Friday, 4 September 2015

Apakah Maksud EOS, EF, USM dan STM?

Autofocus untuk fotografi masa kini memang penting giler, ramai orang sangat bergantung dengan autofocus untuk dapatkan imej yang sharp. Kalau gambar out of focus sikit je, dah takbest gambar tak cantik.

Bila kita baca nama lens mesti ada huruf yang pelik di hujungnya. Contohnya;

Canon EF 80-200mm f/2.8 L AFD

Canon EF 85mm f/1.2 L USM

Canon EF 40mm f/2.8 STM

Ada sesetengah lens pulak datang dengan tulisan 'ultrasonic'.


Ini semua adalah nama-nama jenis focusing motor yang digunakan kat lens tersebut.

Canon AE-1 oleh casualphotophile

Mari kita throwback pada zaman 1980-an, zaman itu Canon menggunakan FD mount system yang fully manual focus. Pada masa itu pembuat kamera lain seperti Nikon dan Minolta dah mula buat lens autofocus dengan meletakkan motor di dalam body kamera, dan ada satu besi ala screw-driver di kawasan penyambung lens.

Screw-drive di lens mount Minolta/Sony A mount.

Since dalam lens tak ada motor, screw driver ni lah yang sambungkan motor dalam body tu dengan focusing element dalam lens supaya motor tu dapat gerakkan focusing element dalam lens.

Kelebihan design ini ialah lens masih kekal kecil. Tapi kelemahan dia ialah, kita ada satu jenis motor je yang perlu gerakkan focusing element. Kalau lens 50mm f/1.8D lens element yang perlu digerakkan kecil je, takpe. Kalau lens 80-200mm f/2.8? Besar gila dia punya lens element yang perlu digerakkan, tapi kita guna motor yang tu jugak. Sebab tu design ini focusing speed dia slow.

Pada 1987, Canon sedang fikir-fikir nak join in the party dengan autofocus. Dia boleh je buat benda yang sama dengan Canon FD mount tu, letak motor dalam body, guna screw-driver gerakkan focusing element. Boleh kekal guna FD mount. Tapi dia sedar kelemahan tu dan dia gamble buat sesuatu yang lebih innovatif.

Canon buang seluruh FD mount system dan cipta EOS system dengan EF mount.

EOS bermaksud 'Electrical Operating System' Camera.

EF mount pulak dinamakan sempena 'Electro-Focus'.

Perbezaan sistem EOS ialah, di belakang lens cuma ada penyambung elektrik je yang dipanggil 'gold-contacts' yang tugasnya alirkan signal dan kuasa elektrik untuk lens. Focusing motor diletakkan di dalam lens sendiri. So, setiap lens punyai motor yang memang optimized khas untuk kegunaan lens itu sendiri. Kalau lens element kecik, motor biasa je, kalau lens telephoto yang ada element besar, lens tu sendiri ada focusing motor yang lebih kuat. Pandai tak?

Gold Contacts belakang lens Canon

Canon berjaya mencuri pelanggan sistem lain dari Nikon, Minolta etc dengan lens design sebegini yang focus lebih laju dan kurang bising. Antara lens yang legendary yang berjaya buatkan photographers jump dari Nikon ke Canon ialah Canon EF 80-200mm f/2.8 L AFD yang juga dikenali sebagai 'Magic Drainpipe'.

Magic Drainpipe oleh theunk1nd

Lens ni gunakan focusing motor yang dipanggil Arc Form Drive (AFD) dimana AC motor konvensional yang direka dalam bentuk curved supaya dia boleh dipasang di tepi lens yang bulat.

Motor Arc Form Drive oleh Canon

Kelebihan AFD ni obviously lain lens ada lain jenis kekuatan motor yang direka spesifik untuk lens tersebut. Ok la buat masa tu. Tapi ia masih ada keluarkan bunyi, tak senyap dan motor ni makan banyak kuasa bateri. Canon EF 50mm f/1.8 II atau 'nifty fifty' tu guna micro motor yang ala serupa AFD ni jugak. Sebab tu dia tak berapa nak laju dan bising bila focus (micro motor jadi pilihan untuk lens tu pada zaman moden sebab murah). Jadi engineers kat Canon masih belum menang dan kena teruskan inovasi mereka supaya syarikat diorang boleh monopoli market kamera!

Engineers kat Canon pun cipta lens-based Ultrasonic Motor (USM) untuk gerakkan mekasnisma autofocus kat lens. Daripada motor konvensional yang pakai drive train yang besar dan bising, Canon USM gunakan getaran elektronik dari piezoelectric ceramic elements. Motor ini lebih laju dan senyap, dengan instant start dan stop. USM motor jugak kurang sikit tarik kuasa bateri, takdelah bateri cepat habis.

Bukan Semua USM Dicipta Serupa
Ada dua jenis USM yang digunapakai oleh Canon sekarang;
1) Micro USM
2) Ring USM

Micro USM ni ialah motor biasa yang berfungsi dengan principles ultrasonic motor. Motor kecik, kena gerakkan drive train besar. So motor ni biasanya diletakkan di lens yang mid range atau budget, autofocus dia masih belum senyap dan masih belum cukup laju. Motor ni jugak tak support full time manual focus override tanpa tukar switch AF/MF kat lens tu.

jenis-jenis USM oleh Canon

Ring USM tu barulah motor dua ring besar concentric yang mengelilingi lens. Ring USM ni basically dua ring yang gerakkan sesama diorang dengan ultrasonic vibrations yang laju dan senyap. Lens ni juga support full time manual focus override yang biasa kita nampak kat L grade lenses.

ring type USM dan micro USM oleh Canon

Contoh lens dengan Micro USM ialah Canon EF 50mm f/1.4 USM - tak layak dipanggil USM patutnya. Contoh lens dengan Ring USM ialah Canon EF 85mm f/1.8 USM.

Takpelah, Canon, teruskanlah mengelirukan orang dan pasarkan semua Micro USM dan Ring USM dengan nama 'ultrasonic' tu. Sebab Micro USM tu pun bagus jugak, dia bagi lebih banyak lens budget dapat merasa benefit teknologi ultrasonic ni.

Canon EF 50mm f/1.4 'USM konon' oleh digitalslrguru


The DSLR Video Age Has Come
Canon zaman sekarang makin lama makin famous dengan video. Dulu kalau rakam video guna DSLR Canon memang tak ada autofocus. Mesti manual focus. Sebab ultrasonic motor memang direka untuk instant start and stop yang diperlukan untuk Phase Detection Autofocus. Bila dia develop teknologi dual-pixel AF yang improve speeds kat live view dan AF semasa video recording, dia perlukan AF motor yang bergerak dalam steps, AF motor yang direka khas untuk Contrast Detection Autofocus.

(Artikel Phase Detect & Contrast Detect Autofocus coming soon, akan ada link disini)

Jadi muncul lah Stepping Motor (STM). Stepper motor ni dah lama wujud dalam sistems yang perlukan pergerakan precision secara berperingkat seperti printer, ala motor yang gerakkan kartrij ink tu kiri dan kanan semasa printing.

(nampak tak kenapa Canon hebat buat motor, dia memang buat printer! Fujifilm buat kosmetik! Haha! Logik lah, fuji buat filem, chemicals.)

STM motor oleh Canon

Dulu teknologi ni bising. Tapi Canon innovate buat versi yang senyap. Canon 40mm f/2.8 guna Gear-type STM yang sangat kecik untuk kekalkan design pancake dia. Lens STM lain yang besar-besar tu ada pakai Lead-screw type STM ni.

Kelebihan stepping motor ni ialah dia berfungsi sangat baik dengan continuous focus semasa live-view dan video. Orang bising teknologi ni ada battery drain. Sebenarnya motor tu sendiri tak banyak tarik power, yang banyak tarik ialah live view yang sentiasa pakai imaging sensor dan juga LCD screen di belakang kamera! Stepping motor ni murah nak dibuat, benda bagus tu, lens jadi murah.

Masalah dengan stepping motor ni ialah, dia memang directly coupled dengan focusing element, tapi tidak dengan lens focusing ring. Kalau nak manual focus kita kena 'focus by wire' iaitu kita pusingkan lens focusing ring, dia beritahu motor, motor gerakkan lens element perlahan-lahan. Kalau motor tu rosak, atau tak ada kuasa bateri, manual focus tak boleh pakai. Kalau USM masih boleh pakai manual focus.

Canon EF 40mm f/2.8 STM 'pancake' oleh photorec

Oh well. Semua benda ada plus minus kan?

So, dah faham apa maksud EOS, EF, AFD, USM dan STM?

Jangan lupa share artikel ni kat kawan-kawan. Anything contact saya guna tabs atas blog ni. See ya!


Adzrin Mansor
4 Sept 2015
Seoul, Korea

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...