Sunday, 4 October 2015

My Little Experiment

Blog post ini adalah satu blog post hidden, saya takkan share link ini di social media. Siapa nampak, nampak lah. Tak nampak takpe. Apa yang akan dibincangkan dalam post ni tak penting pun untuk photographers.

Sepanjang beberapa minggu ini saya sebenarnya membuat satu kajian virality. Saya berpeluang memasuki arena fanpages besar di facebook, walapun tak sebesar jutaan followers, ratusa ribu masih boleh dikira besar bagi saya. So eksperimen hype dan publisiti ini cuma salah satu eksperimen marketing dalam media masa kini untuk saya.

Marketing 101 - there is no such thing as bad publicity, just publicity.

Kalau anda perasan laman niche berita seperti The Star, wartawan begitu pantas melaporkan apa-apa kenyataan dan isu perkauman serta juga racial harmony. Jika laman ini menyajikan berita informasi biasa-biasa sahaja, seperti ada kemalangan di sana, ada event ini di sini, reaksi pembaca biasa sahaja. Mereka tidak bangkit menyatakan sokongan yang teguh atau menyatakan bantahan dengan kemarahan.

Tetapi berita seperti isu perkauman mendapat reaksi yang polarizing daripada pembaca - ada yang setuju, mereka akan respon dengan menyatakan sokongan kuat. ada yang tak setuju akan marah dan membantah dengan share lagi link website di social media mereka dengan kutukan dan kemarahan.

Apa yang journalists mahukan ialah website visit and views. Dari sini boleh generate advertising revenue. Jika anda perasan blog saya ini pun ada dua banner iklan.

Kita pergi pula ke laman dengan niche gosip artis seperti BeautifulNara contohnya. Penulis akan cepat mencari gambar seksi artis dan dia lah yang menyebarkan gambar seksi tersebut. Ada yang menyokong tindakan artis tu upload gambar, ada yang mengutuk. Sama-sama share link ke website.

Saya perhatikan laman dengan niche gear seperti Digitalrev mendapat sambutan yang begitu hangat, tetapi laman dengan niche seni fotografi oleh Ted Forbes yang pada saya sangat awesome, mendapat sambutan yang ala kadar walaupun beliau sudah sangat lama, konsisten terus menerus membincangkan seni fotografi dan seni visual di sana.

Sebagai photographer, seni fotografi lah yang akan membuatkan kita photographer yang lebih baik. Jika pengetahuan seni kita cukup, dengan gear yang basic pun akan mampu hasilkan gambar yang cantik.

Tapi kenapa aspek seni ini jarang sekali diberikan perhatian? Kerana melalui perbincangan seni lah kita boleh membantu rakan yang baru mula dalam fotografi ini.

So saya ingin menguji sejauh manakah tahap kemahuan terhadap seni dalam kalangan follower apkins. Berbanding just tertarik kepada isu of course.

So oleh sebab page dan blog apkins adalah page niche fotografi, isu yang hendak kita bangkitkan seharusnya berkait dengan fotografi juga.

Sebelum memulakan eksperimen dengan isu serta kontroversi, saya mulakan part 1 dengan series COMPOSITION. Jumlah respon agak rendah. Jumlah shares juga terlebih rendah.

Dalam post mortem dengan partner in crime saya, dia katakan; "composition ini benda penting dalam fotografi. Ada yang tak minat proses pembelajaran seni ni. Ramai nak preset photoshop satu kali tekan semua selesai.  Ramai nak shortcut nak buat duit segera dalam fotografi. Itu mereka nak. Kau ingat semua ikhlas berfotografi sebab cinta dan sayang? Sekarang zaman duit bro. Lagipun benda ni penting gila dalam improving photography skills, kalau kau dapat tahu info bagus kau ingat korang nak bagitau kawan lain?"

Button share di facebook tu bermaksud "nah, post ni sama akal dengan aku. aku dah tau benda ni. aku nak kau tengok sebab aku lagi baik dari kau."

Jarang sekali ia bermaksud "ini benda bermanfaat, aku mesti bagitau kau kawan."

It drove me mad for a few hours thinking how an evil aspect of human interaction that he said was proven to be true. Saya hentikan terus siri composition. Lepas tu saya teruskan eksperimen.

So saya mulakan part 2 dengan isu fotografer lelaki vs perempuan (di facebook) dan isu overexpose (di blog) both mendapat respon dan shares yang banyak. Ada yang share kerana menyokong, ada yang share kerana menentang. Either way it is still shares. Yup, sangat viral kerana ia polarizing, membahagikan manusia ikut pendapat dan memaksa mereka respon dengan emosi.

Ramai kata seni itu luas. Saya tak layak untuk kata tidak kepada overexposure. Saya mesti iktiraf dan suka overexposure akan seperti seni wedding photography itu hanya terhad kepada overexposure dan tidak luas. Contradicting isn't it?

Tapi tujuan utama ialah untuk menarik kita kepada perbincangan seni.

Jadi Part 3 pula bermula hari ini dengan series The Art of Photography dimana saya bincangkan hasil gambar photographer lama-lama. Untuk memastikan ketepatan dua konklusi post mortem part 1 the results must be reproducable.

Dan setelah hampir satu hari, buat masa ini eksperimen ini telah capai konklusi yang sama dengan Part 1.

Photographers masa kini tak kisah pasal art. Tetapi pengguna social media in general suka berdebat mengenai isu yang polarizing.

Result akan saya sertakan di bawah ini.

Eksperimen saya masih belum selesai. Masih ada persoalan yang masih belum terjawab. So just wait and see to participate. Janganlah rasa seperti dijadikan tikus makmal pula. Ini perkara biasa dalam bidang kerjaya marketing. Everything is marketing these days.

see ya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...