Tuesday, 2 June 2015

Betulkah Canon dan Nikon Tone Warna Lain-lain?

jawapan pendek ialah YA, tone warna mereka berbeza.

tapi ini APKINS, saya kan baik. jadi saya bagi jawapan panjang.

semua tona warna ni perbincangan shooter JPEG. kalau kita ambik RAW file, kita nak tarik slider kat lightroom tu sana sini memang taktau dah pakai kamera apa. perbezaan tone warna ni semua sebab komputer kamera kita punya 'editing'.

bila kita ambil gambar, semua gambar diambil dalam format mentah RAW, kalau JPEG tu, komputer dalam kamera yang proseskan jadi JPEG. basically komputer dalam kamera tu yang lakukan 'editing' kat RAW file tu sampai keluar gambar JPEG.

tak percaya kamera kita buat 'editing' kat JPEG? pergi ke setting Picture Style atau Picture Control, kita boleh kawal proses 'editing' yang dilakukan oleh kamera kita. kita boleh set sharpening, color tone, saturation, contrast dan apa lagi parameter lain saya dah kurang ingat. kamera apply semua benda itu kepada JPEG kita.

kalau kita biarkan Picture Style kat default standard setting dan shoot JPEG, engineers yang bina kamera kita tu dah set Nikon ni by default buat lagu mana, Canon ni by default buat lagu ni.

harus saya akui ada perasan yang Nikon default JPEG tone dia cool, dan flat. ada model yang sedikit greenish. Canon pulak default JPEG tone dia warm magenta-ish sikit. mungkin ada sedikit kebenaran dalam statement 'Canon tone lawa, sesuai ambik portraiture.' sebab tone yang warm sikit tu lagi best kat skin tones. statement 'Nikon best buat landscape sebab kaler dia.' mungkin sebab Nikon guna sensor Sony, lebih dynamic range?

again, ini semua isu orang shoot JPEG dan picture style tak ubah. nak selesaikan masalah ni?

tukar setting Picture Style/Picture Control, 

atau shoot RAW dan tentukan tone warna dia kemudian di program editing. tarik la slider kat file RAW tu merata tempat. tak nampak beza dah gambar Canon ke Nikon.

jangan kata abang tak payung.
masih ramai orang berbincang pasal perbezaan tone JPEG Canon dan Nikon,
RAW shooters buat tone sendiri kat komputer.

1 comment:

khairulhafiz said...

Saya suka penerangan ini. Selama ni sy suka tone canon walaupon sy guna nikon. Kini saya faham. Shoot RAW je ka..xkisah dah kamera apa pon..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...