Sunday, 11 October 2015

Kenapa Ada Bar Hitam Dalam Gambar Saya?

KENAPA ADA BLACK BAR DALAM GAMBAR?


Ambik gambar guna speedlight lepas tu ada black bar dalam gambar - speedlight rosak? kamera rosak? shuttercount nak 'habis'?

Takde benda rosak takde benda habis. Silap setting je tu. Flash dah out of sync dengan shutter kamera kita.

Kebanyakan kamera DSLR dan kamera mirrorless sensor besar guna focal plane shutter mechanism yang berfungsi mengawal durasi kemasukan cahaya ke sensor semasa exposure dengan dua curtain.
Initially first curtain akan duduk depan sensor. Bila exposure nak berlaku ia turun bawah dan mendedahkan sensor. Dah habis exposure second curtain pulak jatuh dari atas untuk tutup. Dan nanti akan reset semula. Benda ni berlaku dalam split second je.

Kalau shutter speed yang kita panggil 'sync speed' contohnya 1/200s kebawah, bukaan antara first dan second curtain tu cukup besar, sama besar sensor. Untuk shutter speed 1/200s keatas first curtain dan second curtain bergerak sama-sama menghasilkan satu 'slit' kecil yang sweep across the sensor. Makin laju shutter speed makin kecil dan laju saiz 'slit' tu dan kelajuan dia bergerak.

Black bar berlaku apabila slit tu dah kebawah baru flash fire. Tu yang atas gelap. Flash dah out of sync dengan shutter.

Guna flash dengan shutter speed dibawah sync speed takkan ada la black bar ni. Contohnya sync speed 1/200s, guna shutter speed 1/200s atau kebawah maka tak berlaku lah black bar ni.

Lain kamera lain sync speed sebab ia adalah limitasi focal plane shutter mechanism kamera anda. So rujuk kamera anda untuk tahu apa sync speed. Biasanya 1/200s. Ada yang 1/180s ada 1/250s.

APA ITU HIGH SPEED SYNC (HSS)?

Sesetengah speedlight mempunyai kemampuan untuk digunakan di shutter speeds di atas sync speed. Dia berfungsi dengan flash tembak banyak-banyak pulses of light supaya setiap peringkat pergerakan 'slit' tu dapat cahaya dari speedlight.

So kalau speedlight anda ada fungsi HSS, nak guna 1/1000s pun dia tak kisah, masih takde black bar. Of course speedlight yang ada fungsi ni mahal sikit la.

Baca lagi pasal speedlight kat post Kepentingan Speedlight dan Kekeliruan Speedlight Third Party.

Find the light bros!
Adzrin Mansor
bakal engineer dan photography blogger
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...