Friday, 21 August 2015

Sony A7 Wedding Report (Contrast & Phase Detect AF)

SONY A7 wedding report


Hujung minggu lepas sepupu kahwin. Dia dah upah photographer betul. Tapi saje la join in shoot sikit-sikit. Tak konsisten sangat sebab tak fokus shoot sangat. Nak fokus shoot boleh je, tapi nanti rasa macam datang nak kerja je, bukan raikan sepupu kahwin. Yelah sepupu sendiri yang kahwin, nak gak tengok pakai mata sendiri. Inilah sebab kenapa wajib upah orang lain shoot wedding korang ok? Kesian sedara tu.

So cerita pasal Sony A7 ni. Suka sensor dia. RAW files sedap, JPEG dia kena offkan NR baru elok. Tapi ada kalanya AF dia sedikit mengecewakan. Subjek banyak duduk diam takpe. Satu kes tu pengantin berjalan perlahan lalu bawah khemah tetamu, outdoor, tapi lens Sony FE 28-70 OSS ni tak dapat lock focus in time dan gambar out of focus.

Contrast Detect vs Phase Detect
Principle AF Contrast Detect ni ialah dia purely mencari contrast antara objek. Phase Detect pulak dia tumpu mencari jarak antara kamera dengan objek yang nak ditangkap gambar. Walaupun principle dia lain, dua-dua perlukan objek dengan contrast. Kalau nak suruh dia fokus atas kertas putih memang di takmau. Tambah satu simbol darab guna marker hitam, atas kertas putih, wujudlah contrast.

DSLR punya mirror taklah 100% pantulkan imej dari lens naik ke optical viewfinder. Dia bagi sikit cahaya lalu ke dedicated AF sensor kat bawah kamera. Mirrorless pulak guna AF sensor yang integrated bersama dengan imaging sensor.

Teknologi baru ni menjimatkan ruang dan saiz kamera boleh jadi kecik. Tak kira lah AF tu pakai principle contrast detect ke phase detect, dia masih tak dapat lawan DSLR dengan dedicated AF sensor in bila situasi low light a.k.a low contrast. Mirrorless memang macam tu. In low light AF dia kalah sama DSLR. Kena tunggu berapa tahun lagi bagi teknologi ni matang, satu hari nanti akan capai lah kot.

Sony A7 manual focus
So, Sony A7 ni memang sedap habis bila guna MF. Lens Canon FDn 50mm f/1.4 tu bukan lens manual focus yang mahal. Low contrast. Tapi lens manual focus ni lagi seronok pakai dari pakai autofocus. Harus diakui ada beberapa shot candid budak bermain terlepas sebab tangan belum cukup pantas nak pusing ring focus tu.

Speedlight pulak, orang kata manual tak sesuai shoot event. Ada jugak gambar yang overexposed sebab power tinggi sebab power dah set power untuk bounce kat siling yang jauh, tiba-tiba nak shoot benda yang dekat. Tapi still ok. Speedlight manual pun boleh je, asalkan rajin set power based on distance. Yang penting speedlight penting giler. Takde speedlight gambar indoor layu je.

Recommendations
So rasanya kalau korang serius shoot event work dan cara kerja korang kejar moment, pakai DSLR dan autofocus laju even in bad light. Kalau korang bukan OP dan mampu 'enticipate' apa yang akan berlaku untuk 'pre-focus', sangat rewarding untuk shoot pakai lens manual focus.

Sekarang dah pakai Sony A7. Malas pulak nak kena beli kamera lain. Senang je, just ditch reliance on AF dan guna lens manual focus secara total! Dengan cukup praktis memang boleh shoot event laju-laju. Lens manual focus pun secara umumnya lebih murah dari lens autofocus, so kos pun lagi rendah. Just bateri je perlu banyak. ;-)

Mari belanja sikit gambar sikit dari majlis perkahwinan sepupu haritu...





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...