Wednesday, 18 November 2015

5D Classic vs 7D, Yang Mana Lagi Berbaloi?

5D classic vs 7D, yang mana lagi berbaloi?

Dua-dua DSLR ini boleh dibeli dalam kondisi terpakai sekitar RM2,000 so ramai orang minat dua model ni. Ramai orang cuba nak mencari kamera paling bagus untuk duit yang dibelanjakan, masalahnya satu benda tu boleh jadi bagus, tapi tak masuk dengan kemahuan/keperluan/kegunaan kita takde guna gak. So sebab itu orang selalu kena rujuk review, dan baca kelebihan dan kelemahan yang mana berkaitan dengan keperluan kita.

7D kamera dari tahun 2009, kamera Canon pertama dengan updated ergonomics yang soft curves selesa dipegang, sebelumnya semua petak-petak. Built tough, weather sealing mantap. AF laju, 19 point all cross type AF yang advanced, object tracking pantas, burst 8fps pantas. 100% viewfinder coverage, what you frame is what you get in photos. ada built in flash untuk trigger slave flash. Sensor APSC crop tahun 2009 dah kira lama. Compared to newer sensors, high ISO performance and dynamic range rendah. By 3200 dah agak noisy. Kamera ni dah lama, tapi baru sikit dari 5D classic so peluang nak dapatkan satu dalam condition yang elok.

5D Mark I atau 5D classic, kamera DSLR full frame affordable pertama Canon dari tahun 2005. Sebelumnya full frame hanya kat 1D series yang mahal. Body kotak, ok je tapi terasa la ke-klasik-an dia. AF micro adjustment untuk calibrate lens focus accuracy in body tiada. AF dia tersangat basic dan boleh kata overall agak slow. Viewfinder tak 100%, takde built in flash, nak trigger flash off camera kena beli je trigger. Sensor cuma 12 megapixel, nak crop susah tak banyak resolution to work with. Lupakan je pasal dynamic range dan shadow recovery masa proses RAW landscapes. High ISO limited kat ISO 3200, tu dah dikira expanded ISO H. Orang guna kamera ni bukan sebab performance, tapi untuk 'full frame look' yang kita dapat bila guna f/1.4 lenses, tapi on a budget. Skrin kat belakang kamera tu rubbish, tak tunjukkan exposure dengan tepat. Tiada video mode dan tiada live view. Kebanyakan kamera model ni dah tua, mungkin nak dapat dalam kondisi elok susah sikit.

Dari review pendek atas tu je mungkin ada yang dah nampak dah kat mana kegunaan kamera ni semua.

7D boleh shoot segala benda, dia paling cemerlang untuk shoot fast action macam sports photography tapi suffer in low light. Guna speedlight boleh la add light bila low light.

5D classic ni untuk orang yang nak kamera full frame untuk 'full frame look' dengan lens f/1.4 yang tak dapat kalau pakai APSC. Geng nak ceburi bidang portrait dan wedding mesti minat kamera ni sebab 'kaler' ala filem. Thanks to JPEG processing algortihm dan picture style dia yang dibuat untuk tiru filem. Canon doesnt seem to do this anymore, Fuji je buat dengan film simulation modes untuk JPEG. Boleh je nak tiru filem guna kamera lain tapi kena effort sikit lah. Lagi satu saya tak reti nak explain kenapa tapi perasan yang color tones seperti blacks lagi rich kat kamera sensor besar. Kat APSC blacks are just blacks. Pergi full frame, dia lagi rich dan detailed. Kalau besar lagi dari full frame, medium format, pergh lagi rich blacks dia. Untuk paid jobs risky sebab kamera ni kebanyakan kamera model ni dah uzur, boleh failure on the job. Pro use digalakkan pakai 5D Mark II at least, nak 5D classic boleh je tapi kena sentiasa sediakan backup camera.

So, any questions jemput datang ke page facebook apkins photography.

Adzrin Mansor
photography blogger
apkins.blogspot.com

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...