Thursday, 20 August 2015

7 LENS CANON YANG BERBALOI UNTUK DICUBA!

Tahniah sebab dah beli kamera DSLR Canon korang. So, korang mencari lens Canon yang berbaloi untuk dibeli? Post ini ditulis khas untuk anda yang mencari lens yang beri best value; harganya mestilah mampu milik tapi hasil gambarnya lebih baik daripada harga yang dibayar.

(kalau ada ayat yang tak faham jangan segan nak contact saya di facebook melalui tab 'Contact Me' di atas.)
1) Canon EF 50mm f/1.8 STM
Kegunaan:
Lens ni adalah versi baru daripada lens yang famous dipanggil 'Nifty Fifty' atau 'Fantastic Plastic'. Lens 50mm memang kegemaran pengguna full frame (Canon 6D, Canon 5D series) sebab field of view dia yang 'normal', lens tu sendiri kecil dan ringan, serta bukaan aperture f/1.8 yang besar. Kalau dipasang kat kamera APSC (70D, 700D, 100D etc) dengan crop factor 1.6x, field of view jadi macam lens 80mm yang sesuai digunakan untuk portraits. Aperture f/1.8 yang besar dan lens prime (fixed focal length, tak boleh zoom) juga boleh mengajar kita banyak tentang fotografi. Terutamanya nak main efek background blur iaitu depth of field dan juga tanpa zoom fikirkan apa yang perlu masuk dalam frame gambar atau keluarkan dari frame gambar yang dipanggil framing.

Kelebihan:
Lens versi lama tu memang terkenal sebab ia menawarkan optics yang bagus dengan beberapa pengorbanan benda lain seperti 5 aperture blades je yang buatkan bokeh balls kurang lawa, lens mount plastik yang haus kalau banyak kali cabut dan pasang, serta focusing motor yang bising. Lens versi baru ni walaupun guna optical design yang sama, dia selesaikan masalah tu dengan 7 aperture blades, lens mount besi, stepping motor yang senyap, serta lens coatings yang menjanjikan contrast dan image quality yang baik sikit dari versi lama. Dengan berat cuma 160 gram dan harganya yang super mampu milik, lens ini takkan 'membebankan' anda.

Kelemahan:
Possible drawbacks ialah, APSC users mungkin akan rasa focal length 50mm kat kamera mereka tu sempit untuk jadi 'walk around lens'. Takpe, ada lens dalam list ni yang akan selesaikan isu itu. Selain tu, stepping motor tu kalau rosak kita nak manual focus pun tak boleh sebab focusing ring tak directly coupled dengan lens element seperti lens manual focus. Pusing focusing ring tu hanya sebagai alat nak beritahu kamera untuk gerakkan fokus dengan perlahan. Tapi fikir positif, teknologi stepping motor dan 'focus by wire' ni lah yang membuatkan focusing motor yang senyap dan murah. Harga dia pun taklah mahal. Rosak stepping motor, beli baru je.

Canon EF 50mm f/1.8 STM dijual pada harga sekitar RM450 brand new Canon Malaysia warranty, memang berbaloi nak dibeli walau brand new.
2) Canon EF 40mm f/2.8 STM
Kegunaan:
Lens ni adalah lens pancake pertama keluaran Canon. Dipanggil pancake sebab ia kecil dan ringan. Nanti jumpa makcik pakcik ada la yang menjerit "alahai kuitnye lens dia!" Lens 40mm tak jauh dari 50mm memang sesuai sangat untuk pengguna full frame (Canon 6D, Canon 5D series) buat lens walk around sebab field of view dia yang 'normal'. Tambah dengan saiz dia super kecik dan ringan lens ni macam body cap, mustahil lah ditinggalkan kat rumah sebab 'berat' ke apa. Bukaan aperture dia f/2.8 masih dikira ok, takkan ada banyak masalah dalam situasi low light. Kalau dipasang kat kamera APSC (70D, 700D, 100D etc) dengan crop factor 1.6x, field of view jadi macam lens 64mm. Meh. Keep calm dan sambung lagi baca sebab Canon ada buatkan pancake lain khas untuk korang pengguna APSC.

Kelebihan:
Lens dengan aperture f/2.8, metal mount, stepping motor yang senyap, 130 grams je, saiz macam body cap, harga mampu milik. Optical performance pun cantik. Apa lagi mau?

Kelemahan:
APSC users elakkan je lens ni. Ada lens pancake lain yang lebih sesuai untuk korang. Sebab nak isi ruang ni, tulis la lens ni takde Image Stabilizer. Benda tu penting kalau ambik video handheld atau low light. Tapi aperture besar f/1.8 f/2.8 tak payah pun takpe. Nak video gunalah monopod lagi stabil. Kelemahan stepping motor seperti dibincangkan di atas tadi.

Pada masa artikel ini ditulis, Canon EF 40mm f/2.8 STM dijual pada harga sekitar RM710 brand new Canon Malaysia warranty, memang berbaloi nak dibeli brand new. Kalau nak cari used lagi lah murah.
3) Canon EF-S 24mm f/2.8 STM
Kegunaan:
Lens ni adalah lens pancake untuk APSC pertama keluaran Canon. Lens ni lens EF-S jadi tak boleh nak dipasang kat kamera full frame (Canon 6D, Canon 5D series), lagipun Canon 40mm pancake tu fungsinya sama je untuk full frame. Dipasang kat kamera APSC (70D, 700D, 100D etc) dengan crop factor 1.6x, field of view jadi macam lens 40mm. Dengan saiznya yang kecik, memang perfect untuk kamera entry level 100D ke, 700D ke untuk buat walk around lens. Guna lens ni ambik semua gambar pun boleh, tak payah pakai lens lain dah.

Kelebihan:
24mm sangat best buat walk around lens kat APSC, lens dengan aperture f/2.8, metal mount, stepping motor yang senyap, 120 grams je, saiz macam body cap, harga mampu milik. Optical performance pun cun. Apa lagi mau?

Kelemahan:
APSC users je boleh pakai. Full frame sila cari lens lain. Sebab nak isi ruang ni, tulis la lens ni takde Image Stabilizer. Dan juga kelemahan stepping motor seperti dibincangkan di atas tadi.

Pada masa artikel ini ditulis, Canon EF 40mm f/2.8 STM dijual pada harga sekitar RM509 brand new Canon Malaysia warranty, memang berbaloi nak dibeli brand new.

4) Canon EF-S 10-18mm f/4.5-5.6 IS STM
Kegunaan:
Lens ni adalah lens ultra wide rectilinear untuk APSC paling murah Canon. Lens ni bukan lens curvilinear a.k.a fisheye yang buatkan segalanya membulat. Lens rectilinear masih kekalkan straight lines. Lens ni lens EF-S jadi tak boleh nak dipasang kat kamera full frame (Canon 6D, Canon 5D series). Dipasang kat kamera APSC (70D, 700D, 100D etc) 10mm tu memang wide, best untuk event work dan landscapes yang unik dengan wide angle distortion. Saiznya tak besar sangat, dan untuk ultra wide memang ringan giler.

Kelebihan:
Ultra wide angle lens Canon paling murah dalam pasaran! image stabilizer, stepping motor yang senyap, ringan, 240grams je, harga mampu milik.

Kelemahan:
EF-S lens, APSC users je boleh pakai. Full frame sila cari lens lain. Lens mount tu plastik so kalau banyak sangat cabut letak kat kamera nanti haus. Ala, harga dia camtu boleh dimaafkan lah. Selain tu max aperture dia cuma f/4.5. Kalau minat buat wide angle astrophotography atau gambar milky way wide angle, dia bagus pakai lens f/2.8, so lens ni susah sikit. Sila cari Tokina 11-16mm f/2.8 atau Samyang 14mm f/2.8 manual lens. Tapi untuk landscapes, kita pakai f/8 f/16 so tak kisah sangat.

Untuk kegunaan landscaper serius yang pakai hyperfocal focusing, lens ni tak ada focusing distance scale yang tunjukkan focus distance, serta manual focus ring yang tak directly coupled dengan element, payah. Sila lah cari Canon EF-S 10-22mm USM atau lens lain yang sewaktu dengannya.

Pada masa artikel ini ditulis, Canon EF-S 10-18mm STM dijual pada harga sekitar RM983 brand new Canon Malaysia warranty, memang berbaloi nak dibeli brand new!


5) Canon EF 85mm f/1.8 USM
Kegunaan:
Lens ni adalah lens fast aperture medium telephoto untuk Canon. Kegunaan focal length 85mm dan juga aperture f/1.8 tu ialah untuk portraits yang berbokeh! Nak pakai kat kamera full frame (Canon 6D, Canon 5D series) ke kamera APSC (70D, 700D, 100D etc) semua boleh. Focal length yang panjang sikit dari 50mm akan menghasilkan compression yang cantik kat manusia. Ambik gambar portraits orang, orang tu akan nampak lebih kurus sebab compression tu.

Kelebihan:
85mm compression cantik untuk portraiture, metal mount, 8 curved aperture blades, bokeh gaussian blur yang smooth giler, 425 gram masih boleh dikira ringan, ultrasonic ring motor (USM) yang fokus dengan pantas! Oh, lens ultrasonic ni focusing ring dia directly coupled dengan focusing element. Jadi bila dipusing, kita boleh ejas fokus secara manual. Kalau motor rosak, masih boleh pakai dengan manual focus.

Kelemahan:
Lens ni optical design yang dah lama, sejak zaman filem EOS dulu. Wide open soft dan banyak chromatic aberration dalam purple/green fringe di contrast edges. Berita baiknya ialah CA sangat mudah dibetulkan dalam RAW processing di komputer dan kalau kita stop down lens ni ke f/2.8 lens ni jadi lebih sharp, contrasty dan CA hampir hilang terus. Selain tu lens ni hasilkan depth of field yang sungguh nipis, kalau front/back focus nampak sangat. Pengetahuan nak buat AF micro adjust amat digalakkan kalau beli lens ni yang terpakai.

Pada masa artikel ini ditulis, Canon EF 85mm f/1.8 USM dijual pada harga sekitar RM1,387 brand new Canon Malaysia warranty. Kalau nak cari used sekitar RM800-1,000 boleh dapat. Trust me, lens kegemaran APKINS! Baca lagi pasal lens ni kat sini.


6) Canon EF 100mm f/2.8 Macro USM
Kegunaan:
Lens ni adalah lens macro mid range Canon. Kegunaan lens macro ialah nak fokus dekat-dekat sampai boleh reproduce objek 1:1. Focal length 100mm dan aperture f/2.8 tu buatkan working distance yang bagus untuk macro work. Sebab ni lens EF, nak pakai kat kamera full frame (Canon 6D, Canon 5D series) ke kamera APSC (70D, 700D, 100D etc) semua boleh. Pakai lens ni habis lah segala bunga dan serangga bakal jadi mangsa korang.

Kelebihan:
100mm working distance cantik untuk macro, internal focusing; takde lens yang bergerak keluar masuk bila focusing, metal mount, 8 aperture blades, 580 grams, ultrasonic ring motor (USM) yang fokus dengan pantas dengan full time manual override. Cun lah! Selain tu, 100mm f/2.8 masih boleh jadi portrait lens dengan background masih berbokeh serta compression yang cantik untuk buat orang nampak kurus.

Kelemahan:
Ada yang komplen macro ni tak boleh buat duit banyak, jadi tak boleh nak berbelanja besar nak beli lens. Siap suruh guna 50mm, terbalikkan, tambah extension tubes bagai. Itu kalau betul-betul budget boleh lah. Kalau cukup modal, beli lens ni untuk kegunaan macro pun cun. Lens macro biasanya sharp, so boleh jadi lens portrait jugak. Sambil melayan hobi macro sambil tu ambik gambar portrait orang kahwin. Roll balik modal, selesai masalah. ;-)

Pada masa artikel ini ditulis, Canon EF 100mm f/2.8 Macro USM dijual pada harga sekitar RM2,129 brand new Canon Malaysia warranty. Kalau pandai cari, used sekitar RM1000 boleh dapat.

7) Canon EF 70-200mm f/4 L USM
Kegunaan:
Satu-satunya lens L dalam list ni! Lens telephoto ni lens EF, nak pakai kat kamera full frame (Canon 6D, Canon 5D series) ke kamera APSC (70D, 700D, 100D etc) semua boleh. Lens telephoto ni macam-macma boleh guna. Travel, portrait, 200mm f/4 still boleh dapat background blur. Nak tembak landscape dari jauh pun lawa. Mana ada undang-undang kata landscape mesti wide. Dengan ring USM yang fokus laju, lens ni sangat cun dipakai bersama 7D/7D Mark II untuk outdoor sports photography.

Kelebihan:
Fluorite dan UD elements, image quality tahap L lens. internal focusing; takde lens yang bergerak keluar masuk bila focusing, metal mount, 8 aperture blades, 705 grams masih dikira ringan daripada 70-200 f/2.8 yang 1.5kg beratnya. Ring ultrasonic ring motor (USM) yang fokus dengan pantas dengan full time manual override. Lens putih orang nampak pro. ;-p

Kelemahan:
Lens telephoto ni pun tiada IS, mesti jaga shutter speed sendiri dengan elok untuk elakkan camera shake. Contohnya kat 200mm wajib guna shutter speed 1/200s atau lebih pantas dari itu. Lens ni punya max aperture f/4 tak menghasilkan background blur sebanyak f/2.8 untuk portraits. Selain tu untuk indoor sports, dengan lens f/2.8 kita boleh dapat 2x cahaya untuk shutter speed yang laju dengan nilai ISO yang lebih rendah. So, yeah, kalau korang penembak professional, f/2.8 itu ada tempatnya. f/4 ni untuk travel, layan genre itu ini sikit-sikit je. Tambah lagi, lens generasi ni bila dah lama pakai ada kes 'focus slippage', kalau kita halakan lens ni tepat ke atas atau ke bawah, autofocus bergerak macam nak taknak je. Manual focus pun nak taknak je bergerak. Ada kes focus slippage tu berlaku secara kekal dan kena hantar repair. So berjaga-jagalah kalau beli lens ni yang terpakai.

Pada masa artikel ini ditulis, Canon EF 70-200mm f/4 L USM dijual pada harga sekitar RM2,292 brand new Canon Malaysia warranty. Kalau pandai cari, used sekitar RM1500 boleh dapat.


Setuju tak dengan list 7 lens Canon paling berbaloi ni? Follow blog apkins untuk macam-macam cerita fotografi dan jangan lupa share!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...