Wednesday, 3 June 2015

10 Kamera Mirrorless Terhangat di Pasaran

*ditulis pada 3 Jun 2015. rujukan harga dari YL Camera/Samsung Malaysia/Panasonic Malaysia mungkin berubah mengikut masa.



Dalam list ini saya akan listkan 10 kamera mirrorless terbaik dan ter-sedap di pasaran dari nombor 10 sampai ke yang nombor 1. Kamera apakah akan dapat tempat pertama? Check it out.


10. Samsung NX1 - The Future of Mirrorless



Kamera ini adalah kamera pro level pertama Samsung yang guna sensor 28 MP BSI (backside illuminated) saiz APSC, yang unik sebab yang lain guna CMOS. Selain tu dia offer pro features macam magnesium alloy body yang kukuh, top plate LCD, 4K video recording dengan H.265 codec. Dikhabarkan AF system dia juga hebat. Kelemahan dia ialah mahal giler, dan lens lineup yang masih terlalu sikit. 


9. Sony A5000 & A5100 - Best Travel Camera



Kamera Sony A5000 ni dah digantikan dengan model yang lebih baru Sony A5100. Dua-dua kamera ni pakai sensor saiz APSC yang sama dengan DSLR, jadi kualiti imej pun nak dekat, dan tak banyak masalah dalam keadaan low light. Walaupun model yang lama sikit, A5000 masih kamera yang sangat capable dan dilengkapi WiFi kalau nak share gambar masuk smartphone. Dengan skrin yang flip up sampai ke depan untuk selfie serta price point begini, ia memang entry yang bagus kepada mirrorless. Nak kamera untuk travel? Beli ini. Lupakan kamera kompak sensor kecik semua tu, lagi baik pakai smartphone.


8. Fujifilm X-E2 - Welcome to Fuji X



Fujifilm XE-2 ialah kamera mid range Fujifilm yang best sebab harganya dah turun. Walaupun ada model entry level lain yang mungkin lebih murah, X-E2 ada kelebihan Electronic Viewfinder yang sangat berguna apabila cuaca panas terik, kita tak berapa nampak skrin. Kamera ni guna sensor X-TRANS II yang sama dengan Fujifilm X100S dan X-T1 jadi image quality mereka serupa je. kamera ni jugak ada WiFi untuk kaki instagrammer di luar sana. Lens 18-55mm tu pun bukan sebarang kit lens, dia bermula kat f/2.8 dan f/4 tau! XE-2, the best entry for Fujifilm X series! 


7. Panasonic GH4 - VIDEO KING!



Saya ada bias sikit. Saya suka kamera dengan sensor besar saiz APSC atau lagi besar dari itu. Micro four thirds ni kecik saiz sensor dia, so susah sikit nak buat bokeh. (Sebab itu walaupun ramai suruh saya letak Olympus OMD series saya tak letak. ;-p) TAPI Panasonic GH4 ini saya bagi pengecualian. Dari segi video features 4K video dia sungguh hebat. Video dia sharp sebab bitrate bagus dan banyak video features yang hebat-hebat. DSLR videographers, ditch your DSLR. Get this. (Mahal pulak harga official dia. Check out GH4 ni kat Shashinki dengan klik link ini)


6. Sony A6000 - Best Value for Money APSC Ever



Sony A6000 ada semua benda yang penting dalam kamera. Sensor APSC besar, AF laju, 12 fps, Wifi, hot shoe nak pakai speedlight, grip yang selesa. Semua features hampir pro level tapi price point dia rendah. Lagi murah dari pesaing dia Nikon D7200 atau Canon 70D. Kelemahan? Lens lineup masih tak berapa banyak pilihan. Contohnya, nak guna nak shoot sports saya suka lens yang boleh capai 300mm, tapi ada pilihan budget 55-210mm atau FE 70-200mm f/4 yang mahal. Phew! Tetapi! Kamera ni kalau nak bawak travel atau streeting, pasangkan prime lens Sony E yang boleh tahan banyak pilihan, atau lens Sigma DN lens yang saya tuliskan di sini sangat awesome. 


5. Fujifilm X-T1 - Hipster Ultimatum



Kamera high end Fujifilm X series buat masa ini, features dia dan image quality sama je dengan Fuji X100S dan Fuji X-E2 yang kita bincangkan di atas tadi, tapi refined features dengan AF yang lebih laju, electronic viewfinder yang besar giler, magnesium alloy body dan weather sealing untuk tahan cuaca contohnya hujan. Barulah pro level!


4. Fujifilm X-T10 - Discount X-T1



Semasa post ini ditulis Fujifilm X-T10 baru lagi diumumkan, masih belum dijual secara official. Jadi banyak kedai masih terima pre-order. Menariknya Fuji X-T10 ni menjanjikan features yang hampir macam high end X-T1 tapi tanpa body magnesium alloy dan weather sealing. Takpe, ringan sikit nak pakai.


3. Sony A7 - The First Is Never Forgotten



Sony A7 ni kamera mirrorless interchangeable lens full frame pertama di dunia, dah digantikan dengan A7 II yang datang dengan 5 axis sensor stabilization dan body magnesium alloy yang lebih kukuh ala DSLR. Tapi Sony A7 ni masih ada segala pro feature yang penting untuk berdiri sama taraf dengan Canon 6D dan Nikon D610, tapi dengan price point yang rendah sikit. Cari used, ini fullframe sensor moden paling murah dalam pasaran used (Canon 5D Mark II yang tua tu masih lagi mahal dari A7 ni), lagi murah ditambah pakai lens manual focus dari zaman filem yang saya tuliskan di sini. Saya sendiri pakai kamera ni, trust me ;-p 


2. Sony A7R - Kingdom of Shadows and Highlights



Perasan tak Sony A7R ni dijual tanpa kit lens FE 28-70? Dia punya sensor 36 megapixel ini sangat famous sebab ia tiada AA filter, buatkan ia sharp giler dan perlukan lens yang hebat-hebat juga macam Sony Zeiss FE Sonnar 55mm f/1.8 'mini otus' contohnya untuk betul-betul keluarkan image quality dia. Selain tu sensor 36 MP ni buat masa ini adalah king dynamic range. Dalam kawasan terang dan gelap, kita masih boleh tarik detail. Sensor ni sama dengan Nikon D810, tapi Sony A7R dijual dengan price point yang lebih rendah. 



BERI LALUAN! BERI LALUAN!
RAJA SEGALA MIRRORLESS NAK LALU!


1. Sony A7S - Night Vision



Dalam zaman sensor 50 dan 36 megapixel, datang sensor 12 megapixel yang menguasai segalanya dalam kegelapan. ISO boleh naik sampai ISO 409,600, boleh rakam video hanya menggunakan cahaya bulan. Semua itu pada harga yang lebih rendah dari high end Canon 5D Mark III dan Nikon D810. Take that! Tak perlu cakap banyak, video seterusnya ini akan tunjukkan kehebatan Sony A7S.







Well, this is the end of the list, segala rujukan harga tu saya rujuk di website official jenama tersebut seperti Samsung Malaysia, Panasonic Malaysia, Shashinki dan YL Camera.

Apa-apa, contact me on facebook; APKINS

See ya!

1 comment:

Anuar Yusoff said...

tak aci..olympus OM-D takdop dalam senarai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...