Saturday, 12 September 2015

PRO & CONS KAMERA MEGAPIXEL TINGGI

PRO & CONS KAMERA MEGAPIXEL TINGGI

Sejak pengumuman Canon 5DS ni yang ada 50 megapixel dan Canon cakap dia nak usahakan buat kamera dengan 120 megapixel, ramai yang kutuk kenapa perlu ada megapixel war ni, semua orang berlumba siapa boleh buat lagi banyak megapixel. Ehem, masa Nikon D800 36 megapixel keluar, orang bising benda sama jugak. ;-p

Kita mulakan dengan keburukan dulu.

1) Noise
Dengan jumlah megapixel yang banyak dalam saiz sensor yang sama, saiz individual pixel lagi kecik. Bila individual pixel kecik susah nak dapatkan signal to noise ratio yang bagus, buatkan kamera tu suffer sikit kat high ISO. Majoriti photo shooters zaman sekarang kan suka high ISO. night vision kalau boleh.

2) Storage/Computing power
Data rate yang tinggi ni ada sensor readout rate yang tinggi. Data banyak bergerak dalam masa yang pantas, jadi perlukan kad memori dan processor kamera serta komputer yang power. Kalau tak power, burst shot lupakan sahaja, nak editing pulak komputer semput. Simpan RAW files pun gerenti besar-besar, pakai banyak hard disk space.

3) Lens resolving power
Bila kita zoom in ke 100% pixel level, kalau megapixel tinggi kita akan lebih zoom in. Segala kelemahan lens nampak. Contohnya letak lens lama Nikon AF 50mm f/1.4D yang kecil comel kat Nikon D700 yang ada cuma 12 megapixel, lawa je. Letak kat Nikon D810 yang ada 36 megapixel, habis semua kelemahan lens, softness dia nampak. Maka kena beli lens yang sharp bebenar macam Sigma 50mm f/1.4 art yang saiznya besar dan berat gilos for a fifty, atau Zeiss Otus 55mm f/1.4 Planar, jual semua organ dalam badan pun belum tentu lepas nak beli. Lens hebat semua ni besar dan berat sebab lens elements dia lagi hebat. Mahal lagi. Payah pakai megapixel banyak ni.

4) Tak berapa sesuai untuk handheld
Bila banyak megapixel, memanglah orang pakai nak dapatkan banyak detail. Tapi ada risikonya. Zoom in 100% dia lagi jauh, kalau ada gegar sikit ke, out of focus sikit ke nampak dengan obviousnya. Kaki event work, wedding, take note, kamera megapixel tinggi ni walaupun sharp tapi risky.

Ok setelah kita bincangkan keburukan, mari kita ceritakan kebaikan kamera sensor megapixel tinggi ni.

Macam sesetengah lens dibuat untuk purpose tertentu, sama jugak body. Kita boleh nampak dalam lineup Nikon;

D610 - entry level FF 24MP
D750 - mid range FF 24MP dengan AF system yang advanced
D810 - high end FF dengan sensor megapixel tinggi 36MP.
D4s - high end FF dengan sensor megapixel rendah untuk low light 16MP.

Body dengan megapixel count yang tinggi ni biasanya orang seperti landscape photographers, product photographers dan studio fashion photographers nak gambar dengan tahap detail yang tinggi. Kalau tak manakan diorang pakai kamera medium format Phase One, Mamiya Leaf, Hasselblad dengan digital back 30MP, 50MP.

Oleh sebab diorang guna kamera ni atas tripod kat base ISO, atau guna dalam studio dimana pencahayaan diorang kawal sendiri, memang problem di atas tak beri efek kat diorang sangat pun. Makes sense kan? High megapixel body ni ada niche dia sendiri.

So kalau anda banyak shoot high ISO dan handheld, sila pakai kamera dengan megapixel count yang rendah. Kalau anda studio fashion atau product photographer perlukan tahap detail yang tinggi, you know what to do to get it. ;-)

Adzrin Mansor

Photography Blogger

apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...