Monday, 19 October 2015

APAKAH MASA HADAPAN SONY A-MOUNT?

APAKAH MASA HADAPAN SONY A/MINOLTA MOUNT?

History, Sony adalah syarikat electronics yang sangat kaya pada masa dulu. Pada tahun 2006 Sony beli division kamera Minolta dan meneruskan bisnes kamera Minolta tapi dengan nama Sony. Minolta mount ini diteruskan dengan nama A-mount.

Sony keluarkan banyak jenis DSLR seperi Sony A100, A350, A700, A580, A900 dan banyak lagi. Sales tak begitu memberansangkan kerana DSLR dengan features normal tak boleh memecah monopoli kuat Canon dan Nikon dalam pasaran DSLR. Tapi ada juga pengguna yang beli DSLR Sony kerana ia boleh dikatakan murah sikit berbanding Canon dan Nikon.

Untuk mewujudkan differentiation dalam market kamera, Sony mula menambah baik teknologi translucent mirror. Pada tahun 2010, Sony melancarkan kamera DSLT pertama mereka ialah Sony A33/A55. Pada masa yang sama Sony buat lineup baru dengan sistem mount yang baru dengan E-Mount yang dipanggil 'NEX' - mirrorless dengan sensor APSC pertama dunia.

A-mount DSLT dan mirrorless E-mount nampak seperti bergerak seiring pada tahun 2012 sehingga keluarnya high end cameras seperti Sony A77, kemudian A99 di sebelah A-mount dan NEX-7 di sebelah E-mount.

Inovasi memerlukan perubahan, selama ini Sony menggunakan minolta hot shoe interface kini sudah menukarkannya kepada standard hot shoe yang semua kamera lain gunakan. Sony users gunakan speedlight minolta interface perlahan-lahan tukar ke standard hot shoe.

Sony terus innovate lagi dengan keluarkan mirrorless interchangable lens full frame pertama di dunia pada tahun 2013 dan mengoncang industri kamera dengan sales figures yang memberansangkan. Sony dapat banyak untung dari E-mount APSC dan Full Frame FE-mount kerana memang ramai orang beli. Ramai sukakan sensor DSLR dengan kualiti DSLR dalam kamera yang kompak.

Kita sudah menghampiri tahun 2016 tapi Sony A-mount iaitu A99 yang dilancarkan pada tahun 2012 sehingga kini masih sepi tiada berita. Tiada firmware updates juga. Sepi.

Ini buatkan ramai orang risaukan masa depan A-mount. Adakah Sony akan tinggalkannya dan fokus dengan E-mount sahaja sebab E-mount lebih menguntungkan?

Ketidakpastian ini telah mengakibatkan ramai pengguna A-mount yang saya kenal tak lagi menggunakan A-mount. Bahkan bukan ke E-mount pun. Mereka berhijrah ke Canon, Nikon dan pesaing mirrorless APSC iaitu Fujifilm.

Beberapa hari lepas, Sony Australia mengumumkan mereka tidak akan lagi menjual kamera A-mount dan akan memberi fokus kepada penjualan E-mount yang lagi menguntungkan. Sony UK juga menjawab soalan di twitter dengan quote,

"We have no A-mounts planned. We recommend our A7 range."

Jawapan yang pasti apakah masa hadapan A-mount hanya Sony executives sahaja yang boleh jawabkan.

Kalau tanya saya, drop je A-mount. Fokus E-mount. Ini adalah salah satu progres inovasi yang sama seperti eksperimen DSLT dan penukaran hot shoe. Sony harus buat perubahan drastik supaya kekal menjadi syarikat yang 'innovatif'. Bukan stagnant macam Canon, guna sensor yang sama dalam pelbagai kamera dalam jangka masa lima tahun, dan abaikan je semua produk pesaing dan abaikan sahaja apa yang pengguna minta.

Bagi saya mirrorless FE dan E-mount adalah masa hadapan Sony. Kalau mahukan teknologi terbaru, sertailah Sony. Memang pening sikit itu ini berubah. Itulah pengorbanan nak merasa teknologi terbaru. Mirrorless masih baru, mentah dan sentiasa ditambah baik dengan inovasi baru. Ia akan sentiasa berkembang, walaupun ia masih jauh lagi nak capai sama tahap dengan performance DSLR dari segi battery life dan AF speed.

Kalau anda mementingkan sistem kamera yang stabil, dan mahukan sistem yang sudah sedia ada bagus, kembalilah kat Canon, ataupun Nikon. Takde masalah. Kita punyai banyak pilihan sistem kamera masa kini. ;-)

Apa kata anda pula?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...