Thursday, 4 December 2014

"Saya Mencari Pakej Photographer Perkahwinan yang Murah."

"saya mencari jurufoto perkahwinan, memang ada jumpa ramai tapi banyak main harga RM1.5k, nak cari yang murah-murah je. kesian kat pengantin yang budget tak besar."

boleh je nak cari yang tak cas mahal-mahal. kriterianya ialah;

1) jurufoto duduk dekat dengan lokasi perkahwinan, kurang atau tiada kos pengangkutan.

2) jurufoto pakai equipment entry level yang hampir semua orang ada, dengan kualiti yang hampir semua orang boleh buat. bukan pro grade equipment yang memudahkan kerja bagi hasil terbaik.

3) tiada prints. cuma gambar digital dalam bentuk CD. upload masuk fb lepas tu bersarang dalam fb. bukan dalam photo album yang bila jumpa orang boleh tunjuk dengan senang. ingat lagi dalam blog post beberapa hari lepas saya kata, orang lagi suka tengok gambar print sambil anda bercerita dengan mereka. kalau upload beratus gambar masuk photo album facebook, tak ada sesiapa pun akan tengok (melainkan stalker).

4) skill level jurufoto yang rendah, baru mula. sebab jurufoto ni perlu belajar jugak. biasanya jurugambar yang cas ribuan ringgit ni dah berpengalaman bertahun ambil gambar dan dah tahu hasilkan gambar yang elok dalam jangka masa yang pendek. macam beza chef dah lama memasak boleh kupas bawang berapa saat je, berbanding dengan orang baru pertama kali masuk dapur.

cuma nak beritahu yang selepas kanopi 10 baris tu dipulangkan ke syarikat kanopi, selepas bunga-bunga hiasan dan pelamin dah dipulangkan ke syarikat pelamin, selepas katering nasi minyak 10 kawah tu dah masuk loji indah water, yang tinggal ialah gambar dalam photo album perkahwinan anda. kalau rabak, maka rabaklah ia selama-lamanya.

jika anda orang yang macam saya, orang yang menghargai sejarah, fikirkan pernyataan di atas secara mendalam.

Tak Boleh ke Upah 'Newbie'?

sebenarnya bukannya tak bagus upah jurufoto murah yang baru nak mulakan perniagaan fotografi mereka jika ia bersesuaian dengan budget anda. ada bagusnya jugak. diorang pun perlukan head start dalam perniagaan fotografi diorang. jika anda tak kisah perkahwinan anda jadi 'tikus eksperimen' atau tempat mereka menimba pengalaman, boleh je. lebih baik ada gambar daripada takde langsung kan? cuma diharap jangan expect terlalu tinggi daripada newbie.

cuma saya harap usaha, masa dan titik peluh mereka dihargai dengan upah yang munasabah - cover kos pengangkutan, makan dan minum serta upah bersih sebagai upah tenaga kerja dia.

tiada alasan untuk memperhambakan manusia pada zaman moden ini. sekian terima kasih.

-Adzrin Mansor untuk APKINS-
4 Disember 2014
Seoul, South Korea.

2 comments:

Hidup Tanpa Penghujung said...

1. Rasa macam kena bash baca artikal ni.

2. Dari sudut lain, mencabar & bagi galakkan pd newbie utk betul2 master ilmu photog sblm ambik job.

3. Untuk newbie, tag along dgn OP atau follow member OP mungkin medium awal utk jadi wedding photog.

4. Keep it up APKINS!

amira shah said...

Hi,
Saya memang nk cari juru gambar newbies.. 1 event je (nikah sahaja).. Event di Ampang, Selangor.
Sume pic simpan dlm pendrive or CD je.
Pls do whatapp me 0132628002 mira

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...