Thursday, 29 October 2015

ANDA MAHU RAMAI FOLLOWER DI INSTAGRAM?

ANDA MAHU RAMAI FOLLOWER DI INSTAGRAM?

Anda mahu famous? Anda mahu karya fotografi anda dilihat oleh ramai orang? Teruskan membaca posting ini.


Di page facebook saya, secara berkala saya akan post [C&C THREAD] ataupun [PHOTO THREAD]. Dua-dua merupakan peluang untuk semua orang, upload dan kongsikan karya mereka kepada komuniti follower page tu yang ada beberapa ribu orang jugak la.

So diorang upload gambar, nanti ada yang reply, wow cantik, tangkap guna lens apa, teknik macam mana, kat mana ni, macam mana nak pergi situ dan banyak lagi perkongsian menarik. What a beautiful sight. People being nice, talking to each other, exchanging information.

Jujur la cakap. Kita ambil gambar memang nak tunjuk kat orang lain kan? Kita nak tunjuk keindahan sesuatu tempat tu, kita nak tunjuk kesedapan makaman tu, kita nak tunjuk keseriusan isu ni dan macam-macam lagi lah. Tipu la kalau cakap nak ambil gambar taknak tunjuk kat orang.

Tapi bila kita upload semua benda ni kat social media, dimana ada terlalu banyak, abundance of stories sebegini, ia tidak lagi dihargai. Orang scroll lalu je. Bila ada video lawak atau isu yang buat diorang marah baru ada respon. Kalau tak, orang buat dek je. Gambar kahwin, gambar baby, gambar kucing, gambar makanan, wedding photography, newborn photography, pet photography, food photography, tak kisah lah kualiti tinggi ke, kualiti rendah ke, semua dah terlalu banyak kat social media. Sampai to the point yang bagus-bagus pun diorang rasa menyampah tengok.

Lagi satu isu.

Sekali sekala, newbies yang baru beli kamera pun masuk group fotografi, upload gambar adik beradik diorang pegi holiday kat cameron highland berdiri depan kamera buat jari 'peace',

"ini portrait ke ni? ok ke ni? ada cadangan nak improve gambar ni tak? mohon komen abang kakak otai sekalian."

Otai tahu, soalan tu nak pancing komen dan likes je. Kau pun tahu itu portrait. Tapi otai tak komen sebab itu gambar holiday, bukan karya seni yang boleh kita bagi cadangan untuk improve upon. Gambar holiday, snapshot, tak lawa pun takpe sebab ia ada tujuan lain. Sebab adik kita sendiri kot. Gambar rabak mana pun penting sebab nilai sejarahnya. Cuma orang lain yang tak kenal adik kau tak rasa tertarik lah nak tengok gambar tu. Sebab tak kenal je bukan apa. Paham?

So, masih tak banyak likes kat gambar holiday kau kat instagram.

Camne ni? Macam mana nak atasi masalah ini?

Tutup kejap social media tu.

Gambar holiday ke, hasil karya ke semua tu kasi pilih, yang mana bagus, hantar pegi kedai kasi print. Proses memilih ini la dinamakan 'editing', sebab tu ada 'news editor', dia pilih apa yang bagus, apa tak bagus dia buang. Yang lagi satu tu patutnya 'post processing'.

Anyways, semua gambar tu masuk pendrive gi hantar print kat kedai. Saiz 4R 6x4 inci biasanya 50 sen sekeping, ada tempat lagi banyak print ada diskaun jadi 40 sen or 30 sen sekeping. Biasanya la.
Dah siap print, beli sticky album dan susun gambar dalam tu. Kalau nak pakai album kecik yang jenis slot-in gambar je pun takpe. Pun murah. Susun cantik-cantik masuk dalam beg. Masa lepak sama kawan atau ajak kawan datang rumah, keluarkan lah album karya korang tu. Bagi diorang tengok.

APA KAITAN PRINT GAMBAR DENGAN NAK RAMAI FOLLOWER KAT INSTAGRAM?

Masa nak upload gambar rabak kat dalam group fotografi mintak komen tu tak melibatkan apa-apa kos, free je. Jadi kita tak fikir pun gambar ni bagus ke tak bagus. Masa nak print, kalau bayar print banyak-banyak yang buruk mahal la jadi. Jadi kita ada self-critique. "Ini gambar tak elok ni, tak boleh print ni." Yang lawa-lawa je kita hantar pergi print.

Haa... Tau pun?

Masalah dengan social media tadi tu, ramai dah bosan dengan terlalu banyak gambar dah dalam social media. Memang bosan wei. Ada kawan tiga ribu dalam facebook. Tapi rasa sunyi macam takde kawan. Takpe. Ajak kawan mana-mana jumpa face to face lepak kat luar atau ajak datang lepak kat rumah kita.

Kalau dia datang je tiba-tiba kau tunjuk photo album kau tanpa sebarang amaran, suruh dia tengok, awkward gila kan? Sama la kawan kau yang dalam mood nak sembang dengan kawan kat facebook, kau muncul paksa dia suruh tengok gambar kahwin kucing makanan. Dia mesti tak suka kan? Kau mesti sembang tanya khabar dulu, bila topik dan masa perbualan sesuai, baru keluarkan gambar kan?

Bila dalam situasi yang sesuai, gerenti la orang akan bagi perhatian. Kawan kau pun seronok dengar cerita kau pasal holiday kau pergi Cameron tu. Dia tengok gambar makanan siap tanya lagi kat mana boleh beli.

Kau pun akan happy takde rasa lonely dah bila kawan tu suka tengok gambar kau, beri sepenuh perhatian dengar cerita kau. Kawan kau tu mungkin seorang je, tapi boleh buat kau lagi happy dari dapat 1000 likes atau sejuta followers.

Print gambar anda, ia akan improve fotografi anda.

Dan pada masa yang sama gunakan gambar untuk improve social life. Elakkan masuk trap loneliness zaman moden ni, beribu friends online tapi real friends almost nak sampai tak ada. Kalau nampak ada kawan yang macam attention seeker sangat, pick one side lah, kau nak kutuk ke nak tolong hilangkan kesunyian dia? Mau dia depresson terjun bangunan karang.

Kau depressed, aku depressed. Seluruh society pun jadi tak elok. Orang cakap salah sikit cepat je membahan. Orang silap sikit kat jalan raya terus ambik streering wheel pecahkan cermin orang. Nampak tak puncanya?

Kita manusia memang social beings. Tapi face to face interactions. Online itu bukan. Dan jugak bukan semua orang perlu jadi artis, follower berjuta juta.

Share this bagi kawan-kawan ok?


signing out,
Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...