Monday, 29 June 2015

Nak Guna RAW atau JPEG?


Dalam isu RAW vs JPEG ni ramai orang mempunyai pendapat yang berbeza dan mengelirukan ramai shooter baru. Artikel ini diharap dapat mengurangkan kekeliruan tu.

Apakah itu JPEG?
JPEG ialah file format gambar yang kita boleh guna terus. Nak print, nak upload ke instagram ke, facebook ke, semua pakai format JPEG ni. Format JPEG ini kecil saiz failnya sebab sudah dicompress, sudah di'edit' oleh kamera kita sendiri ikut setting Picture Style atau Picture Control dalam menu kamera kita.


contoh Menu DSLR Canon.

Apakah itu RAW?
File RAW ialah fail mentah yang disimpan dari sensor kamera kita tanpa sebarang pemprosesan, means kita la kena proses dulu. RAW kan mentah. RAW juga tak boleh nak upload ke facebook. Lain jenama ada file format mereka sendiri tapi benda sama jugak.

Canon - *.CR2
Nikon - *.NEF
Sony - *.ARW

dan sebagainya. Fail ini besar dan belum diproses oleh komputer kamera kita, jadi kita kena proses di software special. Lepas dah proses, tukarkan jadi JPEG baru boleh upload.


Macam mana nak buka RAW files?
Antara software yang boleh buka dan proses RAW files ialah;

- Google Picasa (Freeware)
- Adobe Lightroom (Berbayar)
- Adobe Photoshop (Berbayar)

Selain itu, dalam kotak kamera mesti ada CD, dalam tu juga ada installer program untuk edit gambar RAW dari kamera korang. Kalau takde, mungkin dia suruh download di website dia. Canon biasanya akan bagi software Digital Photo Professional untuk edit RAW dan JPEG dari kamera Canon.


Kalau guna software Adobe Photoshop, dia ada sub program
nama Adobe Camera RAW untuk proses RAW files.


Perbezaan RAW dan JPEG?
JPEG itu ibarat kita beli ayam goreng KFC. Makan terus. Nak tambah rasa letak cili sos je boleh. RAW itu ibarat beli ayam mentah di pasar. Nak buat masak merah ke, nak goreng ke, nak buat kari ke, semua boleh. Yang penting pandai masak. Berikut saya listkan kelebihan shoot dalam RAW

1) RAW files menyimpan lebih data untuk kita proses. Latitude editing yang boleh buat kat RAW files lagi jauh dari JPEG files.




2) Kita bebas mengawal 'tone' warna kita sendiri, takdelah ikut warna Tone Canon Nikon je dan 'masak' ikut citarasa sendiri. Baru betul chef.



3) Lebih kawalan kepada banyak settings lain. Contohnya kalau nak betulkan white balance, boleh. JPEG, susah. Nak tarik details dari kawasan gelap dan terang pun pakai RAW boleh tarik banyak.




Bila nak guna JPEG atau RAW?
Ada orang shoot strictly JPEG, ada yang shoot segalanya RAW. Since dua-dua ada, guna jelah dua-dua apa susah. Kamera aku. suka hati aku la nak pakai.

Shoot JPEG dalam situasi yang kita tau tak memerlukan banyak editing seperti;
1) Ambil snapshot family suka-suka masa travel (rujuk artikel Travel Photography)
2) Sports photography secara hobi, yang memerlukan saya burst banyak shot. Kalau RAW, buffer cepat penuh dan memory card cepat sangat penuh. (rujuk artikel Sports Photography)

Shoot RAW dalam situasi yang kita tau nak post process.
1) Portraiture, banyak la editing warna yang perlu dibuat.
2) Landscape, perlu banyak tarik details dalam shadows dan highlights.
3) Everything else. 

Trust me, shoot RAW untuk semua benda kalau boleh. pastikan pada masa yang sama mantapkan skill editing. bukannya shoot RAW terus convert JPEG tak proses langsung.

Untuk lebih banyak artikel editing boleh rujuk tabs di atas website ni, ada banyak link ke artikel fotografi lain. Atau contact saya di facebook. Allright! See ya!


Review Pendek - Canon EF 50mm f/1.8 II


Canon EF 50mm f/1.8 II ni lens yang sangat femes sebab harganya yang murah tapi image quality dia boleh tahan, buatkan ramai betul dah buat review pasal lens ni online. Lens ni dah lama, dan sudah digantikan dengan Canon EF 50mm f/1.8 STM yang lebih baru. Jadi kita cut to the chase, dan buat review pendek je.

1. Fungsi
Lens 50mm dikira sebagai normal di kamera full frame kerana design optical lens 50mm tak begitu kompleks dan murah nak dibuat. Oleh sebab tu satu masa dulu sebelum kedatangan kit lens zoom kamera banyak dijual dengan lens 50mm. Focal length 50mm sangat useful di kamera full frame sebagai walk around lens. Henri Cartier Bresson adalah salah seorang photographer yang famous yang suka pakai 50mm untuk ambil gambar semua benda. Tapi kat kamera APSC 50mm tu lebih zoom in disebabkan oleh Field of View Crop Factor jadikan lens ni ala 80mm, lebih kepada portraiture. Bukaan aperture f/1.8 lens ni pun beri kita peluang untuk eksperiment dengan shallow depth of field atau ada yang sebut 'berbokeh'.

Portraits. Lagi gambar di sini.
Lens 50mm f/1.8 ni dipasang kat APSC crop. Close focusing distance akan dapat banyak 'bokeh'.
50mm f/1.8 II digunakan kat kamera APSC crop masih banyak 'bokeh' untuk kita main.

2. Build Quality
- Plastik. Murah. Manja. Sekali jatuh sikit, tak perlu tinggi pun, pecah berderai. Lens mount dia juga plastik, bukan besi macam mid range atau high end lens lain. Kalau banyak pasang dan cabut, lagi cepat haus daripada mount besi. Tapi sebab plastik segala la dia murah.

- 130g sahaja beratnya. Ringan habis. Ramai orang suka lens ni dahlah murah, ringan. Pros pun guna lens ni buat lens backup kalau apa-apa terjadi kat lens utama diorang. 

- 52mm filter thread. Boleh letak filter kat lens ni. Tapi saya tak galakkan melainkan filter yang fungsi spesifik seperti polarising filter dan neutral density filter. Ada orang letak UV filter untuk kurangkan risiko front element lens ini calar. Sangat tak galakkan sebab UV filter tak berfungsi apa-apa, dan most probably akan kurangkan image quality je. Front element lens ni pun tersimpan ke dalam filter thread jadi risiko untuk terkena apa-apa itu sangat kurang. Pakai lens cap je.

- 5 straight aperture blades. Bilangan aperture blades yang sikit campur straight buatkan bentuk bokeh balls bukan bulat, tapi pentagon kalau shoot waktu malam stop down sikit (bukan pakai f/1.8 tapi f/2.2, f/2.8 dan keatas, bokeh balls akan mula jadi pentagon). Sample gambar saya dah hilang, so just trust me on this.


3. Optical Quality
- Sharpness? takdelah sharp sangat pun. soft wide open. stop down to f/2.8 ia akan jadi sharp sikit. tapi lens ni lebih sharp dari kit lens 18-55mm sebab ia prime lens. Lens yang tak berapa sharp aka soft sikit ni ada kelebihan dia. Jerawat tak nampak. Jimat masa editing nak hilangkan jerawat bagai. Haha! Sharp sangat pun ada problem tau!

Sample portrait menggunakan 5D Mark II full frame.

- Flare? Flare adalah kelemahan lens yang bila kita tembak gambar menghala ke matahari, cahaya akan memantul secara berselerak dalam lens elements, jadikan lens keluar bentuk flare, ghosting dan hilang contrast. Lens murah dan lama. Coatings yang elakkan flare haruslah tak berapa hebat kan. Flare senang nak dielakkan dengan tak ambil gambar menghala ke cahaya matahari atau gunakan flare itu secara kreatif - Cara Ambil Portrait dengan Flare

Loss of contrast, muka dah nyaris tak nampak dah tu ;-)

4. Harga & Value For Money
Lens 50mm f/1.8 II ni kalau yang terpakai orang bagi free je sekali dengan kamera sebab murah. Kalau nak beli asing, cari murah habis. Mungkin RM250 kebawah tak silap saya kalau used. Value for money memang value for money sungguh. Kualiti imej boleh tahan bagus pada harga murah!  


5. Recommendations
kalau belum ada lens 50mm dan miskin, cari Canon EF 50mm f/1.8 II ini yang used dan harga murah habis. Tapi since Canon EF 50mm f/1.8 STM dah keluar, saya lebih rekemen anda dapatkan lens STM baru sebab yang baru tu hanya dalam range RM450-500 je brand new. Harga tu dapat lens bau kedai, anak dara serta official Canon Malaysia warranty lagi.

link untuk ke website YL Camera Pudu Plaza KL sila klik sini.

perbezaan dengan lens Canon EF 50mm f/1.8 STM
- optically sama je.
- versi STM baru ditambah fokus motor STM yang lebih senyap, tapi kepantasan saya tak pasti siapa lagi pantas. yang penting senyap.
- STM baru tu ditambah metal lens mount yang lebih tahan haus.
- STM baru juga pun ditambah bilangan aperture blades dari 5 straight blades ke 7 rounded blades yang beri bokeh balls membulat, bukan pentagon.
- STM baru juga ditambah lens coating yang lebih baik untuk kurangkan flare dan tambahbaik contrast.

ada duit lebih, dapatkan versi baru Canon EF 50mm f/1.8 STM. sekian terima kaseh.

anything, jumpa di facebook page orait!

Apakah Maksud 'Full Frame'?

gambar hiasan, perbezaan full frame di kiri dan APSC di kanan.

Masa zaman filem dulu, kita rekodkan gambar di atas filem. Bila cahaya masuk dalam lens, lens fokuskan cahaya tu kat filem. Filem ni pun akan rakamkan tonality cahaya tu dan kita pun proses guna kimia yang kita panggil 'develop'. Maka akan keluar negative, yang kita boleh jadikan gambar.

Filem datang dalam pelbagai saiz. Ada large format, ada medium format, barulah ada 35mm film yang ramai consumer pakai. Jadi inilah saiz 'sensor' zaman dulu. Nama full frame merujuk kepada saiz sensor digital yang serupa dengan 35mm film.

35mm film, gambar ehsan fotofactoryonline

Filem 35mm ni ramai consumer pakai sebab saiznya yang kecil, kameranya juga kecil. Senang nak bawak merata. Oleh kerana limitasi teknologi zaman dulu, kalau nak print saiz besar (enlargments) kita kena pakai filem yang saiznya besar sebab filem yang kecil akan pecah kalau print besar. Filem 35mm dianggap terlalu kecil oleh pros dan ramai pros shoot medium format dan large format.

Apabila datangnya teknologi sensor yang rakam signal cahaya masuk terus jadi signal elektrik, chip sensor ni mahal nak dibuat jadi dia mula buat saiz kecil kecilan dulu. Hanya pada lewat 2000 something baru kamera digital dengan sensor sama saiz dengan 35mm film keluar.

Sensor digital yang saiznya sama dengan 35mm film ni lah yang dipanggil 'full frame'. Walaupun taklah besar mana pun sebenarnya nak dipanggil 'full' ni.

KENAPA FULL FRAME DIGEMARI?

Kalau kita dah biasa pakai lens focal length 50mm kat 35mm film, lepas tu kita pasangkan lens yang sama kat kamera digital micro four thirds Panasonic GH4 contohnya. Oleh kerana sensor micro four thirds itu dua kali ganda kecil dari saiz filem 35mm, ia terasa macam pakai lens 100mm kat filem saiz 35mm.

(Rujuk artikel Field of View Crop Factor)

Orang masa zaman dulu yang dah biasa pakai 35mm film, lagi suka pakai digital full frame ni sebab bila pakai lens yang sama akan kekal berfungsi dengan sama. Syarikat pembuat kamera macam Canon dan Nikon dah lama buat kamera untuk 35mm film, sebab tu dia utamakan pembuatan system diorang di sekitar full frame sensor.

Antara contoh kamera DSLR full frame yang popular dalam pasaran ialah;

Canon 6D
Canon 5D
Canon 5D Mark II
Canon 5D Mark III
Canon 1Dx
Nikon D700
Nikon D810
Nikon D610
Nikon D750
Nikon D3s
Nikon D4s
Nikon Df
Sony A99
Sony A7s

dan banyak lagi sebenarnya. (baca pasal kamera yang saya rekemen di Photo Gear Recommendations)

Untuk perbincangan apakah kelebihan dan kelemahan pakai Full Frame, kita sambung di post FULL FRAME vs APSC, Yang Mana lagi Best? (coming soon)

Tuesday, 23 June 2015

TIPS PANTAS - Travel Photography

TIPS PANTAS TRAVEL PHOTOGRAPHY


1. Bawa equipment sesikit yang boleh. Kita ada begitu banyak benda yang nak ditengok kat obersi. Kita jugak habiskan masa pagi sampai malam berjalan kaki kat luar. Bawak banyak barang dari pagi sampai malam sakit bahu nak memikul. Tak banyak masa pun nak tukar-tukar lens bagai. Berjalan outdoor sentiasa, siling mana mau bounce speedlight tu? Takde masa nak setup studio bagai. 

2. Saya rekemen bawak satu kamera dengan satu standard zoom yang cover wide angle - normal/short tele. Contohnya untuk geng full frame ni 24-70mm atau untuk geng APSC 17-55mm, 18-135mm atau anything. Kalau datang memang bertujuan nak shoot sesuatu, contohnya memang pergi afrika nak shoot binatang, atau datang Paris diupah nak shoot fashion, bawak lah lens yang sesuai. Tapi kalau nak berjalan dengan family, takyah ngader. With that said, kalau equipment anda sesuai, cukup ringan, bawak la ekstra satu dua. Ekstra tiga empat lima tak payah ler.



3. Lens banyak-banyak tak useful. International Adapter, Charger, Extra Battery, Extra Memory Card, Power Bank untuk phone, mini tripod, benda gini berguna.

takde international adapter ni, takde bateri,
takde kamera, takde smartphone, takde life...

4. Bawak dalam beg kamera yang tak nampak macam beg kamera untuk mengurangkan risiko kecurian. Tersesat masuk tempat bahaya boleh sorokkan kamera harga ribu-riban tu. Beg jugak berguna nak protect kamera dari hujan, suhu ekstrem etc.



5. Travel Photography ni genre dia sama macam Wedding Photography, genre yang sangat luas payungnya dari landscape, portrait, street, food, architecture, photojournalism, wildlife, segala macam la. Sama macam wedding juga, genre travel photography ni sangat ramai orang minat tapi tak ramai yang pandai buat. Tak percaya? Pi tengok gambar artikel National Geographic. capai tahap tak? Kalau tak capai, mari sap kok dulu, kita geng lepak sekali.

6. Jadi nak cari shot apa? 


Landscape. Layan.

Architecture. Layan.

Err ini genre apa ni? Entah. Shot kebudayaan, kot. 

Environmental Portrait. Siap tulis Korea lagi belakang. Amekkaw.

Shot photojournalistic realiti kehidupan masyarakat tempatan, gitu.
Tip dia carilah shot yang menunjukkan keunikan tempat tu. Dari lokasi, budaya, potret orang tempatan, makanan, segala benda la!

PRO TIP: Singgah kedai souvenir tu tengok la gambar kat poskad. Dari situ kita boleh tahu apa landmark penting sesebuah tempat, camne photog pro lain shoot. Cilok idea laa!

7. Cari story. Camne? Sifu saya ajar camni. Tanpa gunakan kata-kata tapi dengan menggunakan gambar, cuba jawab soalan berikut, tak semua takpe, asalkan jawab sebanyak yang mungkin.
- WHAT
- WHO
- WHERE
- WHY
- HOW

Rujuk portrait wanita tengah menyanyi di atas. WHAT - dua orang penyanyi sedang menyanyi. WHO - penyanyi berpakaian tradisi. WHERE - background ada bagitahu lokasi. Done. Dapat gambar ada STORY.

Ini ambik gambar kosong takde story, letak caption deep deep cinta la agama la, takde kaitan dengan gambar la. Itu bukan photographer, itu instagrammer! (saya pun kadang-kadang buat, guilty!)

8. Jangan tension kalau ada orang masuk dalam shot. Kadang-kadang jadikan dia sebagai comparison saiz antara sebuah bangunan dan manusia, sense of scale namanya. Macam gambar atas tadi ada gambar dua gadis pakai baju tradisi berdiri depan istana tu... Nak lagi osem, jadikan orang lain tu jadi subjek gambar terus. Memerlukan keberanian nak street photography la.


selfie lagi. kan dah jadi subjek. haha.

9. Jangan lupa ambil gambar family dan diri sendiri. Takde story deep deep pun takpe. Kamu dan family datang tempat ni bukan selalu. Ambik je snapshot walau tak lawa. PHOTOGRAPH - gambar yang kita cari demi kesenian dan story itu harus dicari, tapi SNAPSHOT - yang merakam detik bersejarah keluarga, juga kena ambik. Photographer terhebat pun kalau kamu selongkar smartphone dia, mesti ada gambar buruk yang dia ambik tapi simpan sebab ia bermakna buat dia.

snapshot gini pun penting
ingat guys, photograph ialah gambar yang matlamatnya kesenian dan story dalamnya. snapshot ialah gambar yang merakam sejarah, hanya bermakna untuk kita seorang sahaja. banyak kes orang upload gambar family masa holiday mintak comment and critique. guys, mohon bezakan please.

10. BE IN THE MOMENT
Ini kena highlight besar-besar patutnya. Jangan risau sangat pasal nak on assignment, nak dokumentasikan segala inci, setiap saat trip tu. Planet kita ni dah didokumentasikan oleh beribu orang. Shot yang korang nak ambik tu? Oh, dah ada pro yang lagi hebat dah ambik gambar benda yang sama dengan lebih lawa lagi. So take some time untuk tengok sesuatu benda bukan melalui viewfinder kamera tapi melalui mata sendiri. Rasai makanan. Hirup udara. Berinteraksi dengan orang tempatan. Be in the moment for yourself too.

Screengrab dari The Secret Life of Walter Mitty, photographer ni datang mencari harimau yang rare, tapi tak ambik gambar. Dia nak kepuasan tengok harimau rare tu dengan mata dia.

Allright. 
Nak lagi artikel TIPS PANTAS atau nak contact saya, rujuk tabs atas sekali page tu. Thanks sebab rajin membaca.

Jangan lupa share article ni bagi kawan-kawan.


Sunday, 21 June 2015

TIPS PANTAS - Sports Photography

TIPS PANTAS SPORTS PHOTOGRAPHY


1. Kamera. Gunakan kamera dengan autofocusing system yang bagus. Contohnya Canon EOS 70D, Canon EOS 7D, Nikon D7000, Nikon D300s dan sebagainya. Sports photographer yang serious pakai Canon EOS 1Dx, Nikon D4 dan sewaktu dengannya. Biasanya kamera lagi mahal, lagi terrer. Nak cuba shoot sports guna kamera entry level boleh jugak. Cuma cabaran dia tu lebih. Sebab sports ni memerlukan kepantasan, mostly kepantasan si photographer, tapi kepantasan kamera juga membantu.

2. Full Frame (FF) atau APSC crop sensor? Dua-dua ada kelebihan dia. APSC lebih panjang reach, means lens 200mm akan jadi macam pakai lens 300mm kat FF. Dan biasanya high end APSC yang ada sistem AF yang laju lebih murah dari FF. Duit lebih kasi beli lens bagus-bagus laa. Sensor full frame pulak berguna untuk indoor sports. Time tu kita pakai high ISO. Canon 1Dx, Nikon D4 gabungkan sensor full frame dengan sistem AF yang hebat, tu harga dia mahal giler.


semua gambar dalam post ini diambil menggunakan kit ini.
Canon 7D, Canon EF 100-300mm f/4.5-5.6 USM,
dan Canon EF 85mm f/1.8 USM untuk indoor.

3. Lens. Wide angle berguna untuk wide shot seluruh padang/seluruh stadium. Lepas tu simpan lens wide, tukar lens telephoto. Haruslah, takkan photographer nak masuk padang. 


wide shot. kantoi stadium tak ramai orang haha.

4. EXPOSURE? Untuk freeze action kita pakai shutter speed tinggi contohnya 1/1000s. Kalau nak panning, guna shutter speed rendah. Kawalan shutter speed ni hang pandai-pandai la kawal. Nak guna shutter priority boleh, indoor cahaya lampu yang constant, nak guna manual pun boleh.

5. Gunakan mod burst, speed priority lagi bagus.

6. Gunakan mod focus AF-C (Continuous) atau AI-Servo supaya kamera sentiasa mencari fokus masa kita half press shutter atau tekan butang 'AF-ON'. Subjek tak bergerak je kita pakai one shot yang dia lock focus.

7. Sesetengah orang suka asingkan AF daripada shutter half press dan gunakan button 'AF-ON' kat belakang body (available kat body high end sahaja). Teknik ini dipanggil 'back button focus' yang bertujuan mengurangkan shutter lag. Nak kekalkan AF kat half press shutter button pun takde masalah.

8. Shoot JPEG je tak ada masalah! Untuk serius jobs yang kita akan tukar hak milik je pakai RAW sebab RAW lagi cepat penuhkan buffer. (Ada dua jenis; orang upah kamu shoot, gambar masih milik photographer, bagi JPEG je takde masalah. lagi satu client ambik hak milik penuh, perlu RAW sebab client ambik RAW file sekali.)

9. Kalau anda diupah untuk shoot oleh client kampeni apa-apa yang ada papan iklan kat situ, mohon masukkan.



10. Pick the right moments. Short bursts beberapa frame je cukup. Burst banyak-banyak nanti muntah nak pilih gambar balik.


11. Kalau sukan itu ada bola, pastikan bola ada dalam frame. Kalau tak pemain bola tu nampak macam masuk acara lumba lari 100 meter - sudah lari story.



12. Tak perlu takut untuk zoom in tight. Sebab ni saya pakai APSC dan lens 300mm, zoom in dekat-dekat.



13. Kita suka gambar yang ada story kan? Rakamkan 'story' pemain, tense moments, dan kegembiraan mereka masa berlawan tu.



14. Fans jangan lupa.



15. Bila indoor, lens dengan aperture besar sangat penting. f/2.8 contohnya. Lepas tu hentam high ISO supaya dapat shutter speed 1/1000s. Saya main tipu pakai f/2.0. prime kan.



16. Story, Emotion jangan lupa.



SEMOGA BERJAYA!

Belanjer gambar saya masa noob, masa first time cuba sports photography maybe empat tahun lepas.


Anything, jemput contact saya di facebook orait? See ya!


TIPS PANTAS - Street Photography

TIPS PANTAS STREET PHOTOGRAPHY
1. Street photography bukan ambil gambar orang gelandangan, tapi mencari little moments manusia urban di jalanan.
2. Macam-macam lens boleh pakai. takde undang-undang. Prime boleh, zoom boleh. Asalkan tak terlalu besar sampai kamu tak larat nak hayun seharian. Contohnya lens 70-200 2.8 tu is a big no haha. Dalam gambar contoh diatas saya pakai Tamron 17-50mm f/2.8, Canon EF 28mm f/1.8 USM, Canon EF 85mm f/1.8 USM. Apa-apa lens yang korang dah ada, guna je.
3. Segan itu biasa. Perlu praktis hilangkan segan. Tegur orang di jalanan seperti penjual gerai dan minta permisi gambar mereka diambil. Ada yang akan setuju ada yang tidak. Cara tu kita belajar hilangkan segan diri kita dan belajar deal dengan rejection.
4. Gambar yang berjaya ada content dan visual. Content itu haruslah moment yang ada story di dalam tu. Macam gambar pertama, orang mengharung salji. Kiri bawah, berbisik kononnya bercakap pasal si topeng kucing. Visual itu adalah composition; susunan subjek, triangle interaction, lines, etc. Dalam satu frame muatkan tiga orang nak dibuat primary dan secondary subjects contohnya. Ini yang perlukan banyak praktis.
5. Mata yang laju mencari shots ialah skill yang paling penting untuk diasah. Ia diasah dengan selalu shoot. Tak ada cara lain, tak ada shortcut beli lens atau beli preset editing itu ini.
6. Keep on shooting. Jangan putus asa. Sifu pun bila keluar bukan setiap satu kali tekan shutter dia terus keluar gambar hebat, tak. Sebenarnya gambar masterpiece dia tangkap tu adalah satu daripada beribu gambar yang dia tangkap. Extraordinary effort, extraordinary results.

Semoga berjaya!
Apa-apa, contact saya kat facebook. See ya!

Wednesday, 10 June 2015

10 Kamera Kompak Terhangat

Nampaknya artikel 10 Kamera Mirrorless Terhangat di Pasaran dapat sambutan yang hangat! Jadi kita sambungkan kehangatkan kepada kamera kompak yang paling hangat! Macam biasa, rujukan harga hanya sebagai rujukan dan true pada tarikh saya tulis post ini iaitu 10 Jun 2015.


10. GoPro


Benda ni seronok. Boleh bawak masuk air. Boleh selfie berbatang. Boleh ikat kat drone kasi terbang. (mahal? banyak dah budget options, SJ4000 la, Xiaomi la)


9. Canon Powershot S120


Kamera ini banyak ambik teknologi dari lineup EOS DSLR Canon. High ISO dia boleh tahan walau sensor kecik. Focusing pun laju. Plus kamera ni agak famous dalam kalangan vlogger youtube sebagai kamera vlog budget. 



8. Sony DSC-TX30


Walaupun dia guna sensor sama dengan smartphone Xperia, tapi kamera kompak ni digabungkan dengan lens Zeiss design dan ada optical zoom yang biasanya bagi kualiti lebih baik dari digital zoom smartphone. Waterproof, tahan jatuh, dan skrin sentuh!


7. Olympus Tough TG-850


Sebab waterproof dan kuat macam Sony TX30 tadi, tapi tambah flip screen untuk selfie, dan harga lagi murah kat YL.


6. Fujifilm X30



Kamera kompak dengan design retro, tambah lagi viewfinder ala rangefinder dia tu. Yang menarik ialah, dia ada film simulation modes yang tiru tone gambar filem! Built in VSCOcam!


5. Fujifilm X100S atau X100T


Kamera kompak dengan sensor saiz APSC! Lens 23mm f/2.0 yang lebih kurang sama macam 35mm kat full frame. Fuji film simulation mode dia paling best buat Fuji film colors! Ramai photographer suka kamera ni. Tapi mahalnya beliau...


Well, Ejad Fotopoyo suka Fuji X100S beliau. ;-)


4. Sony RX100 series


Kamera kompak kegemaran saya. Macam DSLR yang kompak. Something I would use personally. Best bawak travel ni...


3. Sony RX1 dan RX1R


Full Frame sensor + Zeiss 35mm f/2 Sonnar lens. Leaf shutter yang senyap. High ISO full frame yang sedap. Leica like images. Ultimate compact camera dengan ultimate image quality! Tengok harga tu. Tudiaa.


2. Ricoh GR



Korang mesti macam terkejut, eh? Ricoh? apa itu?

Kesian jenama klasik ni. Hebat tapi ramai tak tahu kewujudan dia. Kamera ni ada sensor APSC macam DSLR atau Fuji X100 kat atas tadi, tapi dengan lens 18mm f/2.8 dalam magnesium alloy body. So dia equivalent kepada 28mm kat full frame atau filem. Kamera ni image quality hebat sebab sensor APSC dia tu takde AA filter. Fokus pun laju. Ada 'snap focus' untuk kita buang semua shutter lag yang guna teknik ala-hyperfocal focusing atau zone focusing. Erm, deep photography jargon eh? Kita set kamera untuk sentiasa fokus dalam range jarak berapa dari kamera, supaya kamera tak perlu cari fokus dah. Lagi cepat nak tangkap moments dengan cepat. Tak faham takpe je, ini advanced street shooting punya teknik. Moving on...

28mm agak wide, jadi biasanya street shooters yang betul-betul berpengalaman dan berani nak get up close and personal masa shoot street akan suka kamera ini. Kamera ni memang dibina khas untuk fungsi. Menu pun takde design icons bagai, hanya list. Sangat function oriented. Dia ni pun pakai leaf shutter, jadi sangat silent. Totally something I would love to use...


1. SMARTPHONE!


Dia ada sentiasa dengan kita, kita takkan tinggalkan dia kat rumah. Ada sesetengah orang smartphone tak boleh lepas dari tangan, pegang je. Banyak fungsi benda ni, selain kamera, gambar tu boleh post guna apps macam VSCOcam, Snapseed dan banyak lagi! Nak masuk wifi boleh. Nak terus upload gambar boleh. Tak kisah la jenama apa sekalipun, smartphone memang versatile habis! ;-)

"The best camera is the one that is with you."

See ya kat facebook APKINS.

kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...