Wednesday, 30 September 2015

Quick Comment & Critique by APKINS

First saya nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada beberapa follower page apkins yang actually pergi tengok gambar kawan-kawan lain dan beri komen serta idea. Bukan letak gambar sendiri lepas tu belah sahaja.

Comment and critique ialah proses mencari kelemahan dalam gambar dan memberikan idea untuk menambah baik sesuatu gambar. Ia dilakukan ikut citarasa saya. Lain orang lain citarasa dan idea, orang lain mungkin boleh ada idea yang lebih bernas. Berikut adalah apa yang saya boleh komen dan suggest untuk betulkan.

untuk gambar ini dua pondok di tepi crop pun takpe, biarkan garisan tepi kolam renang dan tangga tu menjadi natural leading lines supaya mata viewer ditarik untuk ke istana atau bangunan utama tu.

gambar sebegini orang ambik untuk ambience ketenangan dia. kalau dapat slow shutter best. tapi ini pun dah elok kalau nak print dan gantung kat dinding. composition simetri elok dah. warna dah best tapi air tu ala kelabu sikit, biar je putih takpe.

pernah dengar 1/3 rule? bahagikan gambar kepada tiga parts, dua parts langit, satu part air. barulah serlahkan langit yang cantik. atau satu part langit, dua parts air untuk serlahkan reflection atas air contohnya.

lighting cun. posing perempuan cun. tapi lelaki tu jangan lupa pose pulak. ramai orang lupa pose lelaki. ekspresi dia lembutkan lagi. tangan dia pegang bunga too strong, macam mau bunuh orang pulak. lembutkan tangan tu dengan sentuh lengan pengantin perempuan ke. jangan lupa posekan lelaki ok?

kalau horizontal nampak seluruh bangunan ni, saya rasa lagi feeling orang ni explorer.

exposure gelapkan sikit, nampakkan patches of light dan subjek disinari cahaya. kan lagi best.

selain daripada horizon line nampak senget sikit, kalau dapat satu bot je dalam frame kan best.

ok dah ni. teruskan biar ada series orang lego ni berkerja. ;-)

overexpose sikit ni. highlight kat langsir tu dah clipped. kulit muka belah kiri pun nak clipping dah tu. turn down the exposure just a bit, and it works.

gambar stret paling best bila ada susunan composition yang elok dan juga ada content siapa pakcik ni, apa dia buat, dia nak kemana etc. dia menghala off the frame, taktau apa dia nak buat. cuba kalau dia berjalan menghala ke kamera, pandang motor warna warni tak ke lagi best? cuba dapatkan stories dalam gambar streeting ni.

even lighting can be boring sebab low contrast. cuba sengetkan motor dan gunakan lines jalan raya ni sebagai perspective leading lines. ke arah subjek.

ambil dua shot, wide shot nampak semua. lagi satu come closer, nampakkan ekspresi muka mereka. baru efek lagi nampak.

out of focus. delete and reshoot. haha.

tiang ni menggangu je. elakkan masuk dalam gambar. selain tu lighting tak elok. cuba ada flash dari kiri frame untuk beri dimensional lighting, lagi baik.

tiada aksi/pergerakan dan ekspresi muka pengantin. cuba suruh pengantin senyum sambil acah-acah apply makeup kat muka. flash pun directkan bagi fill shadows depan muka dia, bukan belakang tudung.

masa shoot cuba crop dari frame buang semua kehijauan ini dan tinggalkan power lines je. jadi misteri leading lines sikit.

blurry. nak blurry sila terus blurry. nak fine art kena ada konsep. rujuk landscapes oleh Michael Kenna kalau nak tengok contoh fine art landscapes.

horizon line macam ada senget sikit. composition simetri bagus dah. sayangnya dah malam dan gelap. kalau sunset saya lagi suka sebab lagi warna warni.

senget sikit tak perfectly berdepan dengan bangunan. betulkan posisi ok lah ni.

ok dah ni. simetri ni kena jaga bangunan tu check perfectly parallel dengan kamera atau tidak je.

mata viewer mula-mula tengok kat signboard. sebab lelaki tu pandang ke tempat lain di luar frame, jadi viewer pun tinggalkan frame. lets say kalau ada beberapa orang membelakangkan kamera tengok motor, it has a story of a group of people tengok motor. kalau street ni, always find stories.

background agak distracting. kalau alihkan kamera ke kanan sikit lagi best bagi kertas bercahaya ni lagi nampak dan background kanan ni macam gelap, sesuai jadikan negative space.

fuh kalau ada telephoto lens, zoom in kat orang di atas air terjun tu dengan rays of light macam ni. wow. gerenti lawa habis.

yep kalau dia ada kat tengah2 jalan dan pokok ni seperti mengelilingi dia, lagi best.

busy background. ramai sangat. tapi event kan, kita mana boleh posing atau halau orang belakang tu. kalau saya, zoom in, tight crop kat ekspresi muka adik ni tengah fokus nak aim tu.

oh my god sorry saya takde idea nak komen apa untuk improve gambar ni. selain setuju dengan mirul amir elakkan percantuman tu lah.

jambatan ni jadi leading lines away dari pengantin. muka pengantin pun tak berapa nampak. cuba angle lain. angle ni kena posing lain.

tight shot ni ok je, tapi kalau sertakan sekali wide angle shot dari angle tepi atau bawah penari lagi dramatik.

leading lines, composition menarik dah. langit tu je clipping sikit. sama ada biarkan dia putih ataupun buat HDR ke next time. tunggu sunset waktu langit warna gold atau biru pun best.

cahaya dari belakang, pisau ni diambil gambarnya dari shadow side, gelap tak nampak apa. cuba fill light dari kanan gambar. pakai LED smartphone pun ok. gerenti lagi lawa bila ada cahaya.

kepala terpotong, basikal terpotong. story jadi tak berapa sampai.

ok dah kot. entah. takde idea pulak nak improve gambar ini. buat series. lagi satu letak kopi atas meja dan dia pandang kamera. yeah. maybe.

dapat silhouette orang bot tu depan matahari mesti lagi best.

guna tayar ni untuk frame orang duduk di buaian tu lagi best. tapi jeti tu pulak buat background distracting, pandai la cuba. 

background distracting, cuba lagi dengan background yang lagi bersih. moment dah ok dah tu.

pengantin lelaki ekspresi muka terkejut. inilah masa human skills penting dari photography skills. cakap kat pengantin lelaki bagi dia senyum dan enjoy that touch. lagi romantik gambar gitu. 

gambar ni lacks point of interest. it can be train yang sedang datang atau seseorang yang berdiri tunggu untuk jadi subjek.

ni mesti guna background putih tapi gelapkan kemudian. gigih haha. cuba backdrop gelap terus. barulah mencabar lighting skills ;-p

ok manipulation yang kreatif.

blur atau vignette warna sepia di tepi frame tu elakkan. gambar ni jugak kelihatan agak soft. cuba increase sharpness dengan shutter speed yang cukup atau stop down sikit untuk cukup DOF.

wow nice lighting and pose. wonderful photo. ini taste personal tapi kalau dapat subjek ni tengah frame saya rasa lagi ok. frame ke kanan sikit. sebab negative space di kiri gambar terasa distracting dan rasa macam wasted space.

this works. kalau dapat tambah lagi satu close up hanya rumput dengan titisan air je, pun lawa.

well, good work guys!
jangan putus asa dan teruskan shoot, berusaha lagi untuk dapatkan gambar yang lebih baik dari sebelumnya. apa yang saya katakan ini sikit-sikit je, mungkin lain orang ada idea lagi bernas. saya tolong semampu saya je.

terima kasih lagi sekali saya ucapkan kepada yang actually pergi tengok dan komen gambar kawan-kawan lain, bukan datang letak gambar dan belah sahaja! you are awesome dan makin rare dalam komuniti kita. semoga orang seperti anda makin ramai dalam komuniti kita!

bersama-samalah kita bantu-membantu untuk majukan bidang fotografi negara kita!

well, jangan segan nak share post ni ok? jumpa lagi kat page!

- APKINS Photography -


Monday, 28 September 2015

Kau nak C&C atau nak LIKE je?

kau nak tahu kenapa ramai photographer lain tak nak comment and critique gambar kau?

pernah terjadi satu peristiwa ni, ada hamba Allah ni upload gambar hasil kerja portraiture dia kat group fotografi mintak comment and critique.

gambar tu nampak macam JPEG SOOC yang white balance salah pilih. semua ada color cast. skin tone pengantin habis biru juga. kamera pun senget.

aku pun gigih ambik JPEG dia straighten, betulkan barrel distortion, betulkan color cast, enhance vibrance warna baju dan background gambar kasi cantik.

lepas tu aku pergi komen terangkan segala yang perlu dibetulkan. aku jugak bagi nasihat kata shoot RAW, boleh betulkan macam-macam benda yang aku buat tadi tu dengan senang kat komputer dan pilih WB elok-elok supaya tak wujud color cast.

dia reply kata dia ada RAW file dan akan betulkan. oleh kerana wujud perbincangan di bahagian komen gambar dia, gambar dia naik news feed ramai ahli group dan terima banyak like.

esok lusanya, si dia pergi group lain upload gambar versi sama je, tanpa apa-apa pembetulan mintak C&C lagi.

pergh aku dah point out apa yang perlu dibetulkan, kau tak betulkan lagi? aku spend masa, effort bagitahu kau apa perlu dibetulkan, kau tak betulkan jugak. rugi masa tenaga aku je.

patutlah ramai kat group tu comment and critique camni;

"wah cantiknya."
"terbaik boss."
"ajar sifu."

gambar tak berapa pun ada je komen murni-murni ni.

aku akhirnya faham kenapa ramai photographer berpengalaman lain yang actually sangat ramai dalam group tu, jarang datang bantu beritahu point out kesalahan dan suggest improvements. sebab tak guna. puii la.

aku kecewa.

Friday, 25 September 2015

ONE SHOT AI FOCUS AI SERVO? NAK GUNA YANG MANA SATU?


DSLR Canon anda ada tiga autofocus modes. One Shot, AI Focus, dan AI Servo. Jenama lain guna nama yang lain tapi basically benda yang sama je.

Kalau kita guna One Shot, bila kita half press shutter button, sistem autofocus akan mula berkerja mencari fokus. Bila dah jumpa focus yang sesuai, dia akan 'lock focus', biasanya titik fokus dalam viewfinder akan menyala dan kamera keluarkan bunyi 'beep' menandakan dia dah lock fokus kat subjek yang kita halakan tu. Mod AF ini sesuai digunakan untuk subjek yang tak bergerak, atau masa kita nak guna teknik 'focus and recompose'.

Kalau kita guna AI Servo pulak, senang diceritakan sebagai continous autofocus. Bila kita half press shutter button, sistem autofocus akan sentiasa mencari fokus dan takkan lock - ini dipanggil object tracking. Mod ini sesuai digunakan untuk subjek bergerak semasa sports photography, wildlife dan sebagainya.

AI Focus pulak Auto Intelligent Focus, kamera akan bantu pilih nak guna One Shot atau AI Servo. Bila tak pasti nak set yang mana satu, letak je kat AI Focus.

Dalam gambar ni kamera Canon EOS 7D saya dulu, walaupun APSC crop kamera ni direka dengan autofocusing system yang sungguh laju dan pandai untuk object tracking. 5D Mark II, 6D yang full frame pun kalah. Kalau nak berlagak dengan pengguna full frame bawak je 7D ni ke padang bola sepak dan tembak 8fps ;-)

Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

Thank me for my time writing by sharing this to other friends. TQ

Wednesday, 16 September 2015

Street Photography bukan Gelandangan Photography

"aku rasa nak mula ambik gambar street photography kat KL."

"oh tak susah pun, kat KL ni ramai orang gelandangan."

kecik ati peminat street photographer. sebab street photography ni sebenarnya didefinisikan sebagai genre gambar kegiatan manusia urban di dalam setting jalanan. street photography ini bukan semudah mencari orang gelandangan dan ambil gambar dia. street photography ini sebahagian daripada pecahan photojournalism, yang mengambil environmental portraits.

salah satu street photographers yang terkenal, Garry Winogrand ada bagi definisi apakah gambar street photography yang berjaya. gambar itu dikira berjaya jika dia ada;
1) content/story
2) visual art aspect

tapi 'hero' pujaan ramai street photography ialah Henri Cartier Bresson, seorang yang pandai memasukkan elemen seni visual lines, composition yang kompleks dalam gambar photojournalism beliau. yelah, beliau memang trained in classical art dan sangat terpengaruh dengan Surrealism art movement pada masa itu - objek normal ditunjukkan secara unik dan pelik untuk menyerlahkan falsafah sub-concious di sebalik gambar. sebab tu gambar beliau heavy dengan susunan visual arts seperti lukisan tapi padat dengan story journalism. nak tau lagi pasal ni cari lah pasal art movements atau buku beliau 'The Decisive Moment'. seronok tengok kerja old masters ni.

dalam gambar street photography yang saya sertakan di sini, kita boleh tahu story beliau. dia seorang penarik beca, sedang berehat menunggu pelanggan. aspek seni visual yang ada ialah color contrast, becanya warna warni di hadapan dinding bangunan Stadhuys Melaka yang merah solid, serta balancing elements, penarik beca dan becanya adalah subjek utama, papan tanda menjadi secondary subjects memberitahu dia di lokasi pelancongan.

saya tak berapa pandai lagi nak hasilkan gambar street photography sebagus street photographer yang lebih berpengalaman, dengan story yang lebih kuat dan composition yang lebih kompleks. saya masih baru dalam genre ini.

but you get the idea, street photography is a form of photojournalistic art, bukan gelandangan photography.

Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

Monday, 14 September 2015

MENCARI LENS AF MURAH UNTUK SONY E-MOUNT/FE? SIGMA INI MUNGKIN JAWAPANNYA

Masalah yang saya hadapi sekarang sebagai pengguna Sony E-mount dan FE (Full Frame E-mount) ni tersangat baru dan pilihan lens yang boleh autofocus tersangatlah sikit. Memanglah dah ada beberapa helai lens Sony E, Sony FE dan juga Zeiss Batis serta Zeiss Touit, tapi semua tu mahal-mahal belaka.

Kalau nak lens bawah seribu ringgit memang tak ada pilihan lain terpaksa cari lens manual focus lama ambik dari kamera filem macam saya buat dibawah ni, ambik lens Canon FD (biasanya sekali dengan body filem manual AE-1)


Bila saya keluarkan statement yang lens choice autofocus Sony masih sikit, ramai lah fans Sony datang menyerang kata boleh pakai adapter itu ini. Saya nak autofocus dan native lens tanpa perlu adapter.

Kalau masih lagi panas hati dengan statement lens choice autofocus Sony, terutamanya FE masih sedikit, imagine kamu beli Canon 550D yang tak mahal, dan nak beli lens 50mm. Option utama ialah Canon EF 50mm f/1.2L USM yang sangat mahal, option kedua ialah Canon EF 50mm f/1.4 USM yang dah masuk range affordable kalau used, dan Canon EF 50mm f/1.8 STM kalau nak sangat-sangat affordable. Dia ada tiga jenis lens untuk tiga market, tiga pelanggan dengan tiga budget yang berbeza. Takkan nak paksa semua pengguna, termasuk 550D yang murah tu beli 50mm f/1.2L? Bila ada banyak pilihan itu baru nama lens ecosystem yang bagus!

So ramai pengguna mirrorless masih lagi bermain dengan lens manual focus lama yang optically taklah hebat tapi best buat main. Kesian kat yang perlukan autofocus.


SIGMA DN MUNGKIN BOLEH MEMBANTU

Sigma tahu potensi mirrorless sensor APSC ni, jadi dia pun hasilkan satu lineup dipanggi "Digital-Neo" atau DN, lens mirrorless dengan flange distance pendek, saiz kompak dan stepper motors dengan fly by wire focusing.

Sigma DN 'ART' series.


Dalam lineup DN ni ada tiga lens dibuat untuk kegunaan kamera APSC;

1) 19mm f/2.8 - (28mm equivalent on FF)
2) 30mm f/2.8 - (45mm equivalent on FF)
3) 60mm f/2.8 - (90mm equivalent on FF)

Kebanyakannya dipuji optically bagus, tapi yang lagi dipuji ialah harga yang sangat best. Di sekitar RM700 brand new. Bawah RM1,000 kira murah la! harga di bawah courtesy of YL Camera;


Recommendations:
19mm dan 30mm tu best untuk buat walk around lens. Saya lebih prefer 19mm tu mungkin sebab suka field of view 28mm equivalent. Selain tu 60mm tu boleh jadi portrait lens sebab focal length ini hasilkan compression yang cantik untuk muka manusia.
 Pros:
1) Ringan
2) Kecil
3) MURAH!
4) Ada autofocus
5) Tak perlu pening beli adapter
6) Somewhat boleh guna kat full frame.
7) f/2.8 masih boleh pakai kat low light (better dari kit lens f/3.5-5.6)

Cons;
1) APSC only, kalau nak guna kat full frame E mount macam A7 series boleh kalau modify, tapi masih ada sedikit vignetting yang kekal.
2) Body plastik tu terasa sangat cheap, senang calar.
3) Stepper motor dengan fly by wire focusing, kalau motor rosak atau bateri habis, tak boleh pakai dah lens ni sebab tak boleh manual focus. Tengok harga dia lah, kalau rosak taklah sakit hati sangat nak beli baru.
4) Focusing boleh dikatakan on the slow side, kalau guna Sony a6000 tak terasa sangat, tapi kalau guna body selain tu akan terasa.

Dah, kalau guna Sony E mount APSC (fujifilm X mount juga!) nak lens autofocus tak mahal takyah fikir banyak beli je salah satu.


LENS APSC GUNA KAT FULL FRAME?

Sambil melayari internet ke ceruk-ceruk likuk-pikuk internet, terjumpa forum cakap pasal guna lens Sigma DN tu kat Sony A7 full frame! Kita guna lens yang dibuat untuk APSC kat full frame dah tentu akan dapat vignetting, tepi dia gelap. Tapi orang kata boleh buang rear baffle plastik belakang lens bagi vignetting tu kurang sikit. 

Sigma DN pasang kat A7 oleh per-analogia.blogspot.com

Excited, mulalah mencari sample images kat flickr kalau ada. Memang ada orang post pakai 19mm f/2.8 kat Sony A7 in full frame mode dan dia dapat gambar seterusnya. (link di sini)


Yep memang vignette kat tepi frame walau dah buang rear baffle.

Masuk kat Photoshop, crop 1.15x dan buat sikit peripheral illumination untuk kurangkan vignetting dapat ini;


Selepas crop 1.15x jadi macam FOV lebih kurang 22mm kat Photoshop sambil kekalkan resolusi asal.

Lens 19mm akan jadi lebih kurang 22mm, 30mm tu akan jadi lebih kurang 35mm. Ini osem! Sebab murah, susah sikit takpe je. Boleh je buat Photoshop Action atau Lightroom Preset khas untuk crop dan betulkan vignetting.


Let's say saya malas nak buat editing dan cropping masa editing. TAKDE MASALAH! Sony ada option Clear Image Zoom untuk JPEGs only. Boleh set kat kamera, suruh dia selalu zoom 1.2x contohnya. Jadi bila keluar JPEG dah siap crop kawasan gelap vignetting tu.

Masih in doubts nak beli? Nah saya belanja


Nak gambar?

Nah belanja satu gambar ditangkap guna Sony A7 dan Sigma 30mm f/2.8 DN. excuse the heavy vignette, guna lens APSC kat full frame pulak.

 
Anything contact saya di page facebook saya. Jangan lupa share artikel ni bagi kawan-kawan! See ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...