Wednesday, 27 May 2015

MACAM MANA NAK TAHU SHUTTER COUNT?

"kamera mirrorless takde shutter count?"

1) Apa maksud shutter count?
Shutter count ialah counter jumlah berapa kali shutter actuation berlaku, iaitu berapa banyak gambar kita pernah ambil guna kamera tersebut.

2) Macam mana nak tahu shutter count?
Sesetengah jenama ada embed dalam EXIF data gambar. Sesetengah jenama takde. Kena guna program special. Terlalu banyak cara dan terlalu banyak model nak dicover so, anda terpaksa google sendiri nak cari cara cari shutter count model kamera anda yang spesifik.

3) Bila perlu ambil tahu pasal shutter count?
Bila nak jual kamera sahaja perlu tahu. Sebab shutter count tu macam odometer kereta yang jadi kayu ukur berapa tahap guna kereta tu dah berapa kilometer dia gerak, shutter count jadi kayu ukur tahap guna kamera. Sebab tahap guna, keadaan kosmetik kamera tu mempengaruhi harga orang nak nego dengan kita.

4) Saya takde nak jual kamera saya tapi teringin nak tahu shutter count?
Tak perlu ambil tahu pun takpe weh. Tapi kalau teringin nak tahu sangat-sangat silakan cari di gugel.

5) Shutter count ni ada limit ke?
Bukan limit tapi manufacturer test berapa kali actuations dia guarantee boleh pakai, guarantee je pon. Contoh, "saya guarantee kereta toyota tahan 10 tahun!" kata jurujual. Itu tak bermakna capai je 10 tahun, terus kereta tu akan rosak; pintu tercabut enjin meletop tiba-tiba hanya sebab dah capai umur 10 tahun. Tidak. Kalau kereta tu nak buat hal sejam selepas keluar kedai pun boleh. Logik lah. Barang elektrik. So ia takde limit, yang ada kalau shutter mechanism tu fail.

6) Macam mana nak tahu shutter mechanism kita ada failure?
- Bila kita ambil gambar tapi ada sesetengah part dalam gambar ada barisan hitam macam kena tutup dengan kertas. Shutter tak sempat nak bukak dan tutup semula lah tu.
- Bila ambil gambar set shutter speed 1 saat tapi dia buka sampai 2-3 saat. Sah sudah lari.
- Kita tekan suruh ambik gambar, dia taknak gerak.
- Kamera keluar error message.

7) Apa jadi kalau shutter mechanism failure?
Bawak service center la. Kalau masih dalam warranty, claim itu warranty. Kalau takde warranty, kena keluarkan fulus la...

8) Biasanya repair shutter mechanism failure ni berapa?
Ini saya taktau. Orang yang bukak segala skru kat kamera tu, inspect segala kerosakan akan bagi quotation harga sebelum lakukan repair. Kamera DSLR full frame punya servis boleh cecah ribu ringgit jugak. ;-p bertabahlah.

9) Saya ada jumpa kamera lama dengan shutter count rendah, bagus ke?
Kamera dah lama, shutter count rendah, bagus tu. Tapi itu mungkin juga membawa maksud bahawa kamera tu pernah terbiar tak digunakan, mungkin tak dijaga. Kamera terbiar boleh ada fungus pulak. Sila check betul-betul.

10) Saya tengok ada kamera murah, shutter count 100,000 lebih. Patutkah saya beli?
Bergantung kepada anda. Shutter mechanism failure boleh berlaku bila-bila masa sahaja (sebab tu professionals shoot job penting bawa dua atau tiga kamera buat backup). Apabila tahap guna dah tinggi, risiko untuk failure juga jadi tinggi. So kalau anda shoot job penting, pastikan backup ada. Kalau anda nak risiko shutter failure tu kurang dan mahukan waranti official brand tu, belilah brand new. Kalau anda seorang hobbyist yang tak kisah, yang penting asalkan murah, angkat je. Sedar pun diri kita ni miskin haha. 

11) Saya taknak la ambik gambar. Nanti shutter count naik.
Ibarat beli kereta taknak guna sebab taknak kilometer dalam odometer menaik. Tetap jalan kaki jugak. Apa fungsi beli in the first place? Patutnya beli memang nak guna. Dah kalau risau sangat 'resale value', jual je kat orang lain. Walau kamu tak guna sekalipun, sebab bukan brand new suci dari kedai, orang akan tetap mintak kurangkan harga. Amekkaw!

BERHENTI RISAUKAN PASAL SHUTTER COUNT. BELI KAMERA MEMANG NAK GUNA. GO OUT AND TAKE PICTURES!!!!

marah ni marah... haha...


Tambahan;

Selain daripada mitos 'shutter sampai limit' ada juga ajaran 'kamera mirrorless dan Sony SLT tiada shutter'

Animasi DSLR dari The DSLR Photographer.com

Ajaran ini timbul akibat salah faham perbezaan antara fungsi mirror lifting mechanism dan shutter mechanism. begini prosesnya;

kita tekan butang shutter - mirror dinaikkan, menghalang imej masuk dalam viewfinder - sensor dihidupkan - shutter mechanism buka sekejap beri cahaya masuk, dan tutup semula in an instant - data dari sensor dihantar ke processor untuk diproses jadi imej - mirror diturunkan balik supaya kita kembali boleh tengok dalam optical viewfinder.

Fungsi mirror ialah memantulkan imej dari lens ke dalam optical viewfinder. Fungsi shutter pula ialah mengawal jangka masa sensor exposure - iaitu shutter speed. Design mirrorless buang mirror tu sebab optical viewfinder digantikan dengan electronic viewfinder yang kecil. Sony SLT menggunakan mirror translucent yang benarkan cahaya masuk terus melalui mirror yang hampir lutsinar, imej tu dipantulkan sikit untuk autofocusing sensor. 

Kebanyakan mirrorless dan DSLT masih pakai mechanical shutter supaya kita boleh kawal shutter speed. Shutter dan mirror benda lain giler-giler lain kot? Mana boleh campur adukkan haha. Tengok video ni untuk tengok mirror dan shutter bergerak in slow mo.



Yep, mirrorless dan DSLT selagi dia pakai mechanical shutter, dia masih ada shutter count. Sekian.

Clear?

anything, contact saya di facebook ---> APKINS

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...