Monday, 5 October 2015

THE ART OF PHOTOGRAPHY PART 1-5

Saya telah mulakan satu series baru di page APKINS, dimana kita bincangkan karya seni photographer zaman dahulu, belajar dan mengambil inspirasi daripada hasil kerja mereka. Himpunan posts itu saya masukkan dari Part 1 hingga 5 ke dalam blog post ini.


PART 1

Part 1 dimulakan dengan gambar Migrant Mother oleh Dorothea Lange pada 1936.


Dalam bidang journalism, story piece yang mengikuti pengalaman atau emosi seseorang individu dipanggil human interest piece. Photojournalists akan mencari imej seperti ini untuk mengenengahkan sesuatu isu atau kejadian semasa untuk meraih perhatian masyarakat dan mengajak masyarakat untuk bertindak.

Gambar ini mengenengahkan kesusahan hidup seorang ibu kepada tujuh orang anak yang baru sahaja menjual tayar dan atap kereta untuk beli makanan untuk anak-anak. The Great Depression ditambah pula dengan fenomena musibah The Dust Bowl pada masa itu mengakibatkan ramai keluarga petani terpaksa makan burung dan dedaun yang dikutip.

Apa yang boleh kita belajar dengan foto ini? Mari kita kaji gambar ini.

Composition; penggunaan rule of odds. Kita ada tiga subjek manusia yang jelas kelihatan dan satu sahaja subjek jadi subjek utama gambar. Dua orang anak kecil berpaling, mengenengahkan ibunya jadi subjek utama. Kalau jumlah orang yang jelas kelihatan dalam gambar ini even number, contohnya dua atau empat orang, kita tak pasti siapa subjek utama. Dari segi posing juga, tangan beliau menjadi leading lines yang menunjukkan viewer untuk fokus kepada muka dan emosinya.

Content; emosi. Gambar ini ada content yang strong sebab ia mengenengahkan emosi seorang ibu dengan ekspresi muka penuh sedih, risau memikirkan masa hadapan dan anak-anak semua memeluk 'bergantung' kepada dia.

Garry Winogrand pernah berkata gambar yang berjaya mempunyai content yang kuat dan composition yang menarik. Gambar yang penuh emosi inilah yang telah digunakan untuk memaksa kerajaan USA turun membantu golongan petani pada saat musibah itu dan selama-lamanya diwartakan sebagai salah satu gambar yang telah mengubah dunia oleh LIFE Magazine.


PART 2

Untuk Part 2 mari kita bincangkan gambar CZECHOSLOVAKIA. Prague. August 1968. Warsaw Pact troops invade Prague. Oleh Josef Koudelka.


Pada Ogos 1968, the Soviet Union dan sekutunya dalam Pakatan Warsaw - Bulgaria, Hungary, East Germany, and Poland - menyerang Czechoslovak Socialist Republic untuk memberhentikan reformasi politik Prague Spring oleh Alexander Dubček dalam operasi Danube.

Yang menarik perhatian saya ialah penggunaan simbolism melihat jam tangan di bandar yang kosong - semua orang dalam keadaan gementar menunggu saat bilakah tentera yang akan datang menyerang bandar mereka.

Subjek utama ialah jam tangan sendiri, tetapi kita boleh nampak di background kegunaan trek kereta api menjadi leading lines dan perspektif tu pun menarik perhatian mata kita untuk melihat keadaan bandar yang kosong itu.

Satu gambar yang mungkin nampak simple tetapi penuh makna dan simbolik.


PART 3

Untuk part 3 mari kita bincangkan gambar ini oleh Henri Cartier Bresson.


Henri Cartier Bresson ialah seorang Magnum Photos photographer yang terkenal dalam bidang photojournalism dan diiktiraf sebagai bapa Street Photography. Beliau mendapat pendidikan classical art dan lukisan di sebuah institusi seni di perancis, serta terpengaruh dengan surrealist art movement yang terkenal pada masa itu. Hasilnya ialah seorang photographer yang pandai menggunakan elemen-elemen lukisan dalam gambar diambil menggunakan Leica rangefinder dan lens 50mm.

Composition gambar ini sangat menarik kerana beliau menggunakan railing tangga di foreground gambar ini sebagai leading lines yang menjemput mata kita turun ke arah subjek utama iaitu orang berbasikal itu.

Pilihan shutter speed yang rendah sedikit daripada membekukan pergerakan orang berbasikal itu juga menarik kerana sedikit motion blur yang terhasil daripada penggunaan shutter speed itu menyerlahkan dinamik pergerakan yang sedang berlaku.

Buku beliau, The Decisive Moment menghimpunkan koleksi gambar beliau yang semuanya menarik compositionnya. Biarpun semua gambarnya hitam dan putih, kreativiti beliau memasukkan elemen seni lukisan dalam gambar beliau membuat hasil kerja beliau menjadi rujukan ramai photographer lain sehingga kini.


PART 4

Dalam series ini jom kita bincangkan karya photographer lama-lama, belajar dan ambil inspirasi daripada karya mereka. Dalam part 1 hingga 3 semua gambar yang dibincangkan ialah dalam hitam dan putih, tetapi gambar warna ini sangat menarik untuk tidak dibincangkan!



Gambar Afghan Girl atau nama sebenarnya Sharbat Gula ditangkap oleh Steve McCurry ini sangat famous, saya rasa hampir semua orang pernah lihat gambar ini sejak ia menjadi cover photo majalah National Geographic pada isu Jun 1985.

Gambar ini diambil di sebuah sekolah untuk pelarian Afghanistan di Pakistan menggunakan Kodachrome 64 color slide film, dengan sebuah Nikon FM2 camera dan lensa Nikkor 105mm Ai-S F2.5.

Compositionally beliau menggunakan teknik yang sama digunakan oleh pelukis lukisan klasik, iaitu meletakkan mata yang dominan (paling dekat dengan kamera) di tengah-tengah frame. Gambar begini apabila dicetak akan menghasilkan ilusi seperti mata itu sentiasa memandang ke arah viewer dari angle mana pun viewer melihat gambar itu. Teknik ini boleh didapati dalam banyak lukisan klasik,contohnya Mona Lisa. Cahaya yang digunakan dalam gambar ini directional, soft light mungkin dari window light source.

Background dinding yang berwarna hijau yang skarf serta skin tone berwarna oren kemerahan juga menarik. Hijau dan Merah adalah 'complimentary colours' yang terletak berlawanan dalam colour wheel. Complimentary colours ini apabila digabungkan bersama ia menghasilkan contrast dan vibrance yang tinggi. Saya sangat kagum dengan teknik-teknik Steve McCurry memasukkan warna dalam composition banyak gambar-gambar beliau.

Dari segi content, gambar ini menarik kerana ia menegaskan kewujudan wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa peperangan - memecah stereotaip yang negara arab ini penuh dengan lelaki arab yang besar dan ganas tak henti-henti berperang seperti yang diajar kepada kita oleh media. Dalam peperangan wujud gadis dengan mata yang begitu cantik yang menjadi mangsa keadaan, mewujudkan simpati pembaca kepada situasi peperangan di sana. Mereka pun manusia juga.

Dalam blog beliau, Steve McCurry menegaskan beliau akan mencari elemen humanity dalam gambar dahulu, iaitu cerita di sebalik gambar. Selepas itu baru gunakan composition dan colour untuk menceritakan apa yang hendak diceritakan menggunakan gambar. Awesome photographer!


PART 5

Dalam part 4, kita membincangkan mengenai gambar Afghan Girl oleh Steve McCurry yang begitu ikonik. Gambar potret Bibi Aisha yang ditangkap oleh Jodi Bieber di Kabul, Afghanistan pada tahun 2010 ini adalah contoh bahawa kita boleh mengambil inspirasi dan belajar dari hasil kerja photographer terdahulu.


Bibi Aisha telah dipaksa berkahwin pada umur 14 tahun. Bibi Aisha lari dari rumah pada umur 18 tahun tetapi ditangkap dan dipulangkan semula kepada suaminya. Suaminya memotong hidung, telinganya dan membiarkan dia dalam kesakitan untuk mati di kawasan pergunungan sebagai balas dendam. Tetapi Bibi Aisha telah diselamatkan oleh sukarelawan bantuan kemanusiaan dan menjalani pembedahan membaiki hidungnya di New York.

Photographer ini menggunakan teknik komposisi dan pencahayaan yang serupa dengan gambar Steve McCurry seperti kita bincangkan di part 4. Warnanya tidak vibrant dan contrasty seperti gambar Steve McCurry.

Pada pandangan saya ia sesuai kerana gambar Steve McCurry lebih kepada kecantikan, tetapi gambar Jodi Bieber ini mengenengahkan keperitan mangsa keganasan rumah tangga.

Gambar ini telah menjadi cover photo TIME mgazine isu ogos 2010 dan memenangi World Press Photo Award 2010.

Imitation is the sincerest form of flattery. ;-)


Anda ada nampak teknik-teknik fotografi dan seni yang saya tak nampak? Izinkan saya belajar dari anda, komenkan apa yang anda nampak di bawah atau follow series ini yang seterusnya di page APKINS Photography!


Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...