secara konklusinya dalam fotografi yang praktikal agak susah nak rasa kesan light leak. Mungkin ada yang terkesan, tapi 99.99 % populasi manusia tak akan perasan pun light leak ni rasanya. 

"Ala, risau la kalau kamera saya ada light leak ni."

kalau risau sangat jugak light leak ada tiga kriteria kamera yang susah nak suffer light leak;

1) kamera yang tak ada optical viewfinder - mirrorless mungkin?
2) kamera yang lens fixed, tak boleh tukar supaya tak ada leak dari mount.
3) kamera yang tak ada lens element terus! - takkan ada light masuk ke dalam sensor ;-)

Thursday, 4 December 2014

"Saya Mencari Pakej Photographer Perkahwinan yang Murah."

"saya mencari jurufoto perkahwinan, memang ada jumpa ramai tapi banyak main harga RM1.5k, nak cari yang murah-murah je. kesian kat pengantin yang budget tak besar."

boleh je nak cari yang tak cas mahal-mahal. kriterianya ialah;

1) jurufoto duduk dekat dengan lokasi perkahwinan, kurang atau tiada kos pengangkutan.

2) jurufoto pakai equipment entry level yang hampir semua orang ada, dengan kualiti yang hampir semua orang boleh buat. bukan pro grade equipment yang memudahkan kerja bagi hasil terbaik.

3) tiada prints. cuma gambar digital dalam bentuk CD. upload masuk fb lepas tu bersarang dalam fb. bukan dalam photo album yang bila jumpa orang boleh tunjuk dengan senang. ingat lagi dalam blog post beberapa hari lepas saya kata, orang lagi suka tengok gambar print sambil anda bercerita dengan mereka. kalau upload beratus gambar masuk photo album facebook, tak ada sesiapa pun akan tengok (melainkan stalker).

4) skill level jurufoto yang rendah, baru mula. sebab jurufoto ni perlu belajar jugak. biasanya jurugambar yang cas ribuan ringgit ni dah berpengalaman bertahun ambil gambar dan dah tahu hasilkan gambar yang elok dalam jangka masa yang pendek. macam beza chef dah lama memasak boleh kupas bawang berapa saat je, berbanding dengan orang baru pertama kali masuk dapur.

cuma nak beritahu yang selepas kanopi 10 baris tu dipulangkan ke syarikat kanopi, selepas bunga-bunga hiasan dan pelamin dah dipulangkan ke syarikat pelamin, selepas katering nasi minyak 10 kawah tu dah masuk loji indah water, yang tinggal ialah gambar dalam photo album perkahwinan anda. kalau rabak, maka rabaklah ia selama-lamanya.

jika anda orang yang macam saya, orang yang menghargai sejarah, fikirkan pernyataan di atas secara mendalam.

Tak Boleh ke Upah 'Newbie'?

sebenarnya bukannya tak bagus upah jurufoto murah yang baru nak mulakan perniagaan fotografi mereka jika ia bersesuaian dengan budget anda. ada bagusnya jugak. diorang pun perlukan head start dalam perniagaan fotografi diorang. jika anda tak kisah perkahwinan anda jadi 'tikus eksperimen' atau tempat mereka menimba pengalaman, boleh je. lebih baik ada gambar daripada takde langsung kan? cuma diharap jangan expect terlalu tinggi daripada newbie.

cuma saya harap usaha, masa dan titik peluh mereka dihargai dengan upah yang munasabah - cover kos pengangkutan, makan dan minum serta upah bersih sebagai upah tenaga kerja dia.

tiada alasan untuk memperhambakan manusia pada zaman moden ini. sekian terima kasih.

-Adzrin Mansor untuk APKINS-
4 Disember 2014
Seoul, South Korea.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...