Sunday, 18 October 2015

Mitakon Akan Umumkan Lens 135mm f/1.4 Pertama Dunia

Nampaknya lens maker dari China, Zhongyi Mitakon yang dah terkenal dengan lens 50mm f/0.95 speedmaster/dark knight sedang aim lens dengan aperture besar lagi. Kali ini dengan lens 135mm f/1.4.


Biasanya lens 135mm dibuat dengan aperture f/2 sebab pada focal length itu f/2 pun dah dapat jumlah blur macam 85mm f/1.2. Zeiss ada 135mm f/1.8, tapi Mitakon buat 135mm f/1.4, rasanya inilah 135mm dengan aperture paling pantas sekali setakat ni. Ada lagi gambar-gambar dari weibo.




Macam biasa lah, lens ini manual focus. Kita tunggu lens ini dilancarkan secara official tak lama lagi. Apa kata anda, berminat ke dengan 135mm f/1.4 terutamanya manual focus?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...