Thursday, 23 April 2015

Penemuan Terbaru! Excited Sangat Sampai Semangat Nak Tulis

Hi guys. dah lama giler tak update blog sebab ada dah wujud perasaan malas dan ada plans nak redesign balik blog. Sekarang pun musim exam, patutnya tak buang masa menaip tapi excited giler nak menaip jugak.

Masalah yang saya hadapi sekarang sebagai pengguna Sony A7 full frame E-mount. FE mount (Full Frame E) ni tersangat baru dan pilihan lens yang boleh autofocus tersangatlah sikit. Kena beli lens manual atau kena beli lens Sony FE atau Zeiss Batis yang baru je diumumkan hari saya menulis post ni.


Sony FE 2.8/35 Sonnar.

Msalahnya kebanyakan lens FE mahal. Mahal dia bukan sebab salah papa jib atau salah GST ke apa, sebab Sony mintak tolong Zeiss, jadi memang sepatutnya mahal. Semua optics Zeiss memang terlampau sharp dan lulus ujian lab accuracy DxoMark blablabla semua tu. Kalau masih kata saya ni berkira ke apa, bayangkan segala lens Canon kit lens semua takde, yang ada semuanya L lens. Takde 50mm f/1.8 II yang murah tu. Kamu pakai Canon 550D noob pun kena beli Canon 50mm f/1.2L jugak. Tak ke gila tu? ;-p 


ini semua salah GST?

Rewind beberapa tahun dulu masa Sony baru keluarkan kamera Sony NEX E-mount, Tamron dan Sigma ada jugak follow buat lens. Tamron buat super zoom, Sigma buat DN lens. Lens Sigma ni yang menarik, ada untuk kegunaan mirrorless lain macam Micro Four Thirds, dan Samsung.


gambar sigma EX DN ehsan gugel.

Lens Sigma EX DN ni semuanya prime lenses yang direka khas untuk kegunaan mirrorless SAHAJA! Kebanyakannya APSC atau Micro Four Thirds sensor lah. Dalam lineup EX DN ni ada tiga;

1) 19mm f/2.8
2) 30mm f/2.8
3) 60mm f/2.8

Kebanyakannya dipuji optically bagus, tapi yang lagi dipuji ialah harga yang sangat best. Di sekitar RM700 brand new. Bawah RM1,000 kira murah la!

Tapi sambil melayari ke ceruk-ceruk likuk-pikuk internet, terjumpa forum cakap pasal guna lens Sigma DN tu kat Sony A7 full frame! Kita guna lens yang dibuat untuk APSC kat full frame dah tentu akan dapat vignetting, tepi dia gelap. Tapi orang kata boleh buang rear baffle plastik belakang lens bagi vignetting tu kurang sikit. 


Sigma DN pasang kat A7 ehsan per-analogia.blogspot.com

Excited, mulalah mencari sample images kat flickr kalau ada. Memang ada orang post pakai 19mm f/2.8 kat Sony A7 in full frame mode dan dia dapat gambar seterusnya. (link di sini)


Yep memang vignette kat tepi frame walau dah buang rear baffle.

Masuk kat Photoshop, crop 1.15x dan buat sikit peripheral illumination untuk kurangkan vignetting dapat ini;


Selepas crop 1.15x jadi macam FOV lebih kurang 22mm kat Photoshop sambil kekalkan resolusi asal.

Lens 19mm akan jadi lebih kurang 22mm, 30mm tu akan jadi lebih kurang 35mm. Ini osem giler wei! Harga murah pulak tu! Sikit susah takpe je. Boleh je buat Photoshop Action atau Lightroom Preset khas untuk crop dan betulkan vignetting.


NAK DAPAT GAMBAR SOOC?

Let's say saya malas nak buat editing dan cropping masa editing. TAKDE MASALAH! Sony ada option Clear Image Zoom untuk JPEGs only. Boleh set kat kamera, suruh dia selalu zoom 1.2x contohnya. Jadi bila keluar JPEG dah siap crop kawasan gelap vignetting tu.

Kelemahannya bila clear image zoom ni rasa macam kamera Sony A7 tak guna phase detect AF points tapi guna contrast detect seluruh frame, jadi accuracy tu kena sendiri pandai-pandai aim sebab luas sangat coverage AF tu.

Melihat ke-osem-an lens yang tak mahal ni, saya macam dapat sikit harapan keputusan saya jump Sony meninggalkan Canon bukan kesilapan yang besar. Sigma pulak dah improve design dari body plastik lembik kepada body aluminium yang at least kuat sikit walaupun focusing ring smooth habis taktau kita pusing ke tidak dan mungkin senang serlahkan apa-apa calar ke apa. 

Sigma DN 'ART' series.

Terus terang saya ucapkan. Inilah gear lust saya selepas ini. Mungkin saya akan beli satu, atau beli dua, atau beli semua tiga-tiga? Kita tengok nanti.

Roger and out, jumpa di page APKINS okeh?

2015-04-23 2:00
Seoul, South Korea

Saturday, 4 April 2015

Portraiture with Baju Namja feat. Canon FD 50mm f/1.4

Sony A7 + Canon FD 50mm f/1.4





















Ok copp!

Kita tukar lens Canon EF 28mm f/1.8 USM pulak.







Amacam?

Ada peluang nanti saya cuba shoot lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...