Thursday, 8 October 2015

Lens/Speedlight Mana Sesuai Untuk Kamera Saya?

KEKELIRUAN THIRD PARTY

Tak sah kalau berbincang pasal third party tanpa wujud kekeliruan pasal compatibility dengan kamera jenama itu dan kamera jenama ini.

Manufacturer lens seperti Sigma, Tamron akan buat produk mereka mengikut spesifikasi target mereka. Sebab asalnya syarikat Canon dan Nikon ni tamak. Dia nak korang dah beli kamera Nikon, teruskanlah beli lens Nikon gak. Jadi dia buat sambungan mount bentuk berbeza dengan connection pin autofocus system di tempat yang berbeza.

Contohnya lens Sigma 30mm f/1.4 ART kalau ditulis dibuat dalam Canon mount, jadi ia dibuat untuk digunakan atas kamera Canon dan hanya berfungsi bila dipasang di kamera Canon. Kalau jump Nikon terpaksa la jual dan beli balik Nikon mount.

Dengan speedlight, ia lebih kurang.

Zaman sekarang semua kamera baru-baru akan dibuat dengan standard hot shoe. Bentuk sambungan semuanya sama. Tapi, speedlight TTL ada komputer yang kerjasama dengan sistem exposure kamera, diorang perlukan conncetion pins yang banyak.

Canon Nikon ni masih ada tamak diorang, sebab diorang pun jual flash Canon 600EX RT dan sebagainya. Jadi manufacturer kamera dia selerakkan connection pin nak communicate dengan komputer kat speedlight tu.

Kalau korang nak beli speedlight TTL third party seperti Yongnuo YN600EX RT ke, Nissin i40 ke, Metz apa-apa ke, asalkan ada TTL, mesti check speedlight itu dibuat untuk kamera jenama apa. Speedlight yang dibuat untuk Canon lain kedudukan connection pin, untuk Nikon lain kedudukan connection pin. So check la Yongnuo YN600EX RT (Canon) ke Yongnuo YN600EX RT (Nikon).

TAPI!!

Speedlight manual, tak ada komputer nak kira berapa exposure kamera bagai. Suruh tembak, dia tembak je. Flash power kita sendiri set kat speedlight tu. Dia guna satu pin besar kat tengah je. Kamera bagi signal suruh tembak, dia pun tembak. Simple.

Manual flash seperti Yongnuo YN560 IV atau apa-apa manual flash, boleh dipasang dan fire oleh kamera apa-apa jenis sekalipun! Letak la kat Canon 6D ke, letak kat Nikon D4s ke, letak la kat Sony A7R II ke, boleh.

Apa kamera tu perlu buat ialah bagi signal suruh tembak, speedlight pun tembak. Simple saja.

Ingat, third party manufacturers akan manufacture produk mereka dalam banyak versi ikut specs target buyer mereka. Nak beli speedlight TTL, rajinkan diri check ini model untuk guna kat Canon ke Nikon. Nanti TTL tak fungsi salahkan seller bakar kedai orang tu. Padahal sendiri yang.... errr apkins orang ilmiah taknak sebut benda tak elok hahaha okbye.

Adzrin Mansor
apkins.blogspot.com

2 comments:

Mohd Azmi Bin Juma'at said...

Saya baru pakai 600D canon..dan baru lepas beli lens 50mm..ni nk cari speedlite plak..boleh tuan recomend x yg mne sesuai dgn body ni..hrga amatur ..huhuhu

wajdi said...

Nissin di622 mkii..aku pakai ni dah lama still best..harga dulu dlm rm400++ skang xtau..aku pakai kt 60d

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...