Friday, 14 August 2015

Lindungi DSLR Anda Dari Fungus Dengan RM25! (DIY Dry Box)

Hanya dengan berbekalkan RM25, anda boleh lindungi kamera harga ribuan ringgit anda daripada fungus. Iaitu dengan membina dry box secara DIY.


Apa itu fungus?
Fungus ialah kulat yang tumbuh di permukaan lens dan sensor kamera. Selain menghalang transmisi cahaya, kulat itu makan optical coatings dan optical glass, menjadikan lens itu rosak. Sebab itu kalau nak beli lens terpakai orang akan periksa kalau ada fungus. Kalau ada, harga turun laaa. Fungus juga boleh berjangkit antara lens yang disimpan di tempat yang sama. Bahaya wei!

contoh sensor kena fungus

Siapa berisiko kena fungus?
Lens DSLR dan mirrorless ada lens elements yang besar. Sebab tu fungus suka makan. Kalau kamera kompak tak kisah sangat sebab lens kecik, ada yang lens plastik lagi.

Cara 'Pros' elak fungus?
Pros yang dah punyai kamera berpuluh ribu, mestilah nak jaga barang dia dari kerosakan akibat kulat yang jahat ni. Jadi mereka beli DRY CABINET iaitu tempat simpanan kamera dan lens bentuk macam peti ais, yang secara automatik akan mengeringkan udara di dalamnya dan membantutkan pertumbuhan kulat. Masalahnya, dry cabinet ni mahal. Harga dia boleh beli lens sebijik!


Bina Sendiri!!
Fungus suka keadaan yang gelap dan lembap. Jadi kita perlukan;

1) Kotak kedap udara lutsinar.


- Saya guna tupperware 10 liter (kot!) harga lebih kurang RM13.
- Saiz beli ikut kesesuaian berapa banyak barang nak disimpan dalam tu.
- Lutsinar, UV light akan membantutkan pertumbuhan fungus.
- Kedap udara sebab kita nak keringkan udara dalam tu.

2) Drying Agent / Silica Gel


- Beli dari Daiso RM5.30.
- Tugas dia keringkan udara dalam kotak tu.
- Udara kering pada tahap yang optimum akan bantutkan pertumbuhan fungus.
- Thirsty Hippo? takbest. makan ruang dalam kotak.

3) Hygrometer

- Beli dari Daiso RM5.30.
- Meter kecik menunjukkan tahap kelembapan udara.
- Kita nak kekalkan dalam 30-50% relative humidity (RH). terlalu lama rendah sangat nanti getah kering. tinggi sampai 70% itu dah macam letak kat bilik je tak payah buat dry box. ;-p

Gabungkan semua!



Kalau terlalu kering, buka lah sikit kotak tu untuk kekalkan di sekitar 30-50% RH.


FAQ
"Macam mana nak tahu lens saya ada fungus?"
Suluh lampu atau torchlight smartphone anda ke dalam lens. Kalau dots, biasanya cuma habuk yang masuk masa lens elements bergerak semasa focusing/zooming. Kalau dots bersambung macam akar pokok, itulah fungus.

"Lens saya dah ada fungus, apa patut saya buat?"
Periksa semua lens. Asingkan lens yang terkena dari lens lain yang belum kena supaya tak berjangkit. Pergi hantar ke pusat servis untuk cuci, atau kalau kos cuci tu lagi mahal dari beli lens lain, beli lens lain je. Lens berfungus tu buat paperweight ke, hadiahkan kat kawan bagi dia cuci dan pakai ke, amboi. Haha.

"RM25 pun mahal lah bro! Cara lain takde?"
Jual lens yang excess, pakai lens satu dua je. Pastikan yang ada tu selalu guna. Kenapa? UV light dalam cahaya matahari membantutkan pertumbuhan fungus. Fungus ni timbul kat lens yang disimpan dalam keadaan gelap dan lembap. Lens selalu kena guna kurang kena.

Apa-apa persoalan atau cadangan, jangan segan nak contact saya di tabs di atas
Jangan lupa share post ni bagi kawan baca ok!

8 comments:

wargadunia said...

Kalau getah terlalu kering pulak nak buat mcm mana?

meamore said...

Kena always in 30-50% RH?

Sop Nama Saya said...

Nice info :)

Sop Nama Saya said...

Nice info :)

APKINS Photography said...

kena monitor supaya tak kering terlalu lama. kering nanti getah kat lens dan kamera kecut, dan rosak. kena gantikan

APKINS Photography said...

sebaiknya dalam range itu.

Adi Aziz said...

Daiso kedai apa ? Maaf tanya. Tak pernah dengar. Huhu

angah said...

Getah kering,leh ganti pakai rubber band iam nikon tu.risiko yg beso kalo terlalu kering .movement ribbon dlm lens buleh merepot.
Sekadar pandangan.
moga bermanfaat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...