Wednesday, 7 October 2015

Kepentingan Speedlight untuk Kegunaan Indoor/Low Light

KEPENTINGAN SPEEDLIGHT

Ya kita semua kagum akan kamera full frame itu yang boleh naik sampai ISO 409600 tanpa banyak noise tapi untuk kita yang tak banyak duit nak beli kamera itu, apa alternatifnya?

'Low light, add light.'

Hafal statement itu.

Dengan hanya menambah sebuah speedlight berharga RM300 di atas kamera kita, speedlight itu membekalkan cahaya yang sangat terang dalam split second exposure berlaku, jadi kamera entry level APSC crop pun boleh digunakan pada ISO yang lebih rendah. Tak payah pening nak beli full frame atau prime lens pun takpe. Kat ISO 400, 800, 1600 semua tu sangat usable, kat kamera APSC crop entey level pun noise takkan perasan punya.

Trust me. Dengan hanya berbekalkan kamera APSC crop, kit lens 18-55mm f/3.5-5.6 dan speedlight anda dah boleh shoot indoor dengan selesa. Of course lah kalau ada kit lebih baik macam constant f/2.8 zoom lagi baik sebab f/2.8 lens benarkan lebih cahaya masuk in low light, tapi dengan kit lens pun ia possible.

Pernah saya kenal seorang jurugambar perkahwinan yang mulakan perniagaan dia dengan Canon 600D, kit lens, nifty fifty dan speedlight murah. It can be done.

Sony A7 Canon FD 50mm f/1.4, speedlight bounce ke siling 

Lagi satu, pernah tak korang berhadapan dengan pelamin yang lampu biru, purple, yang suluh kat pengantin yang jadikan warna kulit pengantin dalam gambar jadi biru purple macam alien?

Pakai RAW nak fix white balance macam mana pun takkan boleh fix punya. Speedlights biasanya direka untuk tembak cahaya dengan colour temperature yang lebih kurang daylight. Bebaskan diri anda daripada terpaksa bergantung dengan lampu biru purple tu. Gunakan cahaya speedlight untuk overpower lampu biru purple tu. Selesai masalah, warna kulit pengantin dalam gambar pun jadi natural.


Sony A7 FE 28-70mm f/3.5-5.6 OSS speedlight bounce di siling


SPEEDLIGHT RECOMMENDATIONS?

First ada dua jenis utama speedlight ni, manual dan TTL. Manual ni kita sendiri kena set berapa power cahaya kita nak. TTL ni macam mod auto, ada komputer bantu kira berapa kuat cahaya flash perlu keluarkan.

Speedlight jenama Canon dan Nikon bagus-bagus tapi biasanya mahal. Carilah third party punya. Nissin, Metz, Yongnuo, macam-macam lagi. Saya suka guna Yongnuo kerana ia murah dan personally rasa lebih senang nak guna sebab design produk dia tiru Canon habis-habisan.


Kalau nak speedlight paling murah dan reliable, Yongnuo YN560 IV manual flash, berharga sekitar RM270 ialah apa yang saya personally pakai dan rekemen.

Yongnuo YN565EX II di sekitar RM370, ada TTL so senang sikit nak guna untuk event work, terutamanya kalau anda guna zoom lens dan berkerja dengan cepat.

Ada juga Yongnuo YN600EX RT baru, direka untuk tiru speedlight high end Canon 600EX RT tapi dijual cuma pada harga sekitar RM500, check these out if you have the budget.

Kalau ada apa-apa soalan, leave a comment below, community page apkins dan saya sendiri sedia membantu. Jangan lupa share post ini bagi kawan lain baca.

Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

8 comments:

Fadli Nor said...

salam, kalo speedlight jenama kat atas tuh compatible tak dengan model canon eos m3?

Mohd Azmi Bin Juma'at said...

Saya pakai 600D bos..xpaham la kenapa org ambil gmbo tp flashlite hala ke siling..boleh ajar xbos..nk beli flashlite ni..hihi

Unknown said...

sy pon newbi..tp nk share pendapat je, sbb bila tembak cahaya kat siling, cahaya tu akan spread n pencahayaan akan lebih sekata berbanding terus tembak pada wajah...gambar juga akan nampak lg natural

Unknown said...

sy pon newbi..tp nk share pendapat je, sbb bila tembak cahaya kat siling, cahaya tu akan spread n pencahayaan akan lebih sekata berbanding terus tembak pada wajah...gambar juga akan nampak lg natural

mELanKolia said...

Speedlite hala ke siling utk di spread ke atas and bounce jatuh ke subject...so blakang xde shadow and at the same time die naturalize light sekeliling especially warna kulit mnyerupai cahaya matahari sedang..

Mohd Azmi Bin Juma'at said...

Terima kasih semua

Unknown said...

Kalau model d3100 sesuai x guna yn565ex

Unknown said...

Kalau model d3100 sesuai x guna yn565ex

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...