Monday, 29 June 2015

Nak Guna RAW atau JPEG?


Dalam isu RAW vs JPEG ni ramai orang mempunyai pendapat yang berbeza dan mengelirukan ramai shooter baru. Artikel ini diharap dapat mengurangkan kekeliruan tu.

Apakah itu JPEG?
JPEG ialah file format gambar yang kita boleh guna terus. Nak print, nak upload ke instagram ke, facebook ke, semua pakai format JPEG ni. Format JPEG ini kecil saiz failnya sebab sudah dicompress, sudah di'edit' oleh kamera kita sendiri ikut setting Picture Style atau Picture Control dalam menu kamera kita.


contoh Menu DSLR Canon.

Apakah itu RAW?
File RAW ialah fail mentah yang disimpan dari sensor kamera kita tanpa sebarang pemprosesan, means kita la kena proses dulu. RAW kan mentah. RAW juga tak boleh nak upload ke facebook. Lain jenama ada file format mereka sendiri tapi benda sama jugak.

Canon - *.CR2
Nikon - *.NEF
Sony - *.ARW

dan sebagainya. Fail ini besar dan belum diproses oleh komputer kamera kita, jadi kita kena proses di software special. Lepas dah proses, tukarkan jadi JPEG baru boleh upload.


Macam mana nak buka RAW files?
Antara software yang boleh buka dan proses RAW files ialah;

- Google Picasa (Freeware)
- Adobe Lightroom (Berbayar)
- Adobe Photoshop (Berbayar)

Selain itu, dalam kotak kamera mesti ada CD, dalam tu juga ada installer program untuk edit gambar RAW dari kamera korang. Kalau takde, mungkin dia suruh download di website dia. Canon biasanya akan bagi software Digital Photo Professional untuk edit RAW dan JPEG dari kamera Canon.


Kalau guna software Adobe Photoshop, dia ada sub program
nama Adobe Camera RAW untuk proses RAW files.


Perbezaan RAW dan JPEG?
JPEG itu ibarat kita beli ayam goreng KFC. Makan terus. Nak tambah rasa letak cili sos je boleh. RAW itu ibarat beli ayam mentah di pasar. Nak buat masak merah ke, nak goreng ke, nak buat kari ke, semua boleh. Yang penting pandai masak. Berikut saya listkan kelebihan shoot dalam RAW

1) RAW files menyimpan lebih data untuk kita proses. Latitude editing yang boleh buat kat RAW files lagi jauh dari JPEG files.




2) Kita bebas mengawal 'tone' warna kita sendiri, takdelah ikut warna Tone Canon Nikon je dan 'masak' ikut citarasa sendiri. Baru betul chef.



3) Lebih kawalan kepada banyak settings lain. Contohnya kalau nak betulkan white balance, boleh. JPEG, susah. Nak tarik details dari kawasan gelap dan terang pun pakai RAW boleh tarik banyak.




Bila nak guna JPEG atau RAW?
Ada orang shoot strictly JPEG, ada yang shoot segalanya RAW. Since dua-dua ada, guna jelah dua-dua apa susah. Kamera aku. suka hati aku la nak pakai.

Shoot JPEG dalam situasi yang kita tau tak memerlukan banyak editing seperti;
1) Ambil snapshot family suka-suka masa travel (rujuk artikel Travel Photography)
2) Sports photography secara hobi, yang memerlukan saya burst banyak shot. Kalau RAW, buffer cepat penuh dan memory card cepat sangat penuh. (rujuk artikel Sports Photography)

Shoot RAW dalam situasi yang kita tau nak post process.
1) Portraiture, banyak la editing warna yang perlu dibuat.
2) Landscape, perlu banyak tarik details dalam shadows dan highlights.
3) Everything else. 

Trust me, shoot RAW untuk semua benda kalau boleh. pastikan pada masa yang sama mantapkan skill editing. bukannya shoot RAW terus convert JPEG tak proses langsung.

Untuk lebih banyak artikel editing boleh rujuk tabs di atas website ni, ada banyak link ke artikel fotografi lain. Atau contact saya di facebook. Allright! See ya!


4 comments:

DS Team said...

Hi, kalau guna JPEG and then edit sendiri dalam phone? sama tak? Sebab skarang dah ada, snapseed contohnya untuk edit gambar dan tarik warna2, boleh edit highlights, exposures and all.. so rasanya mana lebih senang? RAW atau JPEG and edit dalam phone? haha - tujuan masuk dalam instagram je.

Kasanova said...

Jpeg mmg khas utk fon lah sng kata . Cuma kualiti Raw lebih baik lah . Raw pulak tkleh buka melalui fon . Klu edit jpeg melalui fon pun editing dia tk byk mcm melalui pc . Raw pulak editing dia lebih pecahan dia dari jpeg . So overall raw ni mcm2 boleh adjust berbanding jpeg .

elrin mahat said...

Kadang-kalanya pabila sy guna raw kemudian convert kpd jpeg dan ia akan compress saiz. Selain itu, adakah fail tersebut sesuai utk share ke laman sosial? Kajian saya terhadap gmbr tersebut akan pecah pabila share ke laman sosial disebabkan resolution screen laptop or hp berbeza. Gambar raw memang terbaik jd benda ni la buat saya sakit jiwa �� tanya jee.. Maaf

Nani Izzati said...

Ptt la hrtu xdpt nk bkk gna tpon .. dapat buka d tpon tp gna photoshop exspress .. sikit lagi nk format memory .. ok2 dh paham da .. tq utk info ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...