Tuesday, 2 June 2015

AI Servo, One Shot, AI Focus & Nak Guna yang Mana Masa Wedding?

"apkins, apa maksud AI Focus, AI servo, One shot, dan kalau kat wedding yang mana digalakkan kita guna?"

semua itu focus modes untuk DSLR Canon. mari saya jelaskan secara mudah.

One shot - half press shutter button, focus pun lock kat subjek.
AI servo - half press shutter button, focus takkan lock tapi sentiasa mencari focus, berguna untuk object tracking subjek yang bergerak.
AI Focus - kamera secara automatik akan pilih antara One shot atau AI servo.

dari penerangan itu sahaja saya harap anda dah boleh bayangkan kegunaan dia. bila kita ada subjek yang tak bergerak, dan nak letak subjek di tepi frame dengan teknik focus recompose, One Shot ialah mode yang betul.

bila kita ada subjek kanak-kanak berlari, pengantin berjalan ke arah pelamin, atau apa-apa subjek bergerak, AI Servo itu mode yang sesuai.

PROFESSIONAL WEDDING?

anda professional wedding photographer ke? perkataan professional tu tiada kaitan dengan skill level. ia cuma bermaksud seseorang yang shoot untuk upah atau jadikan fotografi sebagai kerjaya (profession).

kalau anda seorang professional wedding photographer saya rekemen sementara anda free takde job, sila baca buku manual kamera anda tu katam sampai habis, dan juga banyakkan buat rujukan online sekarang ni.

sebab shoot wedding ni walaupun ramai masuk demi mencari EASY MONEY, shooting weddings is NOT EASY.

anda kena shoot pada hari kejadian, dan hari kejadian only. tersilap langkah, tak boleh minta ulang.

"pakcik, saya terlepas moment tadi. akad lagi sekali plis."

haha! sebab itu ramai yang beri nasihat, kita harus kenali setiap inci kamera kita front to back supaya boleh troubleshoot apa-apa isu on the spot.

anda adalah orang yang dibayar untuk menjadi PAKAR KAMERA & GAMBAR pada hari kejadian. untuk fikir pasal gambar, supaya pengantin tak perlu fikir pasal kamera dan gambar.

cikgu saya cakap lagi berkat hasil upah kita kalau kita berusaha lebih. ;-)

semoga terus maju jaya! sekian terima kasih.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...