Sunday, 7 June 2015

Mencuba Samyang 35mm f/1.4 & Sony A7


Memperkenalkan Samyang 35mm f/1.4 - wide standard manual lens untuk full frame.

Biasanya standard ialah 50mm, ini wide sikit. Tapi besar dan berat sungguh lens ni. 660g lens sahaja. Body A7 tak seberat tu.

Lens 35mm f/1.4 menjadi pilihan ramai pengguna wedding photographer luar negara sebab diorang kata lens ni wide, tapi masih boleh hasilkan background separation (orang malaysia sebut bokeh kot?). Oleh kerana ingin tahu, saya pun pinjam kawan punya!

Lens ni Canon mount, tu ada adapter. Sangat front heavy sebab body kecil dan ringan. Lens buatan Korea ni memang tak ada auto focus, sebab tu ada yang tak berapa minat nak pakai lens ni. Tapi kebaikannya lens ini murah daripada autofocusing lenses sama kelas dengan dia contohnya Sigma 35mm f/1.4 ART, atau Sony Distagon FE T* 35mm f/1.4 ZA yang sangat mahal.

Jom bawak dia keluar shoot.






Apa yang saya suka;

1) Wide tapi masih shallow depth of field.
Menarik jugak pakai 35mm f/1.4 sebab walaupun wide kat full frame, ia masih hasilkan subject and background isolation macam fast lenses lain.

2) Harga
Walaupun saya pinjam tapi saya tahu nak beli lens ni harganya lagi murah dari Sigma 35mm f/1.4 ART dan JAUH lagi murah dari Zeiss 35 f/1.4

3) High contrast modern optics
Teringin nak cuba keberkesanan focus peaking kat Sony A7. Biasanya apabila kita pakai lens klasik dari zaman filem, optics lama contrast rendah jadikan peaking nak taknak je keluar. Tapi samyang ini lens moden, senang giler nak focus dengan Sony focus peaking. Like seriously senang!

Apa yang boleh dikomplen;

1) Optics good but not perfect
Orang nak gambar perfect SOOC tanpa corrections akan kecewa sebab vignette dia boleh tahan, kalau pixel peeping mencari color fringing pun ada. Well ini bukan Zeiss okay hahaha.

2) Build Quality
Copy yang saya pinjam ni focusing ring dia sedikit longgar. Ada kawan saya aperture ring pulak longgar. Mungkin samyang ini memang murah kerana build quality dia kurang sikit? Entahlah. Yang pasti segala lens body ni dibuat guna plastik, berbanding lens zaman dulu, mahupun lens Voigtlander atau Zeiss contohnya, yang pakai metal, memang la tahan ye dak?

3) Egonomics awkward for mirrorless users
Kamera DSLR high end takkan ada masalah balancing dengan lens besar dan berat. Tapi kamera entry level atau mirrorless ergonomics jadi sedikit awkward. Dengan Sony A7 ia jadi front heavy dan kurang selesa. Orang pun cakap, apa la sangat masalah front heavy berat sikit je, what's up with the cry baby. Hei, siapa pernah pegang D810 dan 70-200 2.8 macam mana a well balanced kit buat berat tak begitu terasa akan faham.


Recommendations?

1) "Bagus tak kalau nak pakai kat DSLR Canon atau Nikon?"
Lens ni manual focus, tambah lagi dengan kebanyakan DSLR viewfinder dia kecik, gelap dan cuma tunjuk depth of field sampai f/5.6 je, lens ni f/1.4, so nak manual focus susah lah. Kalau boleh, save duit lagi beli Sigma 35mm f/1.4 ART yang ada autofocus. Melainkan kalau pakai Sony A99, ada focus peaking nak bantu focus. Atau korang tukar focusing screen kat DSLR korang.

2) "Bagus ke nak pakai kat mirrorless Canon/Fuji semua tu?
Terlalu front heavy. Tak berapa rekemen. Cari Leica M mount lenses jelah gini.

3) "35mm boleh jadi angle of view macam 50mm kat crop sensor, jadi sesuai pakai kat DSLR crop tak?"
Ada betulnya mencari lens dalam range 35mm untuk beri field of view sama macam pakai 50mm kat full frame. Tapi memandangkan saiz dia besar sangat, dan kesusahan pakai lens manual focus kat DSLR saya lagi rekemen cari lens Sigma 30mm f/1.4 ART - bukan 35mm ART tau, 30mm ART ni versi APSC yang lebih kecil. Kalau pakai Nikon, Nikon 35mm f/1.8G DX pun sedap. Kalau korang pakai DSLT Sony contohnya Sony A77, dia ada focus peaking yang bantu manual focus dan body besar, boleh consider.

4) Kalau shoot video, sesuai tak?
Sangat excellent nak buat shoot video. Terutamanya versi cinema yang ada follow focus gears dan clickless aperture.

5) "Berapa harga lens ni?"
Lebih kurang seribu setengah, kadang-kadang lebih. Bergantung kat mana korang beli. Carilah kat Shashinki ke, Pentax2U ke... 

6) "Lens ni boleh shoot wedding tak?"
Pasang kat full frame, memang melebih lebih sesuai!

Ini yang terachun nak angkat A99 ni... hmm...

Lagi sekali belanja, tengok subject isolation dan background dia yang smooth tu... pergh... 3D pop la...



sekian terima kaseh.

anything, jumpa kat facebook APKINS

1 comment:

Setiasmile said...

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,,
bokehlicious...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...