Monday, 29 June 2015

Apakah Maksud 'Full Frame'?

gambar hiasan, perbezaan full frame di kiri dan APSC di kanan.

Masa zaman filem dulu, kita rekodkan gambar di atas filem. Bila cahaya masuk dalam lens, lens fokuskan cahaya tu kat filem. Filem ni pun akan rakamkan tonality cahaya tu dan kita pun proses guna kimia yang kita panggil 'develop'. Maka akan keluar negative, yang kita boleh jadikan gambar.

Filem datang dalam pelbagai saiz. Ada large format, ada medium format, barulah ada 35mm film yang ramai consumer pakai. Jadi inilah saiz 'sensor' zaman dulu. Nama full frame merujuk kepada saiz sensor digital yang serupa dengan 35mm film.

35mm film, gambar ehsan fotofactoryonline

Filem 35mm ni ramai consumer pakai sebab saiznya yang kecil, kameranya juga kecil. Senang nak bawak merata. Oleh kerana limitasi teknologi zaman dulu, kalau nak print saiz besar (enlargments) kita kena pakai filem yang saiznya besar sebab filem yang kecil akan pecah kalau print besar. Filem 35mm dianggap terlalu kecil oleh pros dan ramai pros shoot medium format dan large format.

Apabila datangnya teknologi sensor yang rakam signal cahaya masuk terus jadi signal elektrik, chip sensor ni mahal nak dibuat jadi dia mula buat saiz kecil kecilan dulu. Hanya pada lewat 2000 something baru kamera digital dengan sensor sama saiz dengan 35mm film keluar.

Sensor digital yang saiznya sama dengan 35mm film ni lah yang dipanggil 'full frame'. Walaupun taklah besar mana pun sebenarnya nak dipanggil 'full' ni.

KENAPA FULL FRAME DIGEMARI?

Kalau kita dah biasa pakai lens focal length 50mm kat 35mm film, lepas tu kita pasangkan lens yang sama kat kamera digital micro four thirds Panasonic GH4 contohnya. Oleh kerana sensor micro four thirds itu dua kali ganda kecil dari saiz filem 35mm, ia terasa macam pakai lens 100mm kat filem saiz 35mm.

(Rujuk artikel Field of View Crop Factor)

Orang masa zaman dulu yang dah biasa pakai 35mm film, lagi suka pakai digital full frame ni sebab bila pakai lens yang sama akan kekal berfungsi dengan sama. Syarikat pembuat kamera macam Canon dan Nikon dah lama buat kamera untuk 35mm film, sebab tu dia utamakan pembuatan system diorang di sekitar full frame sensor.

Antara contoh kamera DSLR full frame yang popular dalam pasaran ialah;

Canon 6D
Canon 5D
Canon 5D Mark II
Canon 5D Mark III
Canon 1Dx
Nikon D700
Nikon D810
Nikon D610
Nikon D750
Nikon D3s
Nikon D4s
Nikon Df
Sony A99
Sony A7s

dan banyak lagi sebenarnya. (baca pasal kamera yang saya rekemen di Photo Gear Recommendations)

Untuk perbincangan apakah kelebihan dan kelemahan pakai Full Frame, kita sambung di post FULL FRAME vs APSC, Yang Mana lagi Best? (coming soon)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...