Tuesday, 28 July 2015

Komputer Penuh? Simpan Gambar Anda Dengan Cara Ini!

Dalam posting yang lepas, saya ceritakan yang saya pergi ke lowyat, bukan untuk dengar ajaran sesat semata-mata, tapi untuk beli barang komputer. Barang itu akan saya tunjukkan di bawah.

Kalau komputer korang dah nak penuh dengan gambar JPEG dan RAW files, jangan delete. Beli storage ekstra.

Beli 3.5" hard disk drive (sekitar RM180 untuk 1TB) dan beli apa-apa HDD docking. saya pakai Unity Archgon Stackable HDD Docking ini yang harga RM109. plug power source ke soket, sambungkan USB 3.0 ke komputer. plug and play. senang sahaja.

Kalau beli external HDD, kos dia sekitar RM300. Sebab kita sentiasa reuse docking tu, kena beli 3.5" HDD je. Cara ini kita boleh jimat RM100 per hard drive dalam jangka masa panjang. Oh, belilah HDD jenama apa sekalipun, nak data itu selamat, backup dan simpan data itu dalam dua hard drive yang berbeza!

Sebenarnya ada bermacam cara lain nak simpan gambar, tapi banyak yang perlukan pengetahuan komputer yang tinggi. Cara ini almost plug and play, dan paling penting ialah mudah dan MURAH. Kalau ada cadangan backup dan archival systems yang lebih baik, jangan segan untuk kongsikan!

Inilah gambar 3.5" HDD dengan docking dia. Dibandingkan sekali dengan 2.5" HDD laptop dan external HDD. Jangan segan nak share artikel ni ok.

Thursday, 23 July 2015

AJARAN SIPI-SIPI SESAT DI LOWYAT

AJARAN SIPI-SIPI SESAT DI LOWYAT

alkisah diceritakan aku ke lowyat untuk beli sikit barang komputer. saje singgah kedai kamera jugak. menariknya dalam masa beberapa minit je dapat beberapa ajaran sipi-sipi sesat dari penjual kamera tu.

1) "orang melayu kita sebut 'mirror-lens', mirror-less tu sebutan orang putih. yang betulnya 'mirror-lens'.

seronok jugak dia cuba nak betulkan sebutan aku kata mirrorless haha. camni. DSLR ada mirror pantul imej ke optical viewfinder. mirror-less takde mirror. buang mirror. pakai sensor, live view kat electronic viewfinder. sebab tu mirror-less. mirror lens tu lens telephoto yang fixed aperture dan donut bokeh tu...

2) "zaman sekarang orang tak beli DSLR dah. semua orang beli 'mirrorlens' dengan compact."

berdasarkan data dari CIPA, camera sales semua jenis dah menurun. compact camera paling drastik turun. DSLR turun sikit. market share mirrorless je naik sikit. overall semua turun. sebab consumers pakat beli smartphone, tinggalkan kamera kompak. orang yang nak kecil tapi DSLR quality akan elak kompak dan pakai mirrorless. DSLR pulak satu niche yang tersendiri dalam kalangan professionals. nak dekat betul lah tu. nak twist sikit data tu silakanlah hahaha.

3) "lens kena besar kualiti bagus, sharp. smartphone lens plastik. tengok compact ni, on je lens keluar. lens besar barulah kualiti bagus."

sipi-sipi jugak tu. lens dengan optical elements yang besar akan dapat banyak light transmission dan aperture yang besar. nak tentukan sharp ke tidak berdasarkan optical design dia tu. berapa banyak high dispersion glass lah, aspherical elements lah, coatings etc. Sony Zeiss FE 55mm f/1.8 kecik je sebab flange distance pendek, jauh lagi kecik dari Sigma 50mm f/1.4 ART, tapi Zeiss itu diwartakan lens AF paling sharp DXO labs. phew. nerd alert.

4) "DSLR dah takde harga sampai DSLR tu kita orang jual murah" (tunjuk kat DSLR Sony A700 kit 18-70 RM1499)

Satu, ia Sony. Dua, ia Sony DSLR. Tiga, ia A mount. Satu, Sony punya resale value agak rendah berbanding Canon dan Nikon yang lebih dicari dalam pasaran used. Ramai orang tau Canon Nikon je, jenama selain dua tu tak ramai tahu sangat. Dua, Sony dah tinggalkan DSLR design untuk innovate translucent mirror technology dipanggil DSLT. Tiga, perkembangan A mount atau Minolta mount agak perlahan sebab Sony setakat ni macam lebih utamakan mirrorless E mount system baru. Nak kata takde harga, macam mahal ada harga je? A700 tu tujuh ratus used body only. 5D Mark III, D4 semua tu takyah cerita la ada harga ke tidak heheh.

5) "Photographer pro yang pakai DSLR zaman sekarang akan pakai 'mirrorlens' buat backup. kalau apa-apa jadi kat DSLR diorang, diorang pakai 'mirrorlens' ni sebab 'mirrorlens' ni ada 4K."

Photographer pro shoot event tu ambik gambar ke video? 4K tu resolusi video, maka videographer guna lah, photographer mau gambar je tak pakai video... Tentang 4K video, berapa ramai ada monitor komputer atau TV resolusi 4K sila angkat tangan. Oops.

Konklusinya, dia cakap ada betulnya, tapi spin sana sini sikit. Kira ok lah ni daripada ajaran paling legend aku pernah dapat iaitu "update firmware kamera boleh tambah megapixel." Itu memang pergh legend. Hahaha.

So jadilah pengguna yang bijak. Know your stuff. Bukan salah penjual tu cakap benda yang silap. 

Diorang kerja jual kamera je, bukan engineer design kamera ataupun photographer yang guna kamera tu sepenuh hati. Manfaatkan internet connection anda dengan mencari bahan bacaan yang memberi informasi tepat mengenai kamera...

"Mirrorless takde shutter count kan?" Aaargh! Kamu orang sila share post ni, panggil ramai-ramai follow page APKINS Photography, nanti kita basuh pelan-pelan. haha

Monday, 13 July 2015

ELAKKAN BELI KAMERA DI LOWYAT, BELI DI KEDAI-KEDAI INI

gambar hiasan kedai kamera di korea ;-)

Selalu kalau saya pergi beli barang komputer di lowyat, selalu nampak kumpulan remaja dan gadis-gadis beli kamera di lowyat. Kesian kat diorang, risiko besar kena sembelih dan dapat kamera yang warranty tak laku.

APAKAH GREY SET/AP SET & OFFICIAL WARRANTY?

AP set dalam dunia smartphone agak kompleks, tapi saya boleh explain Grey Set. Grey set ni adalah kamera yang diimport oleh syarikat yang bukan authorized seller. Kamera macam ni juga dipanggil 'import set'. Official warranty pula ialah kamera yang dijual olerh authorized seller, biasanya dengan perkataan 'Nikon Malaysia set' atau 'Canon Malaysia 1 year + 3 months warranty'.

Kamera Grey set tu biasanya dijual lagi murah dari kamera dengan official warranty sebab official warranty boleh hantar repair di semua authorized service center seluruh negara, dan biasanya seluruh dunia juga. Kamera Grey set susah sikit, apa-apa pun kena hantar balik kat kedai yang menjual. Kalau kedai tu kedai yang bagus, dia ada servis repair sendiri. Kalau setakat gerai tepi escalator je, dia nak repair macam mana? Dahla masa beli dulu harga kena sembelih, sini timbul masalah lagi.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak.

NAK TAHU HARGA OFFICIAL SEDUNIA?

Sebelum beli kalau nak research harga official sedunia, rujuk BH Photo, kedai kamera besar giler di New York. Harga di US tu dalam US Dollar, tapi guna google search, taip je 'USD1800 in MYR' dan google akan convertkan ke Ringgit Malaysia. dari situ kita tahu harga official barang tu.

Bila nak beli, selongkarlah website-website yang saya berikan ini untuk bandingkan harga, tambang nak pergi ke kedai atau postage semua tu. Belilah kamera di kedai-kedai yang rakan penggemar fotografi selalu rekemen yang saya akan senaraikan di bawah ini...


Nak beli kamera baru dengan warranty official, rujuk;

1) YL Camera, (Pudu Plaza, KL)
website: http://www.ylcamera.com.my/
facebook: YL Camera -atau- The Camera-Pro Shop (YL Camera)​

2) KL DSLR (SS2 Petaling Jaya)
website: http://kldslr.com/
facebook: KL Used Camera and Lenses​

3) Shashinki - kalau dia kata official warranty dia akan beritahu. kalau import, means warranty kedai shashinki sendiri.
website: http://shashinki.com/shop/
facebook: ShaShinKi

Kedai yang saya sebutkan di atas ada juga kamera terpakai, tapi boleh juga rujuk seller yang khusus menjual kamera terpakai ini;

4) Gajetdijepun (Sentul, KL)
website: http://gajetdijepun.blogspot.com/
facebook: gajetdijepun​

5) Cipta Anggun (Kuantan)
facebook: CIPTA Anggun Used Camera and Lenses​

Nak shopping advanced accessories, studio photography equipment, rujuk mereka ini;

6) Digicolor (Mutiara Complex, Jalan Ipoh, KL)
website: http://www.dgcoloronline.com/
facebook: Digicolor Online

7) Famecherry (Cheras)
website: http://famecherry.com/
facebook: FAME CHeRRy

8) GStrapInUse (Millennium Square PJ)
website: http://www.gstrapinuse.com/
facebook: www.GstrapInUse.com

Oklah, since ada juga yang melayan mobile/smartphone photography, jemput shopping smartphone dengan mereka ini yang beri harga yang reliable, dan biasanya ada official warranty;

9) DirectD (Subang Jaya & PJ)
website: http://www.directd.com.my/
facebook: Directd

10) Satu Gadjet (Cheras)
website: http://www.satugadget.com.my/
facebook: Satu Gadjet Dot Com

Happy shopping, jangan segan nak contact saya kalau nak tanya apa-apa. Link untuk contact saya ada di tabs atas blog ini. Jangan lupa share post ini okay!

Tuesday, 7 July 2015

BIZ - PENIAGA MELAYU, BANTULAH PENIAGA MELAYU LAIN

TAKNAK BELI, NAK RESEPI JE

Terbaca status orang share pasal cerita pengusaha kek coklat dihubungi orang yang taknak beli, cuma mintak resepi kek je. Pernah jugak ada seorang peniaga hubungi saya tanya kamera apa yang nak beli untuk shoot produk. Dia kata nak upah photographer mahal, dia nak tangkap gambar sendiri. Saya bagitau realiti as it is.

Saya kata kamera apa pun boleh, yang penting cari background yang solid, contohnya kain putih yang tak distracting. Lighting kena letak di tempat yang sesuai, soft dan diffuses untuk elak harsh shadows. Kalau tak dapat, boleh guna long exposure dan light painting technique. Penting juga shoot RAW untuk elakkan color cast dan adjust whites and blacks secukupnya untuk dapatkan clean look.

Dia yang asalnya cuma mengharapkan jawapan beli kamera dan terus selesai pun kata, "wah, susahnya."

Saya cuma cakap, "tak susah buat photographer yang dah spend masa yang lama untuk belajar semua itu. takpe, memang perkara biasa businessmen outsource benda yang susah dia nak buat dengan upah orang lain buat. macam tu lah bisnes."

Itu namanya basuh, apkins style.

Bukan apa, macam orang buat kek tu jugak. Berapa lama dia usaha belajar, jerih perih usaha dia pergi kelas memasak kita tak tahu. Nak mintak resepi rahsia dia senang-senang pulak hahaha.

Betul kita semua tak suka peniaga naikkan harga barang. Tapi sayangnya Melayu ramai berniaga services. Bukan barang. Barang bukan orang Melayu yang pegang. Peniaga services ni juga ada kos beli barang untuk berbisnes servis mereka. Upah yang mereka cas tu upah tenaga kerja dia je.

Ikhlas nak tolong Melayu? Help yourselves. Tak salah pun nak outsource benda-benda tak berkaitan bisnes anda seperti tangkap gambar produk kepada photographer tempatan, dan fokuskan tenaga, masa dan usaha anda kepada sales. Tambah dengan gambar yang cantik hasil photographer Insyaallah lebih menarik perhatian.

Macam ni guide saya. Kalau tak betul mohon betulkan. Anda nak gambar sahaja, tak perlu printing so murah je. Upah dalam RM300-RM500 is a good start. Take in factors seperti kos minyak dan upah personal si photographer nak datang ambik stok produk yang nak ditangkap gambar. Berapa banyak produk boleh shoot dan berapa banyak gambar boleh dia output tu Bagi la 20 produk contohnya dan each produk dia ambil 5 gambar contohnya. Anda dah dapat 100 gambar.

Deal dengan si photographer berapa banyak output dia boleh bagi berdasarkan kesempatan masa dia. Photographer boleh juga throw in extra free shot, #flatlay semua produk atas meja tunjuk lineup semua produk tadi tu.

Tak mahal nak upah photographer. Tak makan ribu macam shoot wedding pun. Well sebenarnya wedding tu harga ribuan sebab pakej masuk frame gambar, custom design album yang design guna software berbayar, hard cover, etc. Kos semua itu. Remember photographer peniaga servis, dia jual tenaga kerja dia je. Tak ambik untung besar mana pun. Nak wedding murah cari pakej basic takde segala tu. Ambik gambar, editing dan suruh dia hantar kedai print gambar saiz 4R. Siap. Mungkin kalau nak album, minta sticky album. Tak mahal pun. Walau upah photographer pun anda masih boleh ikut perkahwinan islamik on a budget yang viral di social media tu. Lagi baik ada gambar cantik untuk diviralkan dan diingati untuk anak cucu tengok daripada takde langsung.

BTW, nak lagi ganas, kalau anda punya business volume yang banyak, outsource sekali usaha marketing kat si photographer aka instagrammer. Dia yang bertanggungjawab uruskan sesebuah account social media. Inbox, kerenah customer semua dia layan. Bagitahu dia kita ada stok berapa banyak, dia cari sales merata tempat guna social media tu. Dia isi segala order dalam file excel, hantar ke peniaga. Peniaga barang fokus uruskan stok dan postage.

Bisnes berjaya haruslah ada team. Solat pun lagi elok berjemaah? Team tu bukan maksud dalam 'company' kita je, tapi termasuk partnership dengan 'company' lain yang menerima 'tender' outsourcing ini semua. Itulah cara melayu nak tolong melayu. Bukan MLM. haha.

Semoga berjaya bangsa rakan negaraku dalam perniagaan Insyaallah.

Monday, 6 July 2015

Canon 5D Classic - Berbaloikah?


Canon 5D (juga dipanggil 5D classic atau Mark One) antara kamera full frame digital yang Canon keluarkan pada tahun 2005. Dah 10 tahun umur dia. Masa dulu dia mahal, sekarang dalam RM1,500 je dah boleh dapat sebiji. Persoalannya, masihkah kamera ini berbaloi untuk kegunaan tahun 2015 dan keatas?

Berdasarkan pengalaman sendiri guna kamera ni, ini apa yang boleh saya katakan.

1) Sensor full frame 12 megapixel dia ada ISO range dari 100 ke 1600, expansion low ISO 50, dan expansion high ISO 3200. So in low light ada sedikit cabaran. Nak kena pakai lens f/2.8 or faster, kalau pakai lens slow apertures, elakkan saja shoot malam. Kamera APSC zaman sekarang naik sampai ISO 12,800 keatas. Walaupun noisy, tapi option itu ada di situasi memerlukan.

2) Focusing system 9 AF points, tengah je cross type. Tambah lagi dengan burst 3 fps dan ISO yang tak boleh naik tinggi sangat, kamera ni sah-sah bukan untuk sports yang serius. Hobi boleh lah.

3) Skrin LCD belakang kamera tu memang rubbish. Nak tengok gambar, nak check gambar punya exposure betul ke tidak pun payah. Ada haritu pinjam 5D classic kawan, dia suka pakai spot metering, sedangkan saya suka center weight atau evaluative terus sebab nak suruh kamera meter the whole frame dan saya ada teknik exposure compensation sendiri dalam kepala. Selamba je shoot sebab metering dalam kamera cakap exposure betul, tengok kat skrin pun exposure ok. Dah habis shoot tengok gambar kat komputer, semua gelap underexposed. So, rear LCD, rubbish. Set metering anda betul-betul, jaga exposure meter elok-elok dan abaikan LCD screen. 

4) Focus accuracy dia tak berapa elok sebab focusing system dia sangat basic. Mash half press shutter button tu berulang kali, baru ambik gambar. haha!

5) RAW files dia kalau kita tarik, shadow dan highlight recovery dia tak berapa respon sangat. Peminat single RAW HDR, anda akan kecewa sikit. Sila kembali ke teknik klasik exposure bracketing.


Ok, masuk recommendations. Oleh kerana kamera ni sekarang dah boleh dibeli used di harga sekitar RM1,500, ramai orang nak tahu berbaloi ke tidak nak pakai kamera ni kat 2015.

1) Harus diakui sensor full frame ada '35mm look' yang unik terutamanya bila pasang lens f/1.4 or faster. Kalau nakkan kamera full frame sampaikan tangan ketar-ketar, hidung berair, mata merah kalau tak dapat pegang full frame, boleh beli 5D classic.

2) Kalau mahukan kamera DSLR nak buat travel, jalan-jalan, 5D classic ni berat. Cari 550D used, boleh dapat separuh harga kamera 5D classic ni used. Lagi murah, lagi ringan nak bawak merata. Atau beli model lebih latest dengan APSC sensor yang lebih elok, yang ISO boleh naik tinggi-tinggi. Better yet, beli mirrorless.

3) Pro use? Wedding? Kurang digalakkan sebab kamera lama lebih tinggi chance untuk mechanism failure tengah shoot job. Kalau takde backup time failure berlaku, mampus ko. Nak guna 5D ni boleh je, tapi pastikan ada backup. Selain itu kalau mampu, primary cari 5D Mark II ke, 6D lagi baik. Pro kan kaya.

Allright, rujuk top tabs untuk lebih banyak artikel dan nak contact saya pun ada di tabs atas website ini. Jangan lupa share. Okbai.



Wednesday, 1 July 2015

ANDA AKAN KAGUM DENGAN PORTRAIT LENS INI

kenal tak siapa ni? inilah Ejad Fotopoyo!
potret gadis juga best
pokok semua tukar jadi smooth bokeh!
tengok bokeh belakang tu smooth je
tengok bokeh tu...
sila tabah dengan kebokehan dia tu...

nak shoot futsal pun boleh (masuk gelanggang la sikit)
indoor sports pun boleh! TIPS PANTAS SPORTS

Lens yang akan dibincangkan dalam artikel kali ini ialah Canon EF 85mm f/1.8 USM. Lens ni lens mid-range yang dah lama, sejak zaman 1990-an. Pengguna Nikon pun ada Nikon 85mm f/1.8G yang lebih kurang bagus jugak. Mari kita bincangkan pasal lens Canon ni dulu.




1. Fungsi
Lens 85mm f/1.8 ni ada aperture f/1.8 untuk kaki bokeh dan shallow depth of field. Digabungkan dengan focal length short telephoto 85mm tu, depth of field dia memang nipis dan background jadi smooth berkrim gaussian blur.

Walaupun kat tajuk saya tulis portrait lens, saya juga dah tunjukkan di atas yang lens ini boleh guna untuk macam-macam benda lain. Kita punya lens, kita punya suka la mau guna macam mana. Takde undang-undang. Lens wide, kena shoot landscape je benda lain tak boleh. Mana ada!

Lens ni punya focal length bukan sahaja menentukan berapa banyak zoom yang kita ada, dia tentukan working distance iaitu jarak antara kita dengan subjek dan juga lens distortion and compression. Wide angle ada distortion wide angle dia, tapi lens 50mm keatas akan ada compression. Makin panjang makin dia compress. Biasanya focal length 85mm dan 135mm jadi kegemaran ramai orang sebab compression ini yang buatkan orang nampak slim sikit. Efek compression ini boleh tengok di gambar di bawah, guna 50mm gambar nampak ala biasa je, guna 85mm slim sikit. Orang yang sama je.



2. Build quality

Ada orang suka zoom 70-200mm f/2.8 untuk shoot portrait sebab versatility lens tu. Tapi lens tu berat dan max aperture sampai f/2.8. Lens kecik ni one stop faster at f/1.8.

Lens ni mostly plastik, filter thread pun plastik. Nasib baik lens mount besi yang tak cepat haus kalau selalu cabut dan pasang. Takpe, yang penting ringan. 425g je compare to lens 70-200 2.8 sekilo lebih, lens sahaja belum masuk body.

Lens ni jugak sebab dia mid range dia ada ring USM motor yang sedap. Senyap, laju sampai saya boleh shoot futsal sama lens ni. Ring USM pun datang sekali dengan focus distance window dan manual focus override. Secara jujurnya taktau kenapa orang selalu pentingkan manual focus override ni, katanya nak manual focus tanpa perlu switch AF toggle tepi lens tu ke MF. Personally kalau nak pakai manual focus aku rekemen beli lens manual macam Samyang 85mm f/1.4 atau Zeiss Planar 85mm f/1.4 sebab lens autofocus ni focus throw dia pendek, jadi bila pusing focusing ring, focus plane laju je bergerak, susah nak manual focus accurately.

metal mount, yang lain semua plastik.
high quality plastik btw.


3. Optical Quality

Sebab lens ni bukan design yang moden, ia taklah sharp sangat atau ada detail resolving power hebat-hebat macam king dalam lineup Canon 135mm f/2L tu. Kalau nak sharp habis lepas tu habiskan masa depan komputer bersihkan jerawat subjek belilah lens itu yang lebih mahal. Lens ni orang misken aje, sedar diri siket.

Wide open ia cukup-cukup sharp je dan ada purple serta green fringing yang agak obvious. Senang je nak hilangkan color fringing masa post process kat Lightroom. Stop down ke f/2.8 lens ni sharp sungguh. Kalau nak bandingkan dengan Canon 70-200mm f/2.8L USM, lens tu lagi banyak contrast dan boleh kata lagi baik dari lens ni kat f/2.8. L lah pulak. Tapi lens ni 1/3 dari harga lens L tu, ringan dan boleh tahan sharp. Apa lagi mau?

Tapi orang akan tanya, apa beza lens ni dengan Canon 50mm f/1.8 II atau Canon 50mm f/1.4 USM? Mereka kalah. Lens Canon 85mm f/1.8 USM ni jugak menang in terms of kejahatan details dan compression untuk portraits. Trust me.

kecik je lens ni...

4. Harga & Value For Money

Kalau lens terpakai aka used. lebih kurang RM1000, kadang lebih, kadang kurang bergantung kat kondisi lens tu sendiri. Kalau korang portrait shooter nak mencari lens 85mm untuk DSLR Canon korang, look no further. Lens ni memang value for money sungguh.


5. Recommendations

85mm terutamanya kat APSC 1.6x crop Canon yang jadikan lens ni lebih kurang 136mm, lens ni sangat zoom in. Kalau nak cari walk around prime lens, elakkan lens medium telephoto ini tapi cari lens seperti Canon EF-S 24mm f/2.8 STM, Canon EF 40mm f/2.8 STM, apa-apa la wide standard focal lengths seperti 24mm, 35mm, dan 50mm. Lens 85mm ni untuk portrait shooters yang memang serius shoot portraits.

Selain lens ini, ada je lens seperti Canon EF 70-200mm f/2.8L USM, Canon EF 135mm f/2L, dan Canon 85mm f/1.2L USM yang harganya tiga empat kali ganda dari lens 85mm ni. Barang baik memanglah mahal. Kalau mau sesuatu yang lebih baik dari ini, memang yang tu la. (Meracun: Top banner atas sekali website ni, tangkap guna Canon 85mm f/1.2L lah tu.)

Third party ada Sigma 85mm f/1.4 HSM yang bagus tapi mahal, ada yang report focus inconsistency. Selain itu ada budget option seperti Samyang 85mm f/1.4 manual lens. Itu lens manual focus. bagus jugak kalau pandai manual focus.

Kalau nak habis baik lagi, beli Zeiss Otus 85mm f/1.4. Zeiss Otus, optical perfection. harga adalah dalam RM17,000.00 je.

Kita orang yang tak berapa kaya ni pakai lens Canon EF 85mm f/1.8 USM ni pun dah kira sedap dah. ;-)

Mau baca review atau artikel lain lagi rujuk lah tabs diatas website ini. Anything else, contact saya di facebook, ada di tabs juga. Jangan lupa share artikel ini jika artikel ni best. See ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...