Wednesday, 27 May 2015

MACAM MANA NAK TAHU SHUTTER COUNT?

"kamera mirrorless takde shutter count?"

1) Apa maksud shutter count?
Shutter count ialah counter jumlah berapa kali shutter actuation berlaku, iaitu berapa banyak gambar kita pernah ambil guna kamera tersebut.

2) Macam mana nak tahu shutter count?
Sesetengah jenama ada embed dalam EXIF data gambar. Sesetengah jenama takde. Kena guna program special. Terlalu banyak cara dan terlalu banyak model nak dicover so, anda terpaksa google sendiri nak cari cara cari shutter count model kamera anda yang spesifik.

3) Bila perlu ambil tahu pasal shutter count?
Bila nak jual kamera sahaja perlu tahu. Sebab shutter count tu macam odometer kereta yang jadi kayu ukur berapa tahap guna kereta tu dah berapa kilometer dia gerak, shutter count jadi kayu ukur tahap guna kamera. Sebab tahap guna, keadaan kosmetik kamera tu mempengaruhi harga orang nak nego dengan kita.

4) Saya takde nak jual kamera saya tapi teringin nak tahu shutter count?
Tak perlu ambil tahu pun takpe weh. Tapi kalau teringin nak tahu sangat-sangat silakan cari di gugel.

5) Shutter count ni ada limit ke?
Bukan limit tapi manufacturer test berapa kali actuations dia guarantee boleh pakai, guarantee je pon. Contoh, "saya guarantee kereta toyota tahan 10 tahun!" kata jurujual. Itu tak bermakna capai je 10 tahun, terus kereta tu akan rosak; pintu tercabut enjin meletop tiba-tiba hanya sebab dah capai umur 10 tahun. Tidak. Kalau kereta tu nak buat hal sejam selepas keluar kedai pun boleh. Logik lah. Barang elektrik. So ia takde limit, yang ada kalau shutter mechanism tu fail.

6) Macam mana nak tahu shutter mechanism kita ada failure?
- Bila kita ambil gambar tapi ada sesetengah part dalam gambar ada barisan hitam macam kena tutup dengan kertas. Shutter tak sempat nak bukak dan tutup semula lah tu.
- Bila ambil gambar set shutter speed 1 saat tapi dia buka sampai 2-3 saat. Sah sudah lari.
- Kita tekan suruh ambik gambar, dia taknak gerak.
- Kamera keluar error message.

7) Apa jadi kalau shutter mechanism failure?
Bawak service center la. Kalau masih dalam warranty, claim itu warranty. Kalau takde warranty, kena keluarkan fulus la...

8) Biasanya repair shutter mechanism failure ni berapa?
Ini saya taktau. Orang yang bukak segala skru kat kamera tu, inspect segala kerosakan akan bagi quotation harga sebelum lakukan repair. Kamera DSLR full frame punya servis boleh cecah ribu ringgit jugak. ;-p bertabahlah.

9) Saya ada jumpa kamera lama dengan shutter count rendah, bagus ke?
Kamera dah lama, shutter count rendah, bagus tu. Tapi itu mungkin juga membawa maksud bahawa kamera tu pernah terbiar tak digunakan, mungkin tak dijaga. Kamera terbiar boleh ada fungus pulak. Sila check betul-betul.

10) Saya tengok ada kamera murah, shutter count 100,000 lebih. Patutkah saya beli?
Bergantung kepada anda. Shutter mechanism failure boleh berlaku bila-bila masa sahaja (sebab tu professionals shoot job penting bawa dua atau tiga kamera buat backup). Apabila tahap guna dah tinggi, risiko untuk failure juga jadi tinggi. So kalau anda shoot job penting, pastikan backup ada. Kalau anda nak risiko shutter failure tu kurang dan mahukan waranti official brand tu, belilah brand new. Kalau anda seorang hobbyist yang tak kisah, yang penting asalkan murah, angkat je. Sedar pun diri kita ni miskin haha. 

11) Saya taknak la ambik gambar. Nanti shutter count naik.
Ibarat beli kereta taknak guna sebab taknak kilometer dalam odometer menaik. Tetap jalan kaki jugak. Apa fungsi beli in the first place? Patutnya beli memang nak guna. Dah kalau risau sangat 'resale value', jual je kat orang lain. Walau kamu tak guna sekalipun, sebab bukan brand new suci dari kedai, orang akan tetap mintak kurangkan harga. Amekkaw!

BERHENTI RISAUKAN PASAL SHUTTER COUNT. BELI KAMERA MEMANG NAK GUNA. GO OUT AND TAKE PICTURES!!!!

marah ni marah... haha...


Tambahan;

Selain daripada mitos 'shutter sampai limit' ada juga ajaran 'kamera mirrorless dan Sony SLT tiada shutter'

Animasi DSLR dari The DSLR Photographer.com

Ajaran ini timbul akibat salah faham perbezaan antara fungsi mirror lifting mechanism dan shutter mechanism. begini prosesnya;

kita tekan butang shutter - mirror dinaikkan, menghalang imej masuk dalam viewfinder - sensor dihidupkan - shutter mechanism buka sekejap beri cahaya masuk, dan tutup semula in an instant - data dari sensor dihantar ke processor untuk diproses jadi imej - mirror diturunkan balik supaya kita kembali boleh tengok dalam optical viewfinder.

Fungsi mirror ialah memantulkan imej dari lens ke dalam optical viewfinder. Fungsi shutter pula ialah mengawal jangka masa sensor exposure - iaitu shutter speed. Design mirrorless buang mirror tu sebab optical viewfinder digantikan dengan electronic viewfinder yang kecil. Sony SLT menggunakan mirror translucent yang benarkan cahaya masuk terus melalui mirror yang hampir lutsinar, imej tu dipantulkan sikit untuk autofocusing sensor. 

Kebanyakan mirrorless dan DSLT masih pakai mechanical shutter supaya kita boleh kawal shutter speed. Shutter dan mirror benda lain giler-giler lain kot? Mana boleh campur adukkan haha. Tengok video ni untuk tengok mirror dan shutter bergerak in slow mo.



Yep, mirrorless dan DSLT selagi dia pakai mechanical shutter, dia masih ada shutter count. Sekian.

Clear?

anything, contact saya di facebook ---> APKINS

Monday, 25 May 2015

Review Pendek Canon EOS 7D


Setelah beberapa tahun guna Canon EOS 7D ni, sekarang dah jual dah pun, 7D Mark II pun dah keluar. Rasanya boleh kot bagi review sikit pasal 7D ni.

"Bro, saya ada budget **** nak beli DSLR entry level brand new. model apa ye?"

Let me tell you this. Ada dua jenis shooter yang utama. 1, orang yang nak kamera berkualiti tinggi untuk snap itu ini, snapshots je, auto everything. 2 ialah orang yang nak lens berhelai-helai, dia nak kawal segalanya manually, dia nak masuk bidang ini sebab minat seni fotografi dan memang bercadang nak pakai bermacam jenis lens dan aksesori DSLR.

Untuk individu 1 ada dua pilihan, entry level DSLR atau mirrorless. Pendapat peribadi saya ialah? forget entry level DSLR. beli mirrorless. kamu takkan perlu banyak butang-butang untuk tukar settings itu ini. Kamu nak gambar, guna auto je. Since performance kamera entry level tak jauh beza je dengan mirrorless. Guna entry level mirrorless jelah. Lagi kecil, lagi senang nak bawak merata. Nak lagi kecil, guna duit tu beli smartphone high end yang latest.

Untuk individu 2, kita boleh rekemen dia cari used high end DSLR. Forget brand new entry level. Cari used high end. For the same money, dia boleh lompat ke atas lineup kamera terus.

Kenapa high end DSLR? Bukan ke ada high end mirrorless? Walaupun high end mirrorless dah wujud, mirrorless system masih baru dalam pasaran.




GOOD STUFF - D stands for DAMN GOOD, 7x

1) Ia datang dengan sensor 18MP saiz APSC, yang besar kalau compare dengan kamera handphone korang. Sebab sensor besar ni lah dia mampu buat gambar berbokeh dan ia superior dalam keadaan low light. Saya guna 7D ini dengan Tamron 17-50, dan ia superb. lens f/2.8 dan ISO performance yang clean up to 1600 dan usable up to 6400.


7D Tamron 17-50mm f/2.8

2) Saya suka akan 100% accurate, 1.0x magnification viewfinder dengan macam2 fungsi di dalamnya. Dia ada LCD screen yang superimpose display kat optical viewfinder tu. boleh turn off segala dan viewfinder itu clean. tapi boleh turn on grid display, bila guna spot metering ada display situ bagitahu di mana kawasan yang dia kira exposure, ada juga spirit level dimana dia bagitahu kamera kita senget ke tidak.


3) Mari masuk kepada AF system. 19 point, all cross type. Set kamera ni kepada servo dan kemampuan dia untuk track moving objects masa shoot sports memang sedap. Tambah sedap dia punya continuous 8fps burst with AF. Orang kata, hek eleh, sony SLT boleh lagi laju. Well at least ini tiada viewfinder darkening dan boleh frame subjek masa burst. Buffer juga tak pernah penuh melainkan anda burst RAW. Sony SLT buffer is a joke. Cuba guna dua-dua dan anda akan faham apa yang saya cakapkan.


4) Oh, everything about 7D screams fast. Saya pakai 16GB 400x UDMA fast card. memang boleh unlimited burst masa shoot sports. Macam mesingan. Kad tu kalau banding dengan SD card punya class system, ia adalah Class 60 read dan Class 30 write. Tak main la Class 10 kan?


7D memang dibuat untuk sports.


OK - APA KELEMAHAN 7D?

1) 7D ni kukuh dan kuat sebab magnesium alloy body. It balances well dengan aksesori atau lens berat. Tapi kalau digandingkan dengan lens zoom yang berat, ia jadi berat sangat, nak bawak keluar saje-saje jadi malas. Kalau bawak keluar bila ada job je mana boleh, macam mana mau praktis.

dahla body berat, tambah lagi macam-macam lens. sabor jelah.


2) Kamera ni bukan sensor technology baru, tahun 2009. Kira lama dah. Dan ia bukan full frame. So untuk high ISO performance, APSC model dari Nikon dan Sony dengan sensor yang lebih baru akan kalahkan 7D in ISO 3200 and above. Dynamic range tak perlu cerita lah. Hey, boleh guna speedlight tanpa masalah. low light? add light. Dynamic range tu kena old school bracketing HDR. selesai masalah.

shadow dan highlight recovery tak berapa sangat.

3) CF cards mahal sikit daripada SD card. tapi kelebihannya CF ni sangat laju. nak unload gambar dari memory card ke komputer pun laju. ramai professionals guna 5D Mark III dan setaraf dengannya masih guna CF card for the speed.


4) ok this will spark some debate. tapi saya rasa 7D saya ada masalah focus. kena hantar focus calibration semula. mungkin pernah jatuh atau simply phase detect system dia ada lari calibration. problem ni body specific, bukan semua 7D ada masalah ni. dan in time phase detect system memang akan lari calibration. kalau hantar ke service center rasanya boleh je recalibrate balik and it will work like a charm. 

sekarang saya dah jump ke Sony A7. ia ada kelebihan dan kelemahan yang tersendiri pulak.


takpe. sebenarnya semua produk akan ada kelebihan dan kelemahan dia. bergantung kat kita nak make the best of it. The best photographers akan pandai make the best of it dan work around the flaws.

So, don't stop being creative. ;-)

anything, jumpa saya di --> page facebook APKINS

see ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...