Monday, 31 August 2015

Apa yang anda perlu tahu mengenai ISO

sensor Sony A7 oleh eoshd.com

Definisi mudah ISO

ISO senang diceritakan sebagai tahap sensitiviti sensor kita kepada cahaya. Sebagai pengguna kamera kita hanya perlu tahu yang semakin tinggi nilai ISO yang kita gunakan, lebih banyak cahaya direkodkan ke atas gambar. Nilai ISO paling rendah, atau 'base ISO' berbeza mengikut kamera. Ada yang bermula dari ISO 100, ada yang bermula ISO 200. dan ia akan meningkat sampai tinggi-tinggi ikut kemampuan kamera itu. Kamera kita biasanya ada 'native' ISO range dengan gandaan dua kali ganda seperti di bawah;

.... ISO 100 - ISO 200 - ISO 400 - ISO 800 - ISO 1600 - ISO 3200 - ISO 6400 - ISO 12800 ....

Efek ISO saya tunjukkan dalam gambar ini;




Berapa tinggi boleh kita pergi?

Ada orang ingat gambar yang terang itu bagus. Tak semestinya macam tu. Kalau cahaya cukup nak guna ISO 100, buat apa guna ISO 1600, habis putih semua sebab 'overexposure'. Selain tu, lagi tinggi ISO, lagi banyak 'noise' atau 'grain' yang kita dapat. So kalau taknak gambar grainy dan noisy kenalah guna cukup-cukup ikut keperluan.




Kenapa High ISO banyak noise?

Macam ni ceritanya. Tugas sensor kan menerima signal cahaya dan tukarkannya jadi signal elektrik untuk dijadikan gambar digital. Disebabkan color filter, sensor menerima cahaya sebagai signal Red, Green, dan Blue (RGB).

Sensor tu chip yang ada arus elektrik mengalir di dalamnya, arus tu menghasilkan medan magnet di sekitar sensor. Cahaya pun ada medan magnet dia jugak. Bila cahaya lalu kat sensor, ada certain amount of cahaya ni akan terkena 'interference' dari dua medan magnet tu.

Bila cahaya banyak, signal yang diterima sensor pun banyak. Tapi interference sangat rendah berbanding signal yang diterima, so noise/grain tak berapa nampak dalam gambar.

Dalam keadaan low light, sensor menerima sikit je signal cahaya. Lepas tu kita alirkan lagi banyak arus elektrik untuk 'amplify' signal tu tadi supaya lebih dekat dengan exposure value yang kita mahukan dengan proses dinamakan 'exposure gain'. Pada masa yang sama interference tu pun akan kena amplify sekali, menghasilkan grain/noise yang nampak dalam gambar.


Now you know kenapa high ISO hasilkan banyak noise.



ISO Expansion

Sesetengah kamera ada ISO value tambahan dipanggil 'ISO expansion' yang diperolehi dengan processing, contohnya L1, L2, H1, H2 dsb. L1 bermaksud 'Low 1' yang bersamaan dengan separuh nilai base ISO, contohnya ISO 50. dan H1 pula 'High 1' yang bersamaan dengan dua kali nilai sebelumnya, contohnya ISO 25600. Dia berguna untuk beri nilai exposure yang lebih tepat dan expansion ini buat dengan software processing, bukan sensor.

Perbezaan antara ISO dengan nilai sebelahnya dipanggil 'one stop of light'. Ia unit untuk ukur jumlah kemasukan cahaya. Sesetengah kamera high end jugak ada nilai ISO dengan increments 1/3 stops, ia dilakukan dengan naik ke ISO seterusnya tapi gunakan 'negative gain' untuk kembali ke 1/3 stops sebelumnya. Jadi kat menu kamera jadi macam ni;

L1 - ISO 100 - ISO 125 - ISO 160 - ISO 200 - ISO 250 - ISO 320 - ISO 400 ... ... H1 - H2

contoh menu ISO Canon 7D Mark II oleh Canon USA.

Ada orang kata lagi bagus guna native ISO contohnya 100, 200, 400, tapi kalau dah setting ni ada, dan nak pakai untuk dapatkan exposure yang tepat, pakai je.

TIP: Technicolor buat kajian dan dapati Canon DSLR paling sikit noise dalam ISO settings dengan increment 160. Kalau shoot video pakai Canon, gunalah ISO 160, 320, 640 dan ISO lain dalam gandaan itu.



Masalah dengan noise reduction

Setiap pembuat kamera ada dia punya noise reduction (NR) algorithm sendiri yang mengurangkan grain/noise dan cuba balance dengan kekalkan details pada masa yang sama. Kalau dia punya algorithm bagus, dia buang noise tapi masih kekalkan detail. Yang menyakitkan hati ialah bila dia buang jugak details. Noise reduction biasanya hanya beri efek kat gambar JPEG, kat RAW tak ada kesan.

Saya ada perasan yang Sony punya noise reduction algortihm buang boleh tahan banyak details. Jadi ada masanya, saya offkan saja setting 'high ISO NR'. Sila lah ber-eksperimen dengan kamera anda. Kalau perasan perbezaan offkan NR improve lagi kualiti JPEG, offkan lah. Kalau elok je, lagi baik biarkan. Lagi sedap naik high ISO dengan kurang noise kat JPEGs.



So bila nak tukar ISO?

Bila situasi yang cukup cahayanya, guna ISO 100 atau 200 pun dah cukup;


Bila situasinya gelap, kita perlukan exposure gain, gunakan ISO tinggi seperti ISO 1600 atau 3200;


Kalau kita letak kamera atas tripod, nak buat long exposure, gunalah ISO yang rendah seperti ISO 100;


Kalau kita ambil gambar sports photography, perlukan shutter speed yang tinggi untuk bekukan pergerakan di kawasan cahaya malap, gunakan ISO tinggi seperti 3200 atau 6400;


Semoga artikel ini membantu sedikit sebanyak pasal ISO. jangan lupa share kat kawan-kawan ye? anything contact saya guna tabs atas page ni. 

Friday, 28 August 2015

Update Terbaru Instagram Tinggalkan Square Format

Dulu bila nak upload gambar ke instagram mesti nak kena crop jadi square, keluarkan elemen penting dalam gambar dan keluarkan orang dari group shots. Ada orang guna app tambah warna putih atau hitam atas gambar.

Update terbaru instagram kini support gambar selain daripada format square. Saya dapati untuk gambar horizontal, uploadlah gambar dengan format berapa sekalipun. Tapi untuk gambar vertical, limit dia ialah 5x4.

Apa pendapat anda tentang update terbaru instagram ini?

Canon Baru Umumkan Lens Baru! Canon 35mm f/1.4L II USM

Mungkin tak ramai yang akan kisah pasal apa yang Canon buat. Saya sendiri sebagai peminat Canon agak kecewa sebab tak ada langsung benda baru yang diorang buat. Tapi hari ni dia keluarkan update kepada lens 35mm f/1.4 dia yang dah tua tu, memperkenalkan Canon 35mm f/1.4L II USM baru!


Canon kata lens baru ni datang dengan teknologi Blue Spectrum Refractive Optics (BR Optics) yang baru, yang menggunakan organic material dalam lens tu untuk mengurangkan chromatic aberrations, menjanjikan gambar yang lagi sharp.


Lens ni juga datang dengan design 14 elements in 11 groups, two aspherical elements, one UD element, Canon punya SWC coating untuk melawan flare dan ghosting, minimum focusing distance 0.28m, maximum magnification 0.21x, USM focusing motor yang pantas dan senyap, 9-blade circular aperture, full time mechanical manual focusing (dalam AF mode pun boleh), 72mm filter thread, lebih weather resistance menahan habuk dan percikan air, dan fluorine coating Canon yang famous menolak segala minyak cap jari dari lens.


Lens Canon EF 35mm f/1.4L II USM baru ni akan mula dikeluarkan pada oktober ini dengan harga USD 1,799 atau lebih kurang RM7,531. Phew.

Teringin sangat nak tahu macam mana lens Canon baru ni bila dilawan sama lens Sigma 35mm f/1.4 ART yang famous tu. Kita tungguuu...

Thursday, 27 August 2015

Lagi Banyak Megapixel, Lagi Bagus?

"Kamera ni lagi banyak megapixel so dia lagi bagus" kata penjual kamera.


Suka hati kamulah nak kata apa. Megapixel cuma ukuran berapa saiz resolusi gambar maksimum yang mampu dihasilkan oleh sensor kamera. Banyak sangat parameters lain menentukan kualiti gambar. Bukan megapixel. Cara penerangan yang lagi mudah ialah; kamera yang boleh tangkap gambar resolusi 3 megapixel boleh hasilkan gambar yang boleh diprint saiz A4. Lagi tinggi megapixel, lagi besar saiz gambar yang boleh kita print.

Sebab print size inilah ramai yang kata apa-apa resolusi di atas 10 megapixel sudah dikira cukup. Tapi megapixel war tak pernah meninggalkan dunia kamera.

Dulu Nikon dengan D3s dan D700 yang guna 12 megapixel, kita ingatkan itulah resolusi yang cukup. Canon nampak akan potensi market resolusi megapixel yang lebih tinggi dia pun keluarkan Canon 5D Mark II dengan 21 megapixel dan ia dijual dengan terlajak larisnya ditambah lagi dengan kemampuan video full HD 1080p yang unik pada masa itu.

Nikon users bertahun-tahun membahan Canon users kata Nikon tak main megapixel war yang meaningless ni.

Nikon senyap kejap. Tapi Nikon dan Sony dalam diam ubi berisi, diorang berkerjasama hasilkan sensor dan kamera resolusi tinggi. Tau-tau keluar Nikon D800e, kamera dengan sensor 36 megapixel buatan Sony - megapixel count yang biasanya hanya didapati dalam market kamera medium format. Tambah lagi pulak D800e tu gunakan teknologi baru yang cancel effects Anti-Aliasing (AA) filter untuk menaikkan lagi tahap detail yang mampu ditangkap.

Tak lama kemudian Sony pulak keluarkan Sony A7R yang datang dengan sensor 36 megapixel sama, tanpa AA filter untuk detail capturing power yang maksimum, dan Nikon refresh D800e tu jadi D810 tanpa AA filter.

Canon takmau kalah dia pun join the party dengan kamera 5DS dan 5DSR dengan 50 megapixel.

AA filter?
Anti Aliasing filter ni berfungsi nak mengurangkan Aliasing, iaitu fake patterns yang muncul apabila pixels tak mampu nak resolve fine patterned details seperti corak berulang-ulang atap atau tingkap bangunan. Bila aliasing muncul ia memang buruk. Tapi kalau guna AA filter ia mengorbankan resolusi dan sharpness. Buang AA filter boleh dapat maksimum resolusi dan sharpness dengan risiko aliasing. Ok, selesai part tu.

Kelebihan Resolusi Tinggi
- Boleh print saiz besar. Obviously.
- Lebih banyak details yang boleh ditangkap. Dengan satu frame RAW file je kita boleh zoom in (digitally) dan tarik information yang banyak.
- Shoot first, compose later. Dengan cropping kita boleh recompose gambar yang diambil dengan lagi cantik.
- Gambar 36 megapixel yang ditangkap secara horizontal, kalau kita crop jadikan vertical masih boleh dapat lebih kurang 12 megapixel yang masih boleh dikira tinggi resolusinya!
- Kamera resolusi tinggi ini sangat berguna untuk genre studio, landscape, product, macro, food, dsb dimana penggunanya banyak guna kamera ni atas stand yang stabil.

tengoklah detail boleh nampak dari sensor 24 megapixel

Kelemahan Resolusi Tinggi
- High resolution sensors perlukan lens dengan high detail resolving power yang mahal. Letak lens lama contohnya Nikkor 50mm f/1.8D kat D700 yang cuma 12 megapixel apabila kita zoom in kat 100% to pixel level, zoom in sikit je. Kalau letak kat D810 yang ada 3x ganda resolusi dari tadi, zoom in 100% akan zoom in 3x ganda. So segala kelemahan lens lagi nampak.

- High resolution cameras lebih mencabar untuk digunakan handheld. Sebab zoom in 100% pixel level dia lebih mendalam, gegar sikit je dah nampak sangat dah.

- Bila semakin banyak megapixel dalam satu unit area, semakin berkurang lah saiz individual pixel dan kemampuan dia untuk mengumpul cahaya. Sebab itulah kat high ISO kamera megapixel tinggi akan suffer sikit.

- Atas sebab susah nak guna handheld dan high ISO tu kamera resolusi tinggi kena guna dengan elok untuk kegunaan genre seperti event work, weddings, photojournalism, etc. Bukan tak boleh, kena guna dengan elok contohnya gunakan shutter speed yang sesuai in respect to movements of subject dan camera shake, serta in bad light, sila add light.

Apa kata anda pulak? Minat ke kamera megapixel tinggi? Jangan segan nak share artikel ini di semua social media anda...

Wednesday, 26 August 2015

Wedding Fazira & Ariff 15/8/2015

First of all, saya bukan pro wedding shooter! Sepupu sendiri kahwin, dia dah upah OP sendiri, saje join in ambik gambar sikit-sikit. Takde dapat duit pon! (Kalau dapat sedap gak kan? haha!) Gear yang dibawa ialah Sony A7 dengan Sony FE 28-70 FE OSS, Canon FDn 50mm f/1.4 manual lens dan Yongnuo YN-560 IV manual speedlight.

Upacara pernikahan buat dalam surau yang ada tingkap besar. Natural light bleed in dari kini dan kanan so speedlight tak berapa perlu lagi kat sini.


First takut nak silang orang lain untuk dapatkan angle bagus, so senget sikit.



Selepas beberapa shots, 'mood' nak tangkap gambar datang dan time tu menyelit jelah ambik gambar. Speedlight pun keluar. Set power ke 1/32th power je sebab nak bounce siling rendah saje. Terang sangat jadi kilat terkejut pokcik mokcik.


Tok Kadi ada kuiz dulu sebelum mulakan pernikahan... Nasib baik soalan senang.





Ok masa nak mulakan acara.



Inilah mas kahwin nya... Gelang ni ada la harga lens mid range sehelai...



Sekali lafaz je selesai.



Dah jadi isteri orang dah sepupu ni...



Gambar solat sunat lepas akad nikah ni, ada orang ambik gambar dari belakang sebab taknak nampak kerusi dan tetamu kat luar. Tapi aku fikir, gambar punggung buat apa... Maka aku ambik jugak dari tepi. Masa editing guna exposure brush overexposekan segala benda kat luar tu untuk bagi kurang terserlah sangat. Bijok tak? Puji la sikit...


Diorang malu-malu lagi nak sarungkan cincin...



Jap gambar hantaran sekejap.




OP yang posingkan diorang. Kita sailang jelah. Berbackgroundkan dinding depan masjid dengan soft window light dari kanan. Pandai OP ni.


Amik la gambar ibu bapa sekali...


Gambar dengan keluarga, dengan tetamu, dulang girls/boys etc semua tu saya biar OP je ambik. Kemalasan kicks in hahaha.

Tengah harinya bersanding pulak...









Tau lah raja sehari...



Ring shot sikit...



Maka pengantin pun pergi makan beradab...


Tengok gambar ni baru teringat lupa ambik gambar kek. Haha!!

Orang lain pun nak menyibuk kat pelamin bila pengantin takde...




Eh nak gak masuk haha... Petang dah kemas semua majlis dah habis, OP dah balik, saje bukak hadiah. Time ni memang sedara mara je yang ada. OP takde gambar ni. Yess! Hahaha.


Dalam banyak-banyak hadiah ni cuba korang teka si lelaki dapat hadiah apa?


Sedara mara semua ushar je pengantin perempuan dapat oven, set pinggan, coffee maker macam-macam ler barang dapur...


Lelaki dapat helmet. Ok la ada gak la satu....


Maka lepas itu speedlight pun habis baterinya. Selesai sudah majlis. Dan mereka pun bergumbira fovera aftar...

So, how did I do? Ok tak gambarnya? Shoot wedding ni ok jugak rupanya. Tapi kalau serius kena rajin la. Kalau malas banyak shot terlepas haha. Lupa pulak nak cakap, nak pakai mirrorless shoot wedding bateri mesti banyak tau...

Report pengalaman shoot wedding yang lebih gear specific ada ditulis kat Sony A7 Wedding Report. Check it out.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...