Friday, 2 October 2015

Prime Lens Strategy

PRIME LENS?

Beli-beli kamera mesti dapat lens zoom. Kit lens 18-55mm la, 16-50mm la. Memang rare kamera dijual dengan kit prime lens. Lepas tu bila nak memilih lens prime pertama untuk dibeli memang pening kepala. Rasa macam nak memilih isteri. Sebab dah beli lens, susah nak pulangkan balik. Nak memilih, takde pengalaman sebelumnya.

Oh, mungkin ada yang tak tahu, prime lens ni adalah lens dengan fixed focal length, tak boleh zoom. Orang biasanya suka prime lens sebab dia lagi kecil, ringan, dan generally lebih murah daripada pro grade zoom, tapi masih beri image quality yang bagus.

Where to start? Kita mulakan dengan lens 50mm sebagai standard sebab dia lah biasanya lens paling murah dalam lens lineup. Lens 50mm ni murah sebab tak kompleks sangat nak dibuat. Contoh;
- Canon EF 50mm f/1.8 STM,
- Nikon AF 50mm f/1.8 G

dan sebagainya. Atas full frame lens 50mm ni best sebab dia focal length yang 'normal', tak zoom in, tak wide. just nice.

Bila kita pasang kat body APSC crop selain dari full frame kita dapat crop factor, field if view jadi macam pakai lens 75mm atau 80mm. Zoom in sangat. Oleh itu alternatif lens 'normal' untuk APSC crop camera ada je;
- Canon EF-S 24mm f/2.8 STM
- Nikon AF 35mm f/1.8 G DX

Designation EF-S dan DX kat lens menandakan lens khas untuk kegunaan APSC crop sensor cameras.

PRIME LENS STRATEGY?

Prime lens dibuat dalam pelbagai focal length dari wide sampai ke telephoto. Sebab tu nak memilih dia jadi pening. Ikut prime lens strategy ni, kita beli lens dengan focal length yang sekurang-kurangnya dua kali ganda daripada lens sebelumnya.

Contohnya kita ada 24mm, lens seterusnya 50mm. (24x2=48). lens seterusnya pulak 100mm macro. (50x2=100).

Atas kamera full frame, 24mm tu wide angle, 50mm tu normal, 100mm tu dah masuk short telephoto. Semua lens dengan focal length yang berbeza fungsi dia.

Kalau kita dah ada 24mm, beli lagi 28mm. Dah ada 35mm, beli lagi 40mm, 50mm. Focal length tu tak begitu jauh perbezaan fungsi dia. Rugi duit je - melainkan ada fungsi specialty lain.

LENS RECOMMENDATIONS?

FF - Senang dan jelas, beli 50mm yang paling murah available untuk kamera anda. Dari situ dapatkan feel dan grow.

APSC - Kalau beli siap kit zoom lens, pakai je dulu. Dia berguna especially on wide end. Nanti bila dah rasa nak main bokeh, cari la 50mm paling murah. Kalau nak campak ketepi kit lens dan pakai satu lens prime sentiasa (dipanggil walk around lens) cari 24mm atau 35mm yang saya sebutkan di atas.

Pelan-pelan kita expand lens lineup kita sambil fahami fungsi setiap focal length. Fotografi tak semestinya jadi hobi yang mahal. Kalau ada persoalan tentang lens choice just komen je kat posts page APKINS, komuniti page ini sedia untuk membantu anda.

Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

4 comments:

Ma Wady said...

Salam saudara apkin. Nak minta tolong. Antara 19mm dan 24 mm, apkin akan pilih mana untuk genre landskap. Terima kasih

Azli Mohamed Noor said...

Benda ni boleh ja fikir, tapi mmg tak terfikir.. terima kasih ingatkan.. terbaik..
👍

APKINS Photography said...

untuk full frame atau apsc? kalau full frame saya akan pilih 24mm kerana lebih versatile dan tidak terlalu distort untuk group photo. kalau apsc 19mm jadi pilihan saya sebab dia lebih kurang 28mm equivalent kat full frame kan?

APKINS Photography said...

takpe itulah tugas rakan-rakan, untuk mengingatkan echeh deep pulak ayat haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...