Saturday, 3 January 2015

BILAKAH WAKTU PALING BAGUS UNTUK AMBIL GAMBAR?

"apakah waktu paling best nak ambik gambar?"

keyword utama ialah 'quality of light'.

fotografi adalah tentang cahaya. cahaya ada dua jenis, satu natural light dari matahari, satu lagi artificial light contohnya studio strobe, speedlight atau lampu kalimantang. kalau guna artificial light bila-bila nak shoot pun takpe sebab kita yang kawal. bila kita bergantung kepada natural light dari matahari ada cabaran dia yang tersendiri.

bila waktu tengah hari yang terlalu terang, nanti akan wujud bayang-bayang yang terlalu gelap. ini kita panggil harsh light.

harsh light. banyak bayang-bayang gelap. bukan semua kamera mampu keluarkan detail dari kawasan gelap tu.

untuk ambil gambar saya suka fokus kepada waktu;
1) golden hour.
2) twilight.

golden hour ni berlaku waktu petang dalam pukul 5pm keatas, semasa matahari masih atas horizon dan keluarkan cahaya kuning. atau waktu pagi around 7am ke atas. cahaya ni tak terlalu terang jadi bahagian shadows taklah gelap sangat. matahari juga bagi kita 'directional light' yang buat gambar ala 3D jika kita pandai gunakan dia. waktu petang tu memang terbaik untuk shoot portraits, street dan general photography semua lah! sebab soft quality of light is my favourite.

Golden hour. soft light dan kekuningan.

twilight ini masa matahari dah turun lagi bagi langit jadi biru, ungu. masa ini langit cantik dan bangunan biasanya dah mula buka lampu, tambah dengan langit ada 'color gradient' dari biru, ungu, kuning macam tu. jadi twilight ni lah masa terbaik nak ambik gambar landskap.



bila waktu malam, biasanya langit dah jadi hitam pekat dan pada pendapat saya, sangat susah nak hasilkan gambar yang lawa melainkan anda ada 'look' yang dicari. waktu tengah hari terik tu macam saya cakap tadi lah, susah jugak.

"macam mana kalau hari mendung?"

perfect. sebenarnya hari yang mendung adalah masa yang bagus jugak sebab kita ada cahaya yang soft dan sekata. tak ada bayang-bayang gelap, tak ada bahagian yang terlalu terang, semua sekata. kalau kita masih belum reti mengawal cahaya, keluarlah waktu mendung dan dapatkan shot yang bagus tanpa perlu risau tentang banyak benda!


portait dalam keadaan mendung, soft light.

ok, sebab kita dah tahu tengok QUALITY OF LIGHT, get your gear out!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...