Tuesday, 2 June 2015

Best Tak Pakai Lens Manual Focus Murah Di Kamera Mirrorless?

Salah satu sebab kenapa ada sesetengah orang suka guna kamera mirrorless ialah sebab kita boleh letak macam-macam jenis lens kat kamera mirrorless tu dengan bantuan adapter.

Oleh kerana design mirrorless ni buang mirror mechanism yang berada depan sensor untuk pantulkan imej ke optical viewfinder, jarak mount kamera mirrorless jadi lebih dekat dengan sensor. Ini buatkan kita boleh guna macam-macam jenis adapter yang replicate distance mirror tadi tu.

Oleh kerana saya pakai Sony FE mount, banyak perbincangan akan berkisar di sekitar Sony. Sony FE mount ni full frame mirrorless, dimana E mount ialah APSC. Tapi perbincangan ini boleh juga apply kepada mirrorless lain seperti Fujifilm X series, Canon EOS M, Samsung, Olympus, Panasonic dan lain-lain mirrorless.

Mari kita bincangkan kelebihan pakai manual focus lens kat kamera mirrorless. Kita mulakan dengan kelebihan dulu.

1) Lens choice jadi banyak giler.
Kita boleh pasang apa-apa sahaja lens dari mount apa pun dengan beli adapter yang sesuai. Nak lens Nikon beli adapter Nikon lens to Sony E contohnya. Nak lens Canon, beli adapter Canon lens to Sony E. Tak perlu bergantung kat native mount lenses yang biasanya belum banyak pilihan yang mampu milik.

2) Lens manual zaman filem hidup balik.
Kalau ada kamera filem zaman dulu, kamera filem mak ayah kita yang terbiar, sekarang kita boleh ambil lens dia dan pakai kat kamera digital mirrorless.

3) Manual lens punya harga.
Selain orang dah ramai ada, harga manual lens dari zaman filem dah jatuh sebab lens ni dah tua. Zaman sekarang semua orang nak pakai autofocus, dah tak ramai yang nak beli dan pakai lens manual focus. Nak beli murah saja lah!

4) Manual lens punya build quality.
Ini salah satu benda yang saya suka betul. Lens zaman sekarang dibina nak untung, banyak pakai plastik yang tak berapa tahan. Zaman dulu plastik belum digunakan secara meluas, mereks banyak guna besi. Sebab tu lens zaman dulu masih bertahan sampai sekarang. Focusing ring dia pun smooth je nak pusing. It is something else. People don't make lenses like they used to anymore.

5) Tiada autofocus issues.
Backfocus? Front focus? Meh, kami manual focus. kalau gambar out of focus tu salah diri sendiri takde benda lain dah salah. Takde jugak risiko autofocus motor rosak ke apa. Win!

6) Saiz.
Lens manual biasanya kecil sebab dia tak perlu ruang untuk focusing motor. Melainkan Samyang. Ada lens dia besar sebab lens element dia besar, aperture pun besar. Tengok Leica M mount atau Zeiss ZM mount lenses mungkin boleh tengok, betapa kecilnya lens mereka compared to autofocusing Canon Nikon lens.

7) Sony focus peaking + live view zoom
Kamera Sony saya beli sebab dia bagi dua pilihan alat bantuan manual focus. Focus peaking tu adalah petanda contrast atau kawasan yang in focus, petanda tu diwarnakan merah, kuning atau putih. Kalau benda petanda merah-merah tu ada banyak kat subjek, bermakna subjek sudah in focus. Kalau nak tepat lagi kita boleh zoom in live view dan check focus. Kamera DSLR boleh buat jugak, tapi kamera mirrorless sentiasa pakai live view dalam viewfinder, buatkan live view dia lagi stabil dan lagi senang nak pakai.

8) Speed booster
Sesetengah adapter khas untuk mirrorless dengan sensor saiz APSC crop ni, ada lens element dalam dia. Kerja dia ialah focuskan cahaya dari lens ke sensor, menjadikan seolah-olah kita pakai full frame. Kita pun dapat 1 stop lebih cahaya, jadi boleh kurangkan ISO sikit. Metabones Speed Booster atau Mitakon Zhongyi Lens Turbo namanya. Sangat awesome benda ini. pakai APSC, gambar full frame!

Macam biasa, semua benda ada plus minus. Ini kelemahannya.

1) Lens lama susah sikit nak dicari.
Walaupun murah, lens lama ni dah tak dijual merata tempat di kedai-kedai kamera biasa. Kena cari in the depths of the internet di marketplace, forum lowyat contohnya, group fotografi filem, kena beli adapter pulak guna ebay dari China shipping ambil masa dua tiga minggu etc. Cabaran...

2) Lens lama punya optics lama.
Ini masalah paling besar bagi saya. Optics lama banyak distortion, kurang sharpness, soft wide open, tapi semua tu boleh tahan lagi. Bila lens tu low contrast tu paling takbest. Focus peaking keluar taknak keluar je. Terpaksa guna live view zoom in untuk visual focus confirmation, yang agak lambat.

3) Lens lama tak banyak review.
Kalau korang cari review lens lama zaman filem, lens apa yang sharp dll, memang takde lah. Zaman filem dulu orang takde internet, diorang tak tulis website review lens lagi. Kalau ada pun user opinions gitu-gitu je kat forums. Sebab lens filem lama ni takdelah mahal sangat ramai orang gamble je beli.

4) Mungkin ada previous owner yang tak jaga barang dia.
Ini lagi satu masalah lens lama. Kadang-kadang kita pergi pasar karat ternampak kamera dan lens filem yang dah lama, dijual murah. Ada possibility lens tu dah terbiar lama, tak dijaga. Mungkin optics dah ada fungus ke apa. Sebab tu sebelum beli wajib check fungus, haze, aperture ring fungsi ke tidak, oily aperture blades la, focusing ring pusing smoothly ke tidak etc.

5) Susah nak ambil gambar action/sports.
Manual focus kan. Susah sikit lah nak ambil gambar orang main bola etc sebab diorang bergerak laju. Tak mampu tangan den mengejar.

6) Gear lust jadi lebih teruk.
Dengan lens choice yang terbuka sangat luas, sebab macam-macam jenis lens yang affordable boleh dibeli. Gear lust lens autofocus kalau sebelum ni dah teruk, ditambah lagi teruk. Sentiasa excited nak mencari lens, sedangkan yang perlu dicari ialah gambar. Dah lari tujuan beli kamera. Bukan lagi photogapher tapi jadi toy collector.

So, lapan positif, enam negatif.

Secara konklusinya, mari kita bandingkan. Kalau korang memang tengah pakai mirrorless secara hobi, join in, marilah main lens manual focus. Kalau korang tengah pakai DSLR, saya galakkan kekal guna DSLR sebab DSLR punya lens autofocus lagi senang nak pakai. Tambah lagi Canon dan Nikon punya primes murah dan sharp dah banyak. Contohnya;

Nikon AF 50mm f/1.8D
Nikon AF 50mm f/1.4D
Nikon AF 35mm f/2.0D
Nikon 50mm f/1.8G
Nikon 35mm f/1.8G DX
Nikon 85mm f/1.8D
Nikon 85mm f/1.8G

Canon EF 50mm f/1.8 II
Canon EF 50mm f/1.8 STM
Canon EF 50mm f/1.4 USM
Canon EF 40mm f/2.8 STM
Canon EF-S 24mm f/2.8 STM
Canon EF 35mm f/2.0
Canon EF 24mm f/2.8
Canon EF 28mm f/2.8
Canon EF 85mm f/1.8 USM
Canon EF-S 10-18 STM

Semua boleh dapat bawah seribu ringgit used atau lima ratus ringgit brand new pun ada. Dahla ada autofocus. Under seribu ringgit kira murah lah! Serius banyak lagi yang saya belum listkan. Sangat banyak. Itu baru primes. Belum campur third party. Belum campur sharp value zooms.

Optics lens yang baru pun sharp, lagi lawa daripada lens lama. Modern optics is always superior.

Kalau korang nak buat job, yes saya juga rekemen anda untuk kekal guna autofocus lens kat DSLR. Manual lens kat mirrorless saya hanya galakkan untuk kegunaan hobi je.

Anything, find me at my facebook page APKINS photography allright? See ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...