Sunday, 4 October 2015

APKINS Hater Stail Overexposed Wedding Melayu!

So a few days ago while browsing along some comments in other people's photos I saw something very interesting. Strangers, talking about the controversy apkins is involved in at that time. One of them mentioned the name apkins. another said, ini semua salah photographer perempuan. Another was like, eh ini overexposed ni, viral karang baru tahu.

I laughed a bit and now I know what I am known for in the community - a person who hates the OVEREXPOSED MALAY WEDDING CLICHE LOOK.


Ni salah satu contoh gambar overexposed yang saya purposely buat.

So apkins benci sangat overexposed ni apsal?

Kenapa orang ingat saya benci? Saya cuma kurang gemar akan gambar begini. Ada beza, jauh beza, kurang gemar dengan benci. Pernah tengok gambar HDR yang overdone sampai halo habis kotor details? Sampai rasa nak tampar-tampar muka si photographer kata apa kau buat niiii??? Itu benci. Overexpose ni saya KURANG GEMAR sebab selalu sangat tengok. Merata tempat orang buat. Bukan benci, kurang gemar. Beza tu. Faham?


DEFINITION OF BEAUTY
Saya dengar cerita punca ramai wedding photographer overexpose gambar mereka untuk memutihkan kulit si subjek. Semua orang di asia akan faham akan keinginan ini. Ramai orang asia tenggara ni tanned skin, bila nampak gadis kulit cerah terus suka. Manusia memang macam tu, dia suka genes yang rare, yang lain daripada orang lain.

Bila dah hari-hari nampak orang tanned skin, tiba-tiba awek kulit cerah lalu, kan menarik perhatian. Kat negara orang putih, semua orang kulit putih melepak, tiba-tiba Neelofa tanned skin lalu, gerenti lelaki orang putih pakat cair. Sama macam saya. Bayangkan hari-hari news feed penuh gambar overexposed,

Bila nampak gambar old masters macam Henri Cartier Bresson, Garry Winogrand, Josef Koudelka, Michael Kenna semua. Hitam putih. Takde warna. Takde tone. Takde Photoshop. Takde VSCO atau Mastin Labs. I was like; wow.

Kembali ke basics; story, content, composition, framing, lighting, texture.


Saya bukan professional. Saya bukan cari duit guna gambar. Saya penggemar seni. So saya ada kebebasan untuk meminati bahagian seni fotografi yang orang ramai tak minat dah zaman sekarang.

Ramai photographer suka nak OE, nak tone kaler itu ini demi client mereka. Saya tak minat benda tu, saya minat study tonal gradation, texture, lighting, composition. Bila saya kata saya tak gemar, saya gemar benda lain, whats with the outrage? Why would you need my approval to love what you love? Why do I need your approval to love something else than what you love?

Fotografi ni macam seni lain jugak contohnya lagu. Ada orang suka jenis muzik macam tu, ada orang suka jenis muzik macam ni. Lets say saya kata saya suka Taylor Swift, lepas tu saya cakap saya kurang gemar muzik Wiz Khalifa. Nak kata saya hater muzik kerana saya tak suka Wiz Khalifa? Whats with the outrage? Hipokrit la saya kalau kata semua artis seluruh dunia dikata suka. Terutamanya Justin Bieber ehh haha.

Market luas beb. Lain client lain taste. Akan ada je yang minat overexposed. Akan ada yang minat benda lain. Relax ah.


PUTIHKAN KULIT TANPA JEJASKAN DETAILS


Benda pertama kita fikir bila nak cerahkan apa-apa ialah tarik Exposure slider. Relax, nanti dulu jangan usik.

Kalau ikutkan nak cerahkan kulit, sebenarnya ada alternatif lain daripada overexpose seluruh imej. Rahsia dia ialah luminosity slider dalam panel HSL lightroom. Hue tu kita nak tukar specific colours ke hue yang lain. Saturation tu kepekatan warna setiap colour. Luminosity ialah terang dan gelapnya warna setiap colour tu. Oleh kerana skin tones adalah campuran Red, Orange and Yellow, terangkan color tu je tanpa jejaskan benda lain. Kalau tak pasti nak pilih colur mana, gunakan bola kecik tepi panel tu dan drag ke atas untuk naikkan colour channel yang ada di tempat terpilih tu sahaja.

Simple je kan?

Ada banyak lagi cara alternatif lain untuk putihkan kulit dan kekalkan exposure dan details tanpa highlight clipping. Masih nak shoot JPEG? Masih nak overexpose semua shot? Kalau nak jadi professional anda dibayar untuk pengetahuan anda dalam fotografi. Tapi adakah korang even mencuba nak belajar exposure, cahaya dan editing? Marilah kita buat yang terbaik semampu kita beb...


APKINS TAK MINAT OVEREXPOSE, APKINS MINAT APA?

Saya bukan professional yang cari makan dengan gambar. Saya peminat seni fotografi kerana memang minat seni itu semata-mata. Saya suka belajar dengan black and white masters zaman dahulu seperti Henri Cartier Bresson.


Henri Cartier Bresson sebelum menjadi photojournalist beliau menerima latihan awal classical art di art school dan banyak terpengaruh dengan surrealism art movement yang suka represent benda normal dalam perspektif unik. Sebab tu gambar beliau walaupun photojournalistic in nature tapi penuh elemen seni visual composition, lines merata. Sebab saya bukan professional juga saya ada masa untuk belajar asas seni lukisan seperti tonal drawing yang saya akan terangkan kemudian. Tak ramai dah yang mahu belajar semua benda ni zaman sekarang. Semua nak editing, kaler tone, nak cara terpantas nak cari duit cepat guna fotografi.


I TRY TO SHOOT EVERYTHING IN BLACK AND WHITE

Beberapa hari lepas saya ada upload gambar siri black and white saya tangkap. Ramai kata tak senang nak jadikan black and white sebab bukan semua gambar tak boleh jadi black and white. WALAUPUN BILA SHOOT WARNA, SAYA AKAN 'SEE IN BLACK AND WHITE' kerana saya nak elakkan warna untuk mengaburi vision saya dari fokus kepada composition dan lebih penting lagi LIGHTING. Jom kita kembali ke kelas pendidikan seni visual tengok tonal drawing.


Tonal drawing ini takde warna tapi menggunakan tonal gradation untuk represent lighting - highlights, midtones, shadows. Saya suka semua ini sebab gambar ini hidup, macam 3D tapi sebenarnya cuma ilusi.

Kita ada sehelai kertas, menggunakan pensel kita lukis sebuah bulatan atas kertas tu. Kita dapat lukisan dua dimensi, ada height and width. Atas kertas, mampukah kita dapatkan ilusi tiga dimensi? Lorekkan bahagian dalam bulatan tu. Buat satu tonal gradient dari gelap sampai cerah dalam bulatan tu - voila, dapat satu ilusi tiga dimensi sebuah bola yang sfera.


Hanya dengan tona hitam dan putih ini kita boleh jadikan sesuatu nampak 3D. Apabila kita melukis, kita sengaja buat tonal gradation untuk meniru efek lighting yang ada dalam real life. Teknik yang sama boleh dibuat untuk menghasilkan gambar 3D - all you have to do is to pay attention to quality of light dan direction of light.

Ramai orang boleh kata photography is about light tapi sebenarnya tak tahu apa kesan lighting terhadap gambar pun. Inilah apa yang saya sentiasa usaha cari dalam semua gambar saya. Colour atau tidak, saya akan tetap mencari quality of light dan tonal gradation ini.


Colour?



Walaupun colour, saya masih gunakan principle yang sama; mencari good quality of light dan tonal gradation sebab nak gambar dengan ilusi 3D.

Sedih jugak tak ramai photographer zaman sekarang minat nak mencari good quality of light, tonal gradation dan ilusi 3D ini. Ramai taram je lighting macam mana sekalipun lepas tu gunakan overexpose untuk cuba selamatkan gambar.

Cuba tukarkan gambar overexpose tu jadi black and white. Kekurangan tonal gradation jadikan gambar ni flat, nampak tak detailed dan tak dapat ilusi 3D.


The real culprit is not overexposing, but bad lighting.

Overexposing tak salah pun, lighting je yang salah.

Tahniah kerana anda rajin membaca hingga ke tahap ini. Saya dah bagitahu rahsia yang kalau anda serius develop, anda akan kuasai fotografi like a boss, sebab photography IS about light. Sebenarnya masih ada bidang ilmu yang kita photographers perlu tahu yang lebih luas daripada just photoshop dan edit tone kaler seperti dibincangkan dalam lagi satu post yang viral kat page APKINS.

Please guys, tukarkan mindset apkins hater overexpose 'high key' kepada apkins si blogger yang nak suruh semua orang kembali mencari cahaya ikut the famous saying 'photography is about light'. Positif sikit at least.

LOVE THE LIGHT. peace y'all!

"saya suka minum teh, tapi tak suka minum kopi. tak tahan bau kopi. teh bau tak kuat sangat so ok sikit." - apkins.

'tengok tu weh! apkins hater kopi! apkins ni merosakkan industri minuman! apkins ni tak support kawan lain yang kerja pembancuh air! seni membancuh kopi ni luas! apkins ingat dia tu sorang je betul! apkins ingat dia dewa ke apa?'

inilah analogi kes pendapat saya mengenai stail overexpose yang mendapat tentangan orang. kenapa saya perlu rasa bersalah untuk kata saya tak gemar sesuatu? kenapa saya perlu dipaksa untuk suka semua benda? pelik.

kata seni itu luas tapi buat macam seni fotografi wedding mesti overexpose. takde benda lain dah. tak ke contradicting tu namanya.

Adzrin Mansor
photography blogger, bukan cari duit photographer
apkins.blogspot.com


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...