Wednesday, 19 August 2015

Penipuan Facebook

PENIPUAN FACEBOOK:  Kenapa Makin Susah Nak Buat Page di Facebook.

gambar dari likeabossmedia

Perasan tak by default news feed kita akan diset kepada 'Top Stories', bukan 'Most Recent'? Top Stories tu akan ulang balik posts dari semalam, minggu lepas, bulan lepas yang facebook fikirkan ia 'top'. Kita set la letak 'Most Recent' kejap lagi dia tukar balik letak 'Top Stories'.

Masalah dengan facebook ialah mereka tapis apa yang keluar di news feed kita.

Jika kita post sesuatu di facebook, kawan A akan like. Facebook nampak kawan A like, barulah dia akan keluarkan di news feed kawan B. Jika kawan B cuma melihat tak buat apa-apa, ia berhenti di situ je dan facebook takkan keluarkan post itu di news feed kawan C.

Facebook mengawal semua ini dengan 'algorithm' tapis posts.

Setiap posts yang kita nampak itu telah 'pre-approved' oleh sesuatu algorithm yang mencari like dan comment behaviour kita. Contohnya korang banyak like dan comment gambar baby dan gambar perkahwinan, dan facebook algorithm akan keluarkan baby dan perkahwinan je kat news feed korang.
Korang benci ada sorang kawan yang asyik share posts pasal kamera contohnya, makin lama korang tak berinteraksi dengan facebook profile dia, makin lama dia akan 'hilang' dari news feed korang.

Apa yang berlaku ialah, news feed korang menjadi 'kebuk gema' yang sempit, cuma pantulkan apa yang korang sendiri cakap, a.k.a syok sendiri. Tiada lagi kepelbagaian pendapat macam kehidupan sebenar. Gila sedih! Sebab tu budaya online masa kini ialah, kalau nampak sesuatu pelik je laju sangat nak bash. In real life takde pulak buat macam tu.

facebook page saya sendiri

Apa kaitan dengan photographers?
Ramai photographer yang masih bergantung kepada facebook akan buat 'komuniti' mereka sendiri. Bila kawan A upload gambar, kawan B C D akan like dan komen tanpa putus, bersembanglah mereka di ruangan komen karya gambar kawan A supaya facebook akan keluarkan gambar itu di news feed kawan E F G.

Nampak kan cara simple nak lawan facebook algorithm? Tapi reach sampai kawan G je mana cukup. Nak sampai Z. Masalah ini lagi menarik apabila si photographer buka facebook page.

nak follower page? bayar ah!

Ada dua cara nak dapatkan likes dan followers di facebook. Satu cara ialah melalui 'facebook advertising', atau lagi satu yang lagi murah ialah 'like farms'.

Facebook advertising selitkan satu banner dalam news feed orang lain jemput mereka untuk like pages yang dah bayar yuran advertising kepada facebook. Tapi like farms?

like farms, veritasium

Macam mana LIKE FARM beroperasi?
Like farm ni beroperasi dengan upah orang buat banyak fake profile dan like pages pelanggan mereka. Like Farms banyak operasi di negara membangun seperti India, Mesir, Bangladesh, Indonesia dan banyak lagi negara lain. Sebab tu murah. Masalah dengan likes jenis ini ialah, walaupun page korang beribu orang like, respon kepada posts status atau gambar oleh page tu tak ada. Mereka fake account, sign in untuk like page, dan abandon account tu.

Facebook tak suka bisnes like farms ini berlaku, facebook banyak buat operasi tutup fake accounts dengan algorithm yang kesan fake accounts. Bagus lah kan? Tak jugak. Sebab niat facebook ialah nak cari duit cara yang sama.

Untuk elakkan like farms kantoi kat facebook, mereka akan like pages lain yang diiklankan oleh facebook advertising FOR FREE. Kalau fake accounts cuma like client mereka sahaja, nampak sangat dan boleh kantoi. Mereka akan sorokkan aktiviti like dengan like pages lain for free.

Ingat balik cerita di atas;

Jika kita post sesuatu di facebook, kawan A akan like. Facebook nampak kawan A like, barulah dia akan keluarkan di news feed kawan B. Jika kawan B cuma melihat tak buat apa-apa, ia berhenti di situ je dan facebook takkan keluarkan post itu di news feed kawan C.

Situasi itu bertukar untuk facebook pages;

Jika admin page post sesuatu di facebook, follower A akan like, Facebook nampak follower A like, barulah dia akan keluarkan di news feed follower B. Bila follower B itu fake account, maka ia tak terkeluar di news feed follower C yang sebenarnya follower original.

Bukan sahaja facebook suruh bayar untuk dapatkan follower, facebook suruh kita bayar lagi supaya post tadi tu capai ke news feed follower C!


Apa perlu kita buat?
Apa yang kita mampu nak melawan corporation besar? Takpelah. Kita work around je. Photographers atau bloggers boleh fokus lebih kepada website/blog anda. Spend lebih masa menulis content yang berkualiti dalam website, biar orang kenal dan datang terus ke website korang. Facebook hanya akan digunakan untuk blast link atau untuk contact penulis website.

Biasanya post status akan dapat reach seribu orang sahaja, tapi kalau fokus menulis di blog dan gunakan social media hanya sebagai tool hebahan sahaja, reach lagi tinggi dari jumlah followers saya sendiri. ;-)


Dari dalam website barulah promosi suruh like dan share post ini di social media. Website anda sendiri jadi tarikan utama, bukan facebook page. Mana tau satu hari nanti, kita cukup dikenali sampai tahap orang taip je web address website kita di browser mereka tanpa perlu hebahkan di social media pun.

Semoga tip ini berguna kepada sesiapa yang nak buka page facebook. Jangan segan untuk share page ini di social media anda, hahaha! ;-p


Adzrin Mansor untuk apkins.blogspot.com
19 Ogos 2015
Gombak, Selangor.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...