Thursday, 1 January 2015

SAYA BARU BELI KAMERA, APA PATUT SAYA BELAJAR?

Ok. Kita dah beli kamera pilihan hati. Apa nak buat seterusnya?

Stage 1: Baru Beli Kamera.
Sebaik selepas beli kamera, cas bateri sampai penuh dan belek buku user manual. Kenal pasti apa fungsi butang dan options dalam menu. Kita akan lagi cepat ingat bila kita baca buku manual sambil cuba di kamera kita. Jangan risau nak cuba ambik gambar, tak rosak punya.

Stage 2: The Beginning
Selepas dah tahu apa fungsi butang-butang di kamera, mula google tutorial fotografi. Apa itu aperture, apa itu shutter speed, apa itu ISO. Tengok hasil gambar orang lain di 500px dan Flickr. Pergi ambik gambar diri sendiri, kamera tekup muka depan cermin. Pergi ambik gambar titisan air hujan di tingkap. Pergi ambik gambar light trail lampu kereta tepi jalan. Itu adalah shot yang hampir semua orang pernah ambil masa dia di tahap ini dan itu semua perkembangan yang sangat normal.

Stage 3: The Climb
Pada stage ini dia dah pilih genre apa kesukaan anda, sama ada landskap, portrait, street dan sebagainya. Bila ada genre pilihan yang spesifik, kita boleh perhatikan hasil kerja orang lain yang genre sama dengan lebih teliti. Pada tahap ini dia juga dah mula berjinak-jinak dalam photo editing. Pada tahap ini kita pun ambil inspirasi dari hasil kerja orang lain dan kita cuba hasilkan gambar yang lebih kurang dengan buat eksperimen dan try dan error.

Stage 4: The Intermediate
Dia dah reti guna kebanyakan fungsi pada kamera dia dan reti nak kawal kamera. Dia juga dah reti nak guna photo editing software pilihan dia. Pada tahap ini ramai orang akan terbantut, sebab rasa selesa dan naik malas. Ada juga yang bersara terus pada tahap ini. Tapi kalau betul-betul gigih, dia usaha juga untuk take it to another level. Jadi pada tahap ini dia terus praktis dan praktis. Kadang-kadang dia ambik gambar tak berapa lawa, tapi dia terus ambik gambar lagi. Kadang-kadang nasib dia baik, dia dapat gambar lawa. Tapi dia tak pasti macam mana gambar tu jadi lawa. Jadi dia terus mencuba mendalami aspek seni dalam fotografi dengan lebih mendalam, composition, lighting, posing dan sebagainya. Practice, experiment more, continue practising and keep on practising. 

Stage 5: The Artist
Pada stage ini dia dah tahu apa genre yang dia minati dan pandai buat. Dalam editing dia ada tone dan style sendiri. Dia dah faham aspek seni, pencahayaan dan posing sebagainya. Dia dah faham apa teknik pencahayaan atau composition yang macam mana akan buat sesuatu gambar lawa, sebab dia berpengalaman buat masa praktis sebelum ini. Tapi seni ni sesuatu yang subjektif, dan dia terus explore dan terus berkembang tahap ni.

Stage 6: Jadi famous, berhenti fotografi dan sibuk cerita pasal politik
Nonono I'm joking. Hahahaha.

So, anda sekarang tahap mana?

Feel free to share this to friends okeh! See ya!

2 comments:

mizan said...

sy di stage ke 3 dan pertama. stage kedua tgh berjalan dengan perlahan. perlu bantuan tutorial yang banyak cra nak pakai sony a6000 ni.

Abdul Hafidz said...

Perhh.. Sony a6000, meleleh air liur..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...