Thursday, 15 October 2015

10 KEDAI KAMERA HARGA BAGUS SEKITAR KL/SELANGOR


Gambar Ejad tengah window shopping kamera di Korea tu cuma gambar hiasan. Dalam posting ini saya nak rekemen beberapa kedai yang pada saya offer harga bagus untuk orang yang nak membeli kamera. Since saya duduk area KL/Selangor saya tahu area ni jelah.


Sebelum membeli

Kalau masih pening nak decide kamera apa nak dibeli, jangan pergi dan duduk berjam-jam kat kedai kamera testing kamera mana best itu ini. Take time to research online dulu jenis kamera yang kita mahukan.

Ada banyak tempat yang kita boleh research pasal kamera online. Mahu dengan tak mahu je. Search je kat youtube, ada ramai reviewers yang bincangkan kelebihan dan kelemahan kamera atau lens. Digitalrev review dia agak sloppy, ada je Jared Polin, Matt Granger, The Camera Store TV, Christopher Frost Photography, Photorec Toby, B&H, What Digital Camera, Digital Camera World dan banyak lagi.

Kalau nak pendapat photographers, ada je yang tulis reviews produk yang diorang personally guna dalam blog diorang. Kena cari kat google search. Saya ada buat recommendations sikit. Over time akan buat lagi sebab posts macam ni ramai juga yang mintak.

- 10 Kamera Kompak Terhangat
- 10 Kamera Mirrorless Terhangat
- 7 Lens Canon Yang Berbaloi Untuk Dicuba
- 3 Lens Mirrorless Murah

Bila dah ada aim beberapa model apa yang nak, cuba ke kedai kamera besar untuk pegang dan cuba kamera tu, barulah senang nak decide kamera apa yang nak dibeli. Bila dah pegang baru tahu saiz sebenar kamera tu, sedap ke tak nak pegang sepanjang hari, design dia masuk tak dengan taste kita etc.


Kalau nak cuba kamera Sony paling senang, pergi je mana-mana Sony Store. KLCC ada, Times Square ada, Pavillion ada, Mid Valley ada, Ikano Power Center sebelah IKEA tu pun ada satu tak silap. Kalau nak cuba kamera Nikon, pergi Nikon Center kat Times Square. KLCC ada la jugak sikit kamera Nikon on display. Kalau nak cuba kamera Canon, pergi kat kedai Canon KLCC atau Mid Valley, tak silap ada la beberapa biji on display.

Kedai kamera besar-besar biasanya tak kisah kalau kita cuba pegang dan tak beli, cakap nak fikir dulu.


Official Warranty / Import Set / Grey Set

Bila kita beli kamera dengan authorized reseller, kita dapat Official Warranty. Biasanya kamera begini dijual dengan perkataan 'Nikon Malaysia set' atau 'Canon Malaysia 1 year + 3 months warranty'. Contohnya lah. So dalam jangka masa warranty tu kita boleh hantar ke mana-mana service center official kalau ada apa-apa problem. Kadang-kadang warranty macam ni pun laku kat luar negara. Mahal sikit tapi lagi secure, tu benefit dia.

Grey set ni adalah kamera yang diimport oleh syarikat yang bukan authorized seller. Kamera macam ni juga dipanggil 'import set'.

Kamera Grey set tu biasanya dijual lagi murah dari kamera dengan official warranty. Kamera Grey set susah sikit, apa-apa pun kena hantar balik kat kedai yang menjual. Kalau kedai tu kedai yang bagus, dia ada servis repair sendiri. Kalau setakat gerai brader bangla meja kaca tepi escalator Lowyat je, dia nak repair macam mana? Tak bahaya sangat pun beli kamera grey set, tapi kena dari kedai yang bagus ada warranty program sendiri, mampu repair sendiri dan pastikan harga lagi murah dari official warranty lah jangan terkena bayar lebih pulak.

Oleh itu, jadilah pengguna yang bijak. Ketahui warranty jenis mana yang anda dapat dan research harga elok-elok.


Kedai Area KL/Selangor yang recommended?

Nak beli kamera baru dengan warranty official, rujuk;

YL Camera
1) YL Camera, (Pudu Plaza, KL)
website: http://www.ylcamera.com.my/
facebook: YL Camera -atau- The Camera-Pro Shop (YL Camera)​

KLDSLR
2) KL DSLR (SS2 Petaling Jaya)
website: http://kldslr.com/
facebook: KL Used Camera and Lenses​

3) Shashinki - kalau dia kata official warranty dia akan beritahu. kalau import, means warranty kedai shashinki sendiri.
website: http://shashinki.com/shop/
facebook: ShaShinKi

Kedai yang saya sebutkan di atas ada juga kamera terpakai, tapi boleh juga rujuk seller yang khusus menjual kamera terpakai ini, postage pun agak reliable;

4) Gajetdijepun (Sentul, KL)
website: http://gajetdijepun.blogspot.com/
facebook: gajetdijepun​

5) Cipta Anggun (Kuantan)
facebook: CIPTA Anggun Used Camera and Lenses​

Nak shopping advanced accessories, studio photography equipment, rujuk mereka ini;

Digicolor, dari Flickr Abd Hadi
6) Digicolor (Mutiara Complex, Jalan Ipoh, KL)
website: http://www.dgcoloronline.com/
facebook: Digicolor Online

7) Famecherry (Cheras)
website: http://famecherry.com/
facebook: FAME CHeRRy

8) GStrapInUse (Millennium Square PJ)
website: http://www.gstrapinuse.com/
facebook: www.GstrapInUse.com

Oklah, since ada juga yang melayan mobile/smartphone photography, kira 'kamera' jugak la, jemput shopping smartphone dengan mereka ini yang beri harga yang reliable, dan biasanya ada official warranty. Kalau AP set pun dia akan beritahu itu AP set;

9) DirectD (Subang Jaya & PJ)
website: http://www.directd.com.my/
facebook: Directd

10) Satu Gadjet (Cheras)
website: http://www.satugadget.com.my/
facebook: Satu Gadjet Dot Com


Happy shopping, jangan segan nak contact saya kalau nak tanya apa-apa. Follow page facebook saya untuk ketahui segala post terbaru pasal kamera baru atau generally pasal fotografi.

Link untuk contact saya ada di tabs atas blog ini. Jangan lupa share post ini okay!

7 comments:

BOB CHIKONAZ said...

Boleh dptkan adrress penuh kldslr dkt area mana....tq boss

mohammad fahmiizwan said...

Klau dpt harge murah kamera kt lazada tpi xde warranty itu ori ke?

Amie Blackroses said...

FOR SALE
CANON EOS 700D with
EF-S 18-55mm
IS STM Lens like new.
FULL SET
PRICE:Rm1900

Lens CANON EF 70-200mm
f/4L USM Lens
Year Made 2014-2015
PRICE:Rm1400 can neg

Berminat pm sya : 0123642524

Nur Fatehah said...

For sale
Nikon D3000 Fullset
price : Rm1000
condition 9/9
Nikon coolpix fullset
price:rm500
condition 9/9
For detail pm 0146645315

rizal zaini said...

For Sale
Canon 750d Fullset
Price: Rm 2050
Condition: 10/10
Whatapp : 0176255698

anathan ramasamy said...

FOR SALE
CANON EOS 700D with
EF-S 18-55mm
IS STM Lens like new.
FULL SET
PRICE:Rm1900

Call:0182967524

Unknown said...

FOR SALE
CANON EOS DIGITAL 700D
EF-S 18-55MM
LENS , BATRRY ORI CANON ,
NEW LENS , CAMERA STAND ,
PRICE : RM 2000
COD AREA KL ONLY
NO BANK IN , CASH MONEY ONLY
SERIOUS BUYER ONLY
CALL : 01128400336

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...